Ibu, Bayi & Kanak Kanak

11 Tips ‘Crucial’ Ketika Memilih Tilam Bayi Yang Berkualiti Tinggi

Pembelian kelengkapan barangan bayi seperti pakaian, aksesori termasuklah tilam bayi adalah sangat penting bagi menyambut kehadiran si manja tersayang. Pemilihan tilam yang sesuai dan empuk pasti akan membuat si manja tidur dengan lebih enak. Terdapat beberapa kriteria yang perlu Mommy fikirkan sebelum membeli tilam buat si kecil yang tersayang.

Di bawah ini kami senaraikan beberapa tips pemilihan tilam bayi yang terbaik.

Tips-tips Memilih Tilam Bayi Yang Selesa dan Nyaman

#1. Saiz tilam

Highlighted

Kredit gambar: berkeluarga.id

Sebelum membeli tilam bayi, pastikan Mommy mengukurnya terlebih dahulu. Saiz yang sesuai untuk bayi yang baharu lahir adalah panjang 95 hingga 120cm dan lebar dari 60cm. Pastikan Mommy turut mengukur katil bayi Mommy untuk padankan dengan sempurna.

#2. Reka bentuk

Kredit gambar: shopee.co.id

Pilih reka bentuk tilam yang tidak mengandungi spring.

#3. Bahan buatan tilam

Kredit gambar: kompasiana.com

Terdapat beberapa pilihan pengisi tilam iaitu sabut kelapa, lateks buatan atau semula jadi, buih viskoelastik dan pengisi yang lain. Pemilihan pengisi sabut kelapa sangat sesuai untuk bayi sehingga usia 3 tahun kerana mempunyai ciri ortopedik yang sangat baik. Malah, kajian yang dilakukan turut mendapati bahawa isian bahan organik dapat mengurangkan penyakit berbahaya dan lebih memberi keselesaan buat si manja.

#4. Tilam bersarung

Kredit gambar: alfastyle-ms.expertolux.com

Pilih sarung tilam semula jadi iaitu kapas dan linen dan bahan tiruan poliester. Pilihan yang lain pula adalah kain gabungan seperti jacquad. Malah, tilam yang ada sarung lebih mudah dicuci.

#5. Ketegaran/ketebalan

Kredit gambar: aulashield.blogspot.com

Tilam bayi berfungsi untuk memastikan kedudukan tulang belakang yang betul dan memberikan keselesaan ketika mereka tidur. Pemilihan tilam yang mempunyai isian sabut kelapa mempunyai fungsi tegar yang kuat, tidak runtuh dan bengkok ketika menampung beban. Ia sangat sesuai untuk bayi baharu lahir sehingga umur 3 tahun.

#6. Dwifungsi

Kredit gambar: shopee.co.id

Pilih tilam yang mempunyai dua sisi berbanding satu adalah pilihan yang lebih baik kerana ketahanan dan kemudahan yang lebih selesa.

#7. Bersifat ortopedik

Kredit gambar  shopee.co.id

Boleh dikatakan semua tilam untuk bayi mempunyai sifat ortopedik kerana ia dapat memberikan sokongan maksimum kepada tulang belakang, membentuk semula kontur tubuh dan pengagihan berat badan secara sekata.

#8. Umur

Kredit gambar: lifestyle.bisnis.com

Bagi bayi yang berumur 0 hingga 3 tahun, anda perlu memilih tilam yang kukuh dan pengisi tilam semula jadi.

#9. Pengeluar

Kredit gambar: www.johnsonsbaby.co.id

Pilih tilam berjenama yang diiktiraf dan mempunyai sijil kualiti. Antara jenama popular dan berkualiti tinggi adalah dari jenama IKEA.

#10. Harga

Kredit gambar: biggo.id

Pilihan tilam terbaik tentulah mahal harganya. Tetapi terdapat juga tilam murah yang turut mempunyai kualiti. Kadang-kadang semua itu bergantung kepada jenama dan negara pengeluar. Walau apa pun, semuanya bergantung kepada bajet kewangan anda.

#11. Pengudaraan yang baik

Pilih tilam yang mempunyai pengudaraan yang bagus. Jika si manja berbaring di atasnya dan mendapati belakang badan berpeluh, itu bermakna tilam tersebut tidak mempunyai pengudaraan yang baik serta panas.

Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, pastikan Mommy dan Daddy mengambil perhatian dalam setiap perkara atau tips yang kami kongsikan ini untuk keselesaan si manja anda.

Tilam yang tidak sesuai akan membuatkan bayi tidak selesa, mendapat kualiti tidur yang rendah serta tilam yang panas dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik akan membuatkan badan mereka mudah ditumbuhi ruam dan bintik-bintik merah.

Untuk memudahkan Mommy, Min ada senaraikan jenama tilam baby yang berkualiti dan dipercayai ibu bapa lain. Senang kalau Mommy nak pilih tilam yang sesuai untuk si manja tu nanti.