Ibu, Bayi & Kanak Kanak

6 Tempat Menarik Sambut Birthday Anak di Sekitar Kuala Lumpur

Tempat Menarik Sambut Birthday Anak

Antara momen yang istimewa buat anak-anak ialah ketika hari jadinya. Sambutan dan majlis yang diadakan memang melekat dalam memori sampai bila-bila kan?

Sebab itulah penting untuk Mommy dan Daddy luangkan sedikit masa dan keluarkan bajet untuk sambut birthday mereka. Setahun sekali je, jom cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak?

6 Tempat Menarik Sambut Birthday Anak Di Sekitar Kuala Lumpur

Dalam perkongsian kali ini, Motherhood akan senaraikan beberapa lokasi menarik untuk Mommy dan Daddy rancang dan sambut hari jadi anak nanti.

Jom tengok:

1. Galley Cafe oleh The Quiet Place

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @ Galley Cafe by The QUIET PLACE

Simple dan cosy tempatnya, cafe ini menyajikan hidangan yang sedap pada harga yang berpatutan.

Alamat: Pusat Industri, Lot 17, Jln Seri Rejang 4, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi: Selasa hingga Jumaat, 3.00 ptg – 11.30 mlm | Sabtu dan Ahad, 8.30 pg – 11.30 mlm
Tel: 017-515 5451

2. Flora Terrace di Hampshire Place

Kredit gambar: Facebook @Flora Terrace at Hampshire Place

Ramai juga artis yang buat event di sini, selain daripada sambutan birthday, banyak lagi servis lain yang disediakan.

Alamat: Hampshire Place, Halal 157, Hamphire Place Jalan Mayang Sari, Off, Jln Tun Razak, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 12.00 tgahari – 11.00 mlm
Tel: 03-2181 0872

3. Atmosphere 360

Kredit gambar: Facebook @Atmosphere 360

Kalau ada bajet lebih sikit, memang seronok sambut hari jadi di restoran ini. Boleh book untuk hidangan buffet nya.

Alamat: TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 12.00 tgahari – 10.00 mlm
Tel: 03-2020 2020
Laman web: Atmosphere 360

4. La Juiceria Superfoods TTDI

Kredit gambar: discoverkl.com/

Terkenal sebagai restoran yang menghidangkan makanan yang sihat, suasana restoran ini cukup cantik dan sesuai sebagai tempat sambut birthday anak.

Alamat: 32, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 018-368 3320
Laman web: La Juiceria Superfoods

5. Nutmeg Cafe

Kredit gambar: Facebook @Nutmeg KL

Nampak selesa dan cosy je kan ambience di kafe ni?

Alamat: UGF-28A, Bangsar Village II 2, 2, Jalan Telawi 1, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpu
Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 pg – 10.00 mlm
Tel: 03-2710 4018

6. Lisette’s Café & Bakery

Kredit gambar: Facebook @Lisette’s Café & Bakery

Pelbagai jenis pastries yang ada di sini, tempatnya pun cantik sangat. Bolehlah masukkan dalam option ya?

Alamat: No. 8, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 03-2201 7772

Tempat Menarik Sambut Birthday Anak Di Sekitar Kuala Lumpur

Bergantung kepada citarasa dan kesukaan anak Mommy dan Daddy, bolehlah pilih mana-mana kafe atau restoran yang sesuai ya?

Yang penting, semua gembira dan jangan lupa rakam memori bersama nanti!