Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tips Khas Untuk Mommy: Bagaimana Nak Kawal Anak Yang Hiperaktif?

Mommy ada masalah nak kawal anak hiperaktif? Kadang-kadang mereka keterlaluan dan susah untuk dikawal. Apa yang boleh kita lakukan sebagai sebagai ibu bapa untuk mengurang hiperaktif mereka? Sebelum merawat, mari kita fahamkan dahulu apa itu hiperaktif. Adakah ia berkait rapat dengan ADHD ataupun ia adalah penyakit yang berlainan?

Haaa, kalau Mommy mahu tahu dengan lebih lanjut, mari kita teruskan pembacaan dibawah.

Apa Itu Hiperaktif?

Highlighted


Hiperaktif secara amnya berkait rapat dengan kelakuan anak-anak kita. Ia juga sering dikaitkan dengan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), hiperaktif juga merupakan salah satu simptom ADHD. Tetapi mereka tidak semestinya mempunyai ADHD. Kanak-kanak yang senyap dan sering duduk diam juga berkemungkinan mempunyai ADHD. Sila rujuk pakar jika berlaku demikian.

Menurut MyHealthKKM, kanak-kanak yang mempunyai simptom dibawah berkemungkinan mennjukkan tanda hiperaktif:

    1. Selalu menggerakkan tangan atau kaki.

    2. Selalu bangun dari tempat duduk ketika dia perlu duduk.

    3. Selalu berlari atau memanjat pada masa dan tempat yang tidak sesuai.

    4. Selalu membawa masalah ketika bermain atau sedang melakukan aktiviti.

    5. Selalu bersikap sentiasa ingin “pergi”.

    6. Selalu bercakap secara berlebih-lebihan.

Menurut MayoClinic pula, punca sebenar ADHD ni tidak jelas. Punca ADHD mungkin termasuk dari segi genetik, persekitaran atau masalah dengan sistem saraf pusat pada saat-saat penting dalam tumbesaran kanak-kanak.

Macam Mana Nak Kawal Anak Hiperaktif?

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Dr Rizal menyenaraikan bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh mengawal hiperaktif mereka.

Moga tips ini dapat bantu Mommy!

Tips Kawal Anak Hiperaktif

Berteriak, menjerit, menjerkah anak-anak sebab tak reti nak duduk diam, patut atau tidak?

Pada lingkungan umur 3-6 tahun ni anak-anak paling aktif, main itu main ini memang tak ingat dunia, betul tak?

Sebagai ibu bapa saya pasti tidak ada yang tidak berasa geram kan apabila anak tak boleh duduk diam.

Lebih teruk apabila mereka mula menggangu orang di sekeliling, kenal atau tidak kenal.

Hiperaktif ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak yang punyai tingkah laku yang terlampau aktif secara fizikal.

Tumpuan mereka juga sangat singkat. Apakah 5 tips yang ibu bapa boleh gunapakai untuk kawal anak hiperaktif?

  1. Lebih Kerap Habiskan Waktu Lapang Bersama
  2. Beri Perhatian Dan Kasih Sayang Secara Positif
  3. Buat Peraturan Dan Had Batasan Yang Jelas
  4. Beri Teguran Dan Nasihat Bijak
  5. Sekiranya Tidak Terkawal, Rujuk Nasihat Pakar

Ibu bapa kena tahu anak hiperaktif ni sebenarnya nak ibu bapa mereka ada dengan mereka.

Luangkan masa bersama dengan mereka dengan bermain permainan yang dapat merangsang komunikasi dan tingkatkan ‘focus span’.

Seeloknya pilih sesuatu perkara yang mereka rasa seronok. Contohnya bermain dengan haiwan peliharaan, sesi buat kek cawan kegemaran, beriadah.

Mereka selalunya akan terus terusan bertanya benda yang sama berulang kali. Masa ni ibu bapa kena banyak sabar.

Akan sampai satu tahap mereka akan mulai letih tapi itulah, mental ibu bapa kena kuat semangat.

Perkongsian yang sangat membantu buat Mommy yang sering struggle dengan anak yang hiperaktif, sampai ada masa rasa nak give up. Kuatkan semangat Mommy! Anak-anak hiperaktif memang memerlukan banyak perhatian. Pasti Mommy dan Daddy dapat menangani rintangan seperti ini selepas mencuba tips di atas!

Selamat mencuba~

Kredit: Facebook Cintabooks.com


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!