Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ini 20 Kegunaan Tepung Jagung Yang Ramai Belum Tahu

tepung jagung

Kredit gambar: www.tastingtable.com

Tepung jagung atau turut dikenali sebagai kanji jagung merupakan tepung yang dihasilkan daripada biji jagung yang digiling. Tahukah anda selain digunakan dalam masakan, kanji jagung juga mempunyai banyak kegunaan lain. Berikut adalah kegunaan kanji jagung yang masih ramai belum tahu.

Kegunaan Tepung Jagung

Highlighted

Kredit gambar: www.cookist.com

#1. Masker Muka

Siapa kata kanji jagung hanya berguna untuk masakan. Terbukti tepung jagung juga boleh digunakan untuk kecantikan.

Tepung jagung juga boleh digunakan sebagai masker muka kerana ianya mampu menyerap lebihan minyak di muka, kurangkan kedutan dan mencerahkan kulit wajah.

Ini adalah kerana, kanji jagung mempunyai kandungan vitamin A, C dan zink yang sesuai untuk tujuan kecantikan.

#2. Tepung Jagung sebagai Skrub Wajah

Bukan itu sahaja, kanji jagung juga sesuai untuk dijadikan sebagai skrub wajah. Campuran antara kanji jagung, sedikit beras yang dihancurkan dan 1 sudu yogurt boleh membantu untuk membuang sel kulit mati pada wajah.

Gosok muka dengan perlahan-lahan dan lihatlah sendiri hasilnya nanti.

#3. Merangupkan Makanan

Kredit gambar: www.cookist.com

Seperti yang ramai tahu, kanji jagung sering digunakan untuk merangupkan makanan. Contohya, mencampurkan kanji jagung ke dalam tepung goreng pisang atau ayam untuk menambah kerangupannya.

#4. Bantu Hilangkan Bau yang Hancing

Bau hancing yang datang dari air kencing haiwan peliharaan seperti kucing pastinya boleh membuatkan kita sakit kepala bukan?

Tahukah anda, kanji jagung boleh membantu menghilangkan bau hancing tersebut. Caranya ialah cuci terlebih dahulu air kencing tersebut kemudian, tuang air tepung jagung yang telah dibancuh di tempat tersebut.

Biarkan kering terlebih dahulu dan cuci semula dengan air dan sabun.

#5. Tepung Jagung sebagai Aiskrim

Tahukah anda, bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan tetapi kanji jagung juga boleh digunakan untuk membuat aiskrim. Ini kerana, kanji jagung boleh mengentalkan aiskrim sama seperti telur dan gelatin.

#6. Serap Bau Hapak

Bukan sahaja bau hancing tetapi bau hapak juga boleh diserap oleh kanji jagung. Contohnya, anda boleh taburkan kanji jagung di dalam kasut anda dan ianya akan membantu menyerap bau yang tidak enak di dalam kasut anda.

InsyaAllah, tiada lagi bau kasut yang tidak menyenangkan selepas ini.

#7. Tepung Jagung Sebagai Plaster Dinding

Di samping itu, kegunaan lain kanji jagung ialah boleh dijadikan sebagai plaster dinding. Kanji jagung dapat membantu untuk menutup rekahan kecil di dinding.

Caranya adalah dengan mencampurkan sedikit kanji jagung dan air kemudian sapu pada bahagian yang diinginkan. Cat dengan cat minyak atau cat kapur selepas sapuan kanji jagung kering.

#8. Tepung Jagung sebagai Pelembut Fabrik

Kegunaan yang seterusnya ialah boleh digunakan sebagai pelembut fabrik. Caranya ialah campurkan 4 sudu kanji jagung dengan setengah cawan baking soda.

Jika mahu lebih wangi masukkan sedikit essential oil. Masukkan ke dalam bekas berisi fabrik yang ingin dilembutkan .

#9. Seni Kraftangan

Kredit gambar: www.cookist.com

Kanji jagung juga boleh digunakan dalam seni kraftangan. Kanji jagung boleh menggantikan tanah liat. Contohnya ialah kraftangan membuat bunga dari sabun mandi.

#10. Tepung Jagung sebagai Pengilat Perabot

Bukan itu sahaja, malahan perabot di rumah anda juga boleh dikilatkan dengan menggunakan tepung jagung. Cara ialah dengan campurkan sedikit kanji jagung ke dalam cecair pengilap.

Setelah itu, lapkan pada perabot yang diinginkan. Hasilnya pasti membuatkan anda tersenyum lebar.

#11. Membersihkan Daki

Bagi mereka yang mempunyai masalah daki pada badan boleh ikhtiarkan dengan menyental badan menggunakan campuran kanji jagung dengan sedikit perahan limau/lemon. Lakukan 1 atau 2 kali dalam seminggu.

#12. Membantu Masalah Ruam pada Bayi

Tepung jagung juga boleh membantu untuk mengurangkan ruam pada bayi. Bagi ibu-ibu di luar sana boleh cuba dengan meletakkan sedikit kanji jagung pada bahagian ruam si comel anda.

Tetapi jangan letak terlampau banyak ya risau boleh mengganggu pernafasan bayi. Seeloknya rujuk dengan doktor terlebih dahulu.

#13. Menghilangkan Kesan Darah

Kegunaan seterusnya ialah boleh menghilangkan kesan darah. Tidak dinafikan kesan darah sukar untuk dihilangkan.

Namun, tepung ini dapat membantu dengan mencampurkan kanji jagung dengan sedikit air lalu disapukan pada kesan darah tersebut.

#14. Pemekat Kuah

Kredit gambar: www.cookist.com

Kanji jagung sebagai ejen pemekat kuah ialah antara kegunaannya yang paling popular. Caranya hanyalah bancuh kanji jagung dengan sedikit air kemudian masukkan ke dalam makanan yang sedang dimasak.

#15. Tepung Jagung sebagai Deodoran

Bagi mereka yang ada masalah bau badan boleh gunakan tepung jagung sebagai deodoran. Caranya ialah campurkan minyak kelapa, kanji jagung dan baking soda. Jadikan ianya pes (losyen) dan sedia untuk digunakan.

#16. Mandian Susu

Kanji jagung juga boleh digunakan di dalam mandian susu. Caranya hanyalah dengan mencampurkan susu tepung, kanji jagung dan soda bikarbonat.

Kemudian, masukkan beberapa titis minyak pati yang diinginkan. Biarkan selama 24 jam sebelum boleh menggunakannya.

#17. Pembersih Bulu Binatang Peliharaan

Bukan sahaja berguna untuk manusia, tetapi juga untuk binatang peliharaan seperti kucing. Ianya mampu membantu membersihkan bulu binatang peliharaan anda.

Caranya sapu tepung ini pada bulu binatang peliharaan anda kemudian sisir dan rapikan bulunya untuk membersihkan semua kotoran juga kanji jagung yang melekat pada bulu binatang kesayangan anda.

#18. Membersihkan Tingkap

Inginkan tingkap rumah yang lebih berkilat? Campurkan kanji jagung ke dalam larutan pembersih tingkap anda. Hasilnya pasti mengejutkan!

#19. Hilangkan Contengan

Sakit kepala dengan hasil seni anak anda pada dinding rumah? Hanya campurkan dengan air, lalu disapukan pada contengan yang ingin dipadam. Biarkan kering dan lap.

#20. Hilangkan Kesan Minyak

Kredit gambar: www.cookist.com

Bagi ibu-ibu yang suka memasak, pastinya antara benda yang tidak disukai semasa memasak ialah percikan minyak pada dinding dapur.

Sudahlah letih memasak, nak kena basuh kesan percikan tersebut pula. Bukan mudah nak hilangkan kesan minyak tersebut bukan?

Alternatif yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan kanji jagung kerana ia mempunyai kuasa serapan yang sangat baik.

Wahhh!!! Tak sangkakan hanya dengan kanji jagung banyak benda yang boleh diselesaikan. Selepas ini pastikan rumah anda sentiasa menyimpan stok tepung ini ya!

Selamat membaca dan selamat mencuba!


Dapatkan pelbagai lagi tips dan panduan menarik yang lain di SINI!