Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Tips Mengemas Rumah Yang Paling Mudah – Boleh Buat Mommy Rasa Lebih Relaks

tips mengemas rumah

Kredit gambar: www.eatthis.com

Kalau Mommy inginkan rumah seperti gelaran “Rumahku Syurgaku”, ia perlu dimulakan dengan keadaan rumah yang bersih serta kemas dan untuk realisasikannya terdapat beberapa tips mengemas rumah yang cukup berkesan boleh Mommy jadikan panduan.

Apakah tips-tips tersebut? Tidak kiralah kecil atau besar rumah tersebut, ianya tetap syurga bagi pemiliknya. Rumah adalah tempat untuk kita bersama keluarga, tempat merehatkan badan, dan tempat privasi untuk keluarga.

Menjadi idaman setiap orang untuk mempunyai rumah yang kemas. Biarpun tidak besar dan mewah, kemas sahaja sudah cukup untuk membuatkan penghuninya merasa tenang ketika berada di rumah.

Namun, agak susah untuk mempunyai rumah yang kemas jika mempunyai anak kecil di rumah. Melihatkan rumah yang bersepah membuatkan hati tidak tenang dan serabut malah menyakitkan lagi mata yang memandang!

Oleh itu, melalui perkongsian kali ini kami akan berkongsi tips mengemas rumah agar rumah sentiasa nampak kemas dan hati pun senang melihatnya.

Tips Mengemas Rumah Dengan Mudah

Highlighted

Kredit gambar: www.euro-maids.com

#1. Fokus Pada Ruang/Tempat Paling ‘dibenci’

Mula atau fokus pada ruang/tempat yang ‘high-trafficked’. ‘High-trafficked’ bermaksud ruang/tempat yang paling berselerak, atau tempat yang paling kita malas nak kemas. Contohnya, bilik mainan anak-anak.

Walaupun ibu-ibu merasakan tiada guna untuk mengemas bilik ini kerana ianya akan kembali bersepah selepas dikemas, tetapi apa salahnya kemas sehari sekali.

#2. Basuh dan Lipat Baju Setiap Hari

Sebolehnya basuh dan lipat baju setiap hari. Elakkan dari menyimpan baju hingga hujung minggu. Percayalah semakin banyak baju yang dikumpul semakin malas ibu-ibu untuk membasuh dan sekaligus malas untuk melipat baju apabila banyak baju.

Jadikan amalan untuk membasuh dan melipat baju setiap hari sekiranya bilangan ahli keluarga ramai, jika tidak ramai boleh cuba untuk buat 2 kali sehari.

Hasilnya kita akan nampak rumah kita kelihatan bersih dan kemas apabila tiada baju yang belum dibasuh dan sudah dibasuh di dalam baldi atau bakul.

Mahu lebih cepat proses melipat baju, libatkan suami dan anak-anak. Minta mereka lipat baju masing-masing dan simpan di tempat sendiri. Seronok kan?

#3. Tips Mengemas Rumah Dengan Cara Buka Tingkap

Buka tingkap pada setiap hari. Biarkan angin dan udara semula jadi masuk ke dalam rumah. Ini membantu untuk menyingkirkan bau-bausan yang tidak sedap apabila rumah asyik bertutup.

Walaupun rumah telah dikemaskan tetapi terdapat bau yang tidak enak ini akan membantutkan rasa tenang berada di rumah.

#4. Biar ‘Pencuci’ Mainkan Peranannya

Di samping itu, sebelum anda menyental bilik mandi atau mana-mana bahagian yang perlu disental, adalah disarankan anda menyembur bahagian-bahagian tersebut menggunakan bahan pencuci terlebih dahulu.

Kemudian, biarkan selama beberapa minit supaya bahan pencuci tersebut melakukan ‘kerjanya’ dahulu sementara anda boleh melakukan kerja lain.

Ini akan memudahkan anda apabila hendak menyental nanti. Tidaklah anda perlu menyental dengan lama dan bersusah payah.

#5. Cuci Kotoran Dengan Segera

Kredit gambar: www.dogtas.com

Antara tips lain adalah segera mencuci kotoran yang ada dengan segera. Contohnya, kotoran dari tumpahan makanan, minuman atau apa sahaja kotoran yang tumpah.

Apabila kotoran tersebut dicuci dengan segera masa yang diambil tidaklah lama berbanding dengan kotoran lama, di mana perlu menyental kotoran tersebut dengan
lebih lama.

Ini termasuklah kotoran yang terdapat pada pinggan, mangkuk, periuk, kuali, baju, lantai dan lain-lain. Semakin lama dibiarkan semakin lama masa yang diambil untuk mencuci.

#6. Tips Mengemas Rumah Dengan Cara Libatkan Anak-anak

Kredit gambar: www.country-classics.com

Selain itu, anda juga boleh melibatkan ahli keluarga lain dalam aktiviti mengemas rumah ini. Ini bukan sahaja dapat meringankan kerja anda tetapi juga dapat mempercepatkan urusan mengemas rumah dan sekaligus dapat melatih mereka untuk melakukan kerja rumah.

Anda boleh buat jadual dan agihkan tugas kepada anak-anak anda untuk tugasan seperti sapu sampah dan buang sampah. Pilih satu hari dalam seminggu untuk bergotong-royong membersihkan keseluruhan rumah.

#7. Jadikan Aktiviti Memvakuum Sebagai Tugas Paling Akhir

Pastikan anda memvakuum selepas selesai mengemas semua ruang termasuk bilik-bilik yang ada. Ini lebih menjimatkan masa daripada mengemas satu ruang kemudian vacum dan kemudian mengulanginya untuk bilik dan ruang lain.

#8. Basuh segala peralatan selepas digunakan

Basuh segala peralatan selepas digunakan. Contohnya, selepas siap makan terus basuh pinggan yang digunakan. Contoh lain selepas masak terus kemas dan basuh segala peralatan yang telah digunakan. Apabila dibiarkan terkumpul banyak ianya akan membuatkan sakit mata apabila memandang.

#9. Tips Mengemas Rumah Dengan Cara Buang Barang Yang Tidak Lagi Digunakan

Kredit gambar: themessmasters.com

Sesetengah orang sayang untuk membuang barang mereka walapun tidak lagi digunakan. Ini akan membuatkan rumah nampak semak dengan banyak barang.

Jika barang tersebut tidak lagi digunakan terus buang dan sekiranya ingin menyimpan barang tersebut sediakan satu tempat khas dan sentiasa susun dengan kemas.

#10. Tips Mengemas Rumah Dengan Cara Buang Sampah Setiap Hari

Buang sampah adalah perkara wajib yang perlu dilakukan setiap hari. Jangan biarkan sampah tersebut terkumpul melebihi sehari lagi-lagi sampah dari makanan. Risau ianya akan membawa kuman atau bakteria yang boleh menyebabkan sakit kepada anda sekeluarga.

Jangan lupa untuk menyediakan tong sampah di setiap bilik. Ini memudahkan anda membuang sampah. Tidak perlulah berjalan jauh dari bilik hingga ke dapur untuk membuang sampah. Rumah adalah tempat untuk merehatkan badan dan minda.

Apabila rumah bersepah anda akan jadi tidak seronok untuk tinggal dan berada di rumah. Lakukan tips-tips ini dan lihatlah hasilnya.

Mungkin nampak agak memenatkan tetapi apabila anda menjadikan ianya sebagai rutin harian anda pasti ianya tidak menjadi satu perkara yang berat untuk dilakukan. Selamat mencuba!


Mommy juga boleh ketahui pelbagai lagi tips atau panduan dan idea dekorasi menarik serta lain-lain dengan klik di SINI!