Tingkap rumah merupakan antara elemen penting yang perlu ada bagi mendapatkan sinaran cahaya dan sistem pengudaraan yang baik di dalam rumah.
Pemilihan jenis tingkap adalah sangat penting bagi memastikan ianya bersesuaian dengan seni bina rumah Mommy. Tidak kira sama ada pemilihan Mommy adalah tingkap moden atau tradisional, apa yang perlu diutamakan adalah fungsi dan reka bentuknya.
Oleh itu, bagi Mommy dan Daddy yang sedang dalam proses pembinaan rumah sendiri atau sedang dalam perancangan memiliki kediaman jom ikuti perkongsian kali ini kerana di sini kami telah senaraikan beberapa reka bentuk dan jenis tingkap yang boleh dijadikan sebagai pilihan anda.
Mommy dan Daddy boleh ketahui dengan lebih jelas mengenai jenis-jenis tingkap tersebut melalui penerangan di bawah ini. Jom lihat dengan lebih lanjut lagi!
Jenis Tingkap Rumah Yang Mempuyai Rekaan Unik Dengan Fungsi Terbaik
Berikut merupakan beberapa pilihan menarik yang boleh dijadikan pilihan anda iaitu:
#1. Tingkap Double Hung
Tingkap jenis double hung ini mempunyai beberapa ciri yang menarik. Mommy boleh menarik atau menolak untuk membuka tingkap dari kedua-dua selempang tingkap iaitu dari atas ke bawah serta bawah ke atas.
Tingkap jenis ini kelihatan sangat moden dengan sedikit unsur tradisional dan ia boleh disesuaikan dengan apa jua reka bentuk rumah anda.
Malah untuk Mommy yang gemar mendekorasi rumah juga tingkap jenis ini adalah lebih mudah untuk digayakan.
#2. Tingkap Jenis Teluk
Pilihan tingkap yang seterusnya adalah jenis teluk. Kalau Mommy lihat gambar di atas, ia sangat menarik kan? Bukan sahaja sesuai digunakan di ruang tamu, ia juga boleh dipasang di bilik tidur dan juga bilik bacaan.
Tingkap yang mempunyai ruang seakan teluk pantai ini mampu memberi lebih pencahayaan serta pengudaraan yang lebih baik apatah lagi jika dibina sofa untuk Mommy dan Daddy duduk membaca buku atau bersantai di malam hari.
#3. Tingkap Casement
Kebiasaannya tingkap jenis ini dipasang di ruang makan atau ruang untuk duduk bersantai. Tingkap jenis ini juga merupakan alternatif untuk anda yang tidak mempunyai halaman rumah di mana dengan fungsinya yang boleh terbuka luas memudahkan udara luar yang segar untuk memasuki ruang kediaman rumah.
Ruang rumah Mommy dan Daddy juga akan menjadi lebih sejuk dan mendamaikan.
#4. Tingkap Rumah Jenis Tetap
Kalau Mommy dan Daddy mempunyai perancangan untuk membuat bilik loteng, bolehlah pilih tingkap tetap untuk dipasangkan di loteng tersebut. Tingkap jenis ini memberi pandangan yang lebih jelas untuk permandangan langit yang terbaik tidak kira sama ada siang atau pun pada waktu malam.
#5. Tingkap Kaca Bercorak
Tingkap jenis bercorak juga sangat sesuai untuk digayakan terutama di bahagian bilik air. Ia akan menjadikan ruangan tersebut kelihatan lebih menarik tanpa memerlukan hiasan yang banyak dan paling penting privasi diri anda adalah lebih terjamin.
Mommy juga boleh menjimatkan wang yang banyak dalam soal hiasan dalaman. Terdapat pelbagai corak menarik yang dijual di pasaran dengan warna dan rekaan corak yang cantik.
#6. Tingkap Gambar
Jika Mommy dan Daddy gemarkan gaya kontemporari atau moden, boleh pilih jenis tingkap gambar untuk dipasang di rumah anda.
Tingkap jenis ini adalah jenis tetap di mana ia tidak boleh diubah atau digerakkan dan hanya statik di satu tempat sahaja. Mommy dan Daddy boleh pilih satu ruangan khas yang mempunyai permandangan yang sangat cantik dan menarik untuk meletakkan tingkap ini.
Memandangkan tingkap ini mempunyai sinaran cahaya yang sangat baik tanpa apa-apa pengudaraan, ia sesuai digayakan untuk kediaman yang mempunyai pokok-pokok besar di sekeliling kawasan untuk mendapatkan suasana yang lebih redup.
#7. Tingkap Rumah Jenis Louvered
Tingkap jenis ini pula menampilkan ciri-ciri tradisional pada rekaan bentuknya. Ia diperbuat daripada bahan-bahan seperti logam, kaca, kayu dan sebagainya. Tingkap ini juga sangat mudah untuk diselenggara dan dibersihkan serta mempunyai pengaliran udara yang sangat maksimum.
Semoga dengan perkongsian mengenai jenis tingkap untuk rumah ini mampu memberi inspirasi untuk Mommy dan Daddy.
Jom lihat pelbagai lagi info dan idea dekorasi menarik yang lain di SINI!