Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Mahukan Anak-anak Lebih Bersemangat Bangun Bersahur? Cuba Tips Berkesan Ini

kanak-kanak perempuan mengantuk semasa sahur

Dalam kita seronok menyambut Ramadan bulan yang mulia ini, ibu-ibulah yang paling sibuk antara semua. Lagi-lagi kalau ada anak kecil yang baru nak belajar berpuasa. 

Antara cabaran yang ibu-ibu bakal hadapi adalah ada ketika anak-anak ‘liat’ untuk bangun bersahur, lalu tidak mahu berpuasa. Atau baru sahaja beberapa jam berpuasa, sudah menggunakan pelbagai alasan untuk berbuka. 

Hmm, mulalah nak ‘berasap’ telinga Ibu. Ada sahaja ujian dan dugaan sepanjang Ramadan ni kan? 

Sekiranya anda juga salah seorang ibu yang bakal menghadapi cabaran yang sebegini, jangan risau anda boleh cuba tips mudah tetapi berkesan seperti di bawah untuk menaikkan semangat anak-anak kecil untuk bangun bersahur dan berpuasa. 

3 Tips Berkesan Naikkan Semangat Anak-anak Untuk Bangun Bersahur

#1 “Ibu ada masakkan sekali lauk kegemaran awak sayang,”

Anak-anak kecil kita ni sebenarnya sangat mudah dipujuk dengan benda-benda atau perkara yang menjadi kegemaran mereka. 

Jadi, salah satu tips berkesan yang ibu-ibu boleh cuba adalah dengan menyediakan lauk atau makanan kegemaran anak-anak untuk bersahur, walaupun satu lauk sahaja. 

Untuk mendapatkan lebih manfaat bersahur dan terus kekal bertenaga sepanjang berpuasa, pastikan menu tersebut merupakan menu yang tinggi protein kerana protein merupakan makronutrien yang paling lambat untuk dicerna berbanding karbohidrat dan lemak. 

Secara tidak langsung, ia boleh membuatkan anak Ibu merasa lebih kenyang untuk satu tempoh masa yang panjang. 

#2 “Lagi banyak puasa, lagi banyak pahala. Allah suka, Ibu & Ayah pun bangga.” 

Di samping menambahkan ilmu keagamaan dan pengetahuan si kecil, ibu-ibu hendaklah galakkan mereka untuk bangun bersahur dan berpuasa dengan mengingatkan mereka tentang pahala berpuasa sepanjang bulan Ramadan.

Ibu dan Ayah boleh kongsikan dengan anak-anak kebaikan bersahur dan berpuasa di bulan Ramadan. 

Antaranya ialah, berpuasa baik untuk otak kerana ia mampu meningkatkan daya tumpuan, serta melatih anak-anak untuk lebih bersabar dan berdisiplin. Selain itu, berpuasa boleh mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT agar doa-doa kita dimakbulkan dan memohon agar dosa-dosa kita diampunkan juga.

#3 “Eh, mestilah susu favourite awak, Malt pun ada! Siapa cakap tak boleh?”

Lagi satu, dengan anak kecil ni, kalau pada hari-hari biasa Ibu ada sediakan susu favourite mereka seperti susu dengan Malt, bulan puasa tak bermaksud mereka tak boleh minum susu kegemaran mereka kan?

Beritahu mereka yang Ibu masih akan hidangkan segelas susu tersebut sebelum habis waktu bersahur. Lagi bagus kalau ibu-ibu boleh sediakan susu dengan Malt seperti MARIGOLD Susu UHT dengan Malt untuk anak-anak sepanjang sahur di bulan Ramadan.

Kerana, MARIGOLD Susu UHT dengan Malt kaya dengan nutrisi seperti kalsium, protein dan 6 vitamin penting untuk perkembangan optimal, selain dapat membina tulang yang kuat dan badan yang lebih sihat. Malt juga menjadikan rasa susu lebih sedap untuk anak-anak.

Malt bukan sahaja tinggi serat, malah, kaya dengan Vitamin B-6 dan Vitamin B-12, tiamin, folat, asid pantotenik, niasin dan riboflavin. Vitamin B juga dapat membantu dalam memetabolismakan karbohidrat, protein dan lemak untuk memberi tenaga sepanjang hari.

Anak Ibu juga pasti lebih bertenaga menjalani aktiviti harian walau sedang berpuasa sepanjang bulan Ramadan.

Didatangkan dalam pek yang mudah untuk dihidangkan pada anak-anak dan seisi keluarga semasa bersahur.

Dapatkan MARIGOLD Susu UHT dengan Malt Hari Ini! 

Semoga dengan tips ini memudahkan ibu-ibu untuk kejutkan anak-anak bangun bersahur. Mereka juga akan lebih bersemangat dan bertenaga menjalani ibadah puasa dengan susu MARIGOLD Susu UHT dengan Malt. 

Barulah lebih berkat meraikan ibadah puasa sepanjang Ramadan dengan seisi keluarga. 

Jangan lupa untuk mendapatkan MARIGOLD Susu UHT dengan Malt di pasaraya berdekatan dan juga secara online di SINI dan layari laman Facebook dan Instagram MARIGOLD Susu UHT dengan Malt hari ini.