Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tingkatkan deria bayi dengan bermain

deria bermain

Tingkatkan deria bayi dengan bermain

Masa main memberi peluang yang mendorong kepada peningkatan deria sentuhan, bau, pendengaran, penglihatan dan deria rasa bayi anda. Anda boleh membantu si kecil menggunakan deria-deria tersebut untuk merangsang perkembangan fizikal dan mentalnya.

Berapa kerapkah masa yang perlu dijadualkan untuk bermain bersama bayi?

Jangan risau tentang mencipta masa untuk bermain bersama bayi setiap hari. Jika dia kelihatan tenang dan membuat hubungan mata, menggerakkan tangan dan kakinya, dan buat bunyian, dia sedia untuk bermain!

Ia terjadi semakin kerap jika dia mendapat makan dan rehat yang cukup. Anda akan belajar membaca isyarat bayi anda, tetapi jangan risau jika anda tidak terus faham – anda masih cuba memahami antara satu.

Permainan dan aktiviti deria yang manakah boleh merangsang perkembangan bayi?

Penglihatan

Walaupun pandangan bayi yang baru lahir kabur pada jarak 12 inci ke hadapan, dia boleh mengenal muka anda. Biarkan dia meneliti muka anda semasa bermain. Melihat ekspresi muka dan cara anda bermain memainkan peranan penting dalam meransang perkembangan kemahiran sosialnya.

Antara 2 dan 4 bulan, bayi mula membuat hubungan mata dengan anda. Tindak balas anda kepada isyarat kecilnya menyokong derianya dan mengeratkan hubungan anda berdua.

Cara lain meningkatkan kemahiran pada awal bulannya ialah koordinasi kepala dan gerakan mata. Ini membantu dia melihat objek bergerak dan faham hubungannya dengan objek sekeliling. Anda boleh membantu meningkatkan kemahiran ini dengan perlahan-lahan gerakkan permainan melintasi pandangannya dan galakkan dia melihatnya.

Sentuhan

Pada lingkungan 5 bulan, bayi mungkin sudah mula menjangkau objek. Anda boleh mendorong perkembangan fizikal ini dengan meletakkan permainan dalam pandangannya tetapi sukar untuk dicapai.

Lihat dia merangkak, meregang atau bergolek kepadanya. Gantung permainan berdetak atau telefon di tempat yang kakinya sampai untuk menendang ia juga mengajarnya tentang sebab dan kesan.

Pendengaran

Apabila bercakap dengan bayi, beri dia peluang untuk membalas dengan senyuman, bobokan, atau ketawa. Apabila dia membalas, balas kembali. Ini menunjukkan bahawa anda berminat dengannya, juga menggalakkan perkembangan bahasa dan pemahaman.

Berceloteh dan ketawa bersama bayi juga penting untuk kesihatan anda. Interaksi seperti itu melepaskan hormon cinta, oxytocin dalam diri, membantu mencipta ikatan yang sangat kuat antara bayi dan ibu bapa.

Berapa banyak masa yang perlu diluangkan untuk fokus kepada bayi?

Jarak perhatian bayi lebih pendek daripada kanak-kanak atau orang dewasa. Bayi mungkin cepat penat apabila terlalu banyak rangsangan. Tanda-tanda bayi anda penat atau bosan termasuklah:

·         Menggosok mata

·         Pandang ke tempat lain

·         Menangis atau meragam

·         Membelakangkan badan

·         Menutup mata atau tertidur

Apabila anda rasa dia sudah cukup terhibur, beri dia rehat dengan mengemas permainannya dan mendukung dia atau bernyanyi lembut kepadanya. Jika dia kelihatan mengantuk, baringkan dia untuk tidur.

Melakukan kelas aktiviti rangsangan bayi?

Anda adalah rakan permainan bayi anda yang pertama dan boleh memberi pelbagai rangsangan pada awal harinya. Aktiviti bersama – berpeluk, membuat mimik muka, bercakap, beryanyi, membaca cerita, dan mengenal objek dan permainan yang menarik – mempunyai pelbagai sumber rangsangan untuk si kecil.

Sementara bayi membesar, pertimbangkan membawanya ke aktiviti berkumpulan seperti kelas musik.walaupun bayi tidak benar-benar bermain dengan rakannya sehingga pertengahan tahun kedua, menghadirkan diri ke dalam aktiviti berkumpulan memberi kebaikan yang lain.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Satu kajian dijalankan kepada bayi 6 bulan yang hadir ke kelas musik mingguan dan terlibat dalam nyanyian dan bermain alat musik. Hasilnya mereka mempunyai laras suara yang lebih baik dan lebih maju dalam kemahiran komunikasi awal, berbanding dengan bayi yang hadir ke kelas musik dan bermain sambil mendengarnya. Walaubagaimanapun, masih tidak jelas samada bayi berkembang dengan kemahiran yang sama jika membuat musik dengan ibu bapa di rumah.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 Aktiviti berkumpulan juga adalah cara yang baik untuk berjumpa ibu bapa yang lain dan mencari teman permainan baru untuk bayi. Mereka adalah alasan yang baik untuk anda tinggalkan rumah dan merangsang deria anda. Jika anda rasa lebih gembira dan segar, anda mungkin teman bayi yang baik.

 Artikel ini dipetik dari