Bermula Januari 2019, semua pelajar sekolah tidak perlu lagi memakai kasut putih ke sekolah. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut berwarna hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan.
Lebih lima juta pelajar sekolah di seluruh negara akan memakai kasut hitam bermula tahun depan apabila Kementerian Pendidikan menggantikan penggunaan kasut putih di semua sekolah menengah dan rendah.
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang diterima Kementerian Pendidikan selain mahu meningkatkan kecerian pelajar.
Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi
katanya dalam sesi Bicara Minda Sinar Harian.
Beliau berkata peraturan itu merupakan antara pembaharuan yang dilakukan oleh kementerian bagi memastikan sekolah kebangsaan kembali menjadi pilihan ibu bapa menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu.
Antara pembaharuan lain yang akan kami lakukan adalah memastikan meringankan beg sekolah para pelajar, menambah baik kurikulum sekolah agar lepasan sekolah kebangsaan bertaraf antarabangsa, dan mengembalikan profesion guru kepada guru, bermaksud tidak membebankan mereka dengan kerja selain mengajar.
katanya lagi.
Lagi Penambahbaikan
Kementerian Pendidikan komited untuk mengurangkan beban pelajar yang dilihat menggalas beg sekolah yang berat.
Selain itu, beliau juga berhasrat untuk mewujudkan sistem di mana para pelajar sekolah dapat menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa.
Saya bertemu duta Finland baru-baru ini dan beliau berkongsi tentang sistem pendidikan di sana. Katanya murid-murid disana menguasai sekurang-kurangnya 4 bahasa.
Dengan itu saya juga berhasrat dan komited untuk pelajar Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam masa lima tahun ini.
tegasnya selain ingin memastikan pelajar lepasan sekolah di Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa.
https://www.youtube.com/watch?v=S6P1R00jXSI
Ringanlah sikit beban ibu-ibu sebab dah tak perlu cuci dan sental kasut-kasut putih sekolah anak-anak. Dah sental, kena tunggu kering lepas tu sapu kapur lagi. Jadi, para ibu dah boleh menarik nafas lega dan senyum je sekarang ya. Satu lagi beban dah takde. Harap-harap beg anak-anak pun akan jadi ringan lepas ni. 🙂
Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!