Ibu, Bayi & Kanak Kanak

11 Jenis & Jenama Tilam Baby Yang Terbaik di Malaysia Untuk Si Manja Mommy

tilam bayi terbaik di Malaysia

Kredit gambar: istockphoto

Terujanya nak menyambut kelahiran si comel yang dinanti-nantikan. Satu demi satu keperluannya Mommy dan Daddy dah beli.

Antaranya adalah, tilam bayi. Semua nampak comel, tu yang rasa nak beli semua je.

Senarai Tilam Baby Yang Terbaik Di Malaysia

Tapi Mommy dan Daddy mestilah tengok pada kesesuaiannya tau. Sebagai contoh, pada jenis fabrik, bentuknya dan saiznya untuk si comel.

Jom, kita tengok antara beberapa pilihan tilam baby yang menjadi pilihan Mommy dan Daddy di Malaysia:

#1. Set tilam baby bersama bantal

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Yang ini simple je kan? Biasanya ia diperbuat daripada kapas dan bersaiz 50cm x 85cm. Takbesar sangat, kalau untuk newborn dan bayi berumur bawah setahun sesuai lah.

#2. Set tilam baby 5 dalam 1

Kredit gambar: emmemarina.com

Set tilam baby 5 dalam 1 ni pun diperbuat daripada kapas juga. Cumanya, ia lebih lebar sedikit berbanding set tilam bersama bantal je.

Yang ini, setnya ada tambahan bantal dan selimut sekali.

#3. Set tilam tebal baby 5 dalam 1

Kredit gambar: shopee.com.my

Agak berbeza sedikit dengan set tilam baby 5 dalam 1, set tilam tebal baby 5 dalam 1 ni lebih tebal tilamnya. Jadi ukurannya ada tambahan pada ketebalan tilamnya iaitu lebih kurang 15cm gitu.

Kalau bayi Mommy jenis berat dan besar, elok juga tilam tebal macam ni.

#4. Set tilam tebal baby 4 dalam 1

Kredit gambar: carousell.com.my

Ada juga tilam bayi 4 dalam 1 yang menjadi pilihan Mommy dan Daddy. Yang tiadanya dalam set ini adalah selimut.

Ramai je Mommy dan Daddy yang tak kisah sangat selimut ada ke tak bersama. Sebabnya ramai juga yang bagi hadiah kat baby selimut dan ada juga yang lagi memilih untuk selimut si comel dengan kain lampin je.

#5. Tilam baby boleh lipat

Kredit gambar: shopee.com.my

Bukan tilam orang dewasa je ya yang boleh dilipat. Sekarang dah ada banyak bentuk dan design tilam bayi yang boleh dilipat dan dibawa ke mana je.

Di rumah atau untuk travel, tilam ni memang sesuai.

#6. Set tilam baby 6 dalam 1

Kredit gambar: shoppers.my

Nak yang agak mewah, cuba tengok set tilam baby 6 dalam 1 ni. Ada tilam, bantal, pelapik tilam, rail bumper, selimut dan quilt cover.

Disebabkan bentuknya yang agak flexible dan ketebalannya pun yang agak selesa, tilam ni sesuai untuk newborn hinggalah bayi berusia 2 tahun.

Walaupun mewah dan lebih mahal harganya, tetapi ia berbaloi tau.

#7. Tilam baby ENQ

Kredit gambar: lazada.com.my

Berbeza dengan yang lain, tilam bayi ENQ ini diperbuat daripada high density foam. Ada sesetengah bayi lebih selesa tidur di atas tilam yang macam ni berbanding dengan yang diperbuat daripada kapas dan kekabu.

Tilam ni khas untuk letak dalam baby cot tapi ramai je yang guna tanpa baby cot.

#8. Set tilam baby dengan kelambu berzip

Kredit gambar: cadarmurah.com

Ada juga Mommy dan Daddy yang lebih memilih untuk membeli set tilam baby bersama kelambu yang dijahit bersama.

Senang juga macam ni, tapi untuk bayi newborn yang masih tak bergerak sangat sesuai lah. Kalau yang dah besar sikit, suka bergolek, risau risiko lemas dengan kelambu ke apa.

Kapas atau kekabu, dua-dua ada di pasaran.

#9. Set tilam bayi pelbagai bentuk

Kredit gambar: cadarmurah.com

Comel kan tilam bayi berbentuk haiwan macam ni? Ada juga bentuk bunga dan macam-macam lagi. Yang ni biasanya kanak-kanak berusia setahun ke atas yang suka.

Mereka dah boleh nampak dengan jelas dan sukakan tilam yang macam ni. Biasanya ia datang bersama bantal dan bantal peluk lah.

#10. Tilam baby sunpillo lipat dua

Kredit gambar: shopee.com.my

Lebih kurang je dengan tilam baby ENQ, tilam baby sunpillo ni diperbuat daripada high density foam juga. Cumanya, ia boleh dilipat dua.

Kalau beli ni, sesuai juga untuk masa panjang, bila si comel dah besar sikit, boleh buka tilam jadi lebih panjang. Nak buat travel pun sesuai.

#11. Tilam bayi IKEA

Kredit gambar: ikea.com

Yang ni pun popular sekarang. Biasanya letak dalam baby cot lah. Mommy boleh basuh cover nya dan ia bebas daripada sebarang bahan kimia bahaya.

Pasti selamat dan selesa untuk si comel!

Tilam Baby Yang Terbaik

Dalam banyak-banyak ni, Mommy dan Daddy rasa yang mana paling sesuai untuk si manja? Tengok pada umur dan berat bayi, memang kena pilih betul-betul tilam mereka tau.

Tidur mereka lena, Mommy dan Daddy pun jua! Untuk mendapatkan tilam-tilam ini, Mommy boleh dapatkannya di Motherhood.com.my pada harga yang terendah.