Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bagaimana Untuk Tidurkan Anak Anda Sebelum Waktu Tidur

Bagaimana Untuk Tidurkan Anak Sebelum Waktu Tidur

Orang dewasa lebih menghargai tidur daripada kanak-kanak, mereka lebih bijak ketika hampir waktu tidur. Cabaran malam bukanlah asing pada anda. Anda fikir anda tahu, tidak. Kanak-kanak akan tidur sepanjang malam dan akan tidur dengan sendiri jika mereka penat, tetapi anda salah dan ai menjadi semakin sukar setiap malam. Kanak-kanak, semakin penat mereka rasa, semakin aktiflah mereka. Kenapa? Kerana mereka tidak mahu mengaku betapa penatnya mereka – ibu bapa tidak tahu untuk tidurkan mereka. Samada tilam terlalu tebal, lampu terlalu malap, mereka lapar, irama terlalu lembut, ada raksasa dibawah katil! Setiap kali anda perlu hapuskan raksasa didalam almari atau mengambil selimut yang lebih lembut dan anda rasa seperti zombi yang berjalan.

Segelintir ibu bapa bertuah mempunyai anak yang senang tidur dan setengah lagi – tidak. Kadangkala kanak-kanak ingin tidur, tetapi mereka inginkan perhatian daripada ibu bapa yang bekerja. Terutamanya jika mereka dijaga oleh pengasuh atau dihantar ke pusat jagaan. Kanak-kanak pandai mencari perhatian dan segelintir ibu bapa tidak perasan – jadi mereka cuba lebih lagi. Ada juga ibu bapa yang mudah tertipu. Apabila bermain dan anak-anak memanipulasi mereka supaya mereka sentiasa terjaga, mereka akan buat apa sahaja untuk berjaga. Si kecil lebih nakal dari sangkaan anda!

Ibu bapa sekalian! Kami ada penyelesaian untuk anda dan panduan ini akan membantu anda menidurkan anak anda. Tiada lagi tangisan, tiada lagi biskut tengah malam dan tiada lagi hantu – hanya malam yang tenang untuk anda dan anak anda.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Tiada makanan berat sebelum tidur

Elak memberi anak anda makanan berat sebelum tidur. Ia akan membuat mereka lebih cergas. Sebaliknya, beri mereka snek ringan seperti susu dan biskut kurang gula.

Jadikan rutin

Cipta suasana yang tenang, aman untuk anak anda, dari makan malam, waktu mandi, snek malam, hinggalah cerita sebelum tidur. Untuk membuat rutin yang dicipta ini berkesan. Elakkan rutin yang panjang, yang boleh membuat kanak-kanak memberontak kerana tertalu banyak yang perlu dilakukan sebelum tidur. Waktu tidur bukanlah tugasan untuk anda dan anak. Ia adalah waktu anda dan anak anda boleh mendapatkan tidur yang lena bersama. Ia mungkin sukar, tetapi mereka akan terbiasa sengan rutin itu, dan menjadi semakin senang.

Sediakan tempat tidur yang selesa

Jika anda memerlukan tempat yang selesa untuk tidur dan berehat, anak anda juga perlukan tempat yang nyaman untuk tidur. Anda boleh menyediakan pelipur atau selimut di atas katilnya untuk meraka rapati. Berikan anak patung beruang atau permainan yang lembut, boleh membantu mereka untuk tidur. Biasakan dia menggunakan bilik air dahulu sebelum memastikan tidur malamnya aman. Walaupun anak anda boleh tidur dengan bunyi bising pembangunan, dia mungkin menggunakan bunyi bising televisyen yang mengganggu sebagai alasan. Sediakan kain langsir yang gelap supaya selesa untuk mereka tidur dan melindungi daripada cahaya lampu jalan.  

Alat keselamatan

Jika anak anda jenis yang takut akan raksasa dibawah katil atau dalam almari, berikan mereka bantal lembut untuk “berperang” ketika kerakutan. Boleh juga menyuruh suami anda menjadi wira kepada anak anda untuk membunuh raksasa yang hodoh di dalam almari dan menghentam yang di bawah katil. Ini bukan sahaja menggembirakan mereka, tetapi juga untuk memastikan tiada raksasa yang akan mengganggu tidurnya.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Biarkan anak anda bermain waktu siang

Highlighted


 

Ini mungkin kedengaran jahat, tetapi buat mereka penat! Jika anak anda penat dan mempunyai masa bermain yang cukup, akan lebih mudah untuk menidurkan mereka pada waktu malam. Sehingga mereka menggosok-gosok mata dan tidur dengan sendiri – tanpa bantuan anda! Ketawa boleh membuat mereka tidur sepanjang malam kerana mereka penat tetapi gembira. Tetapi jika mereka terlalu letih, mereka mungkin menangis. Mungkin mereka akan penat menangis, dan akan tidur. Kanak-kanak adalah berbeza. Segelintir kanak-kanak akan memberitahu jika mereka sedih atau gembira, tetapi setengah lagi mungkin menunjukkkannya dengan mengamuk. Lama-kelamaan anda akan tahu cara untuk mengendali anak anda sendiri dan faham bahawa setiap kanak-kanak adalah berbeza tetapi anda tetap akan menyayangi mereka.

Kanak-kanak tidak suka tidur kerana mereka fikir mereka tidak penat dan perlu bermain lebih, tetapi sebenarnya tidak, terutamanya jika mereka mengamuk dengan teruk. Memang sukar melihat anak-anak menangis walaupun kita hanya mahu tidurkan mereka, tapi jika ia membantu, anda boleh menghargai usaha mereka dengan memberi ganjaran jika mereka ikut peraturan seperti mendapat bintang jika mereka tidur ikut waktu setiap malam dan setelah cukup sepuluh bintang, mereka akan dapat aiskrim pada hujung minggu. Beri mereka peluang untuk bermesra dan meluangkan masa bersama anda tanpa sebarang peraturan.