Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tips Pemakanan untuk Keseimbangan Hormon & Kesihatan Wanita oleh Dr Pakar

tips pemakanan wanita

“You are what you eat”. Pernah dengar ayat ini? Ini merupakan ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan gaya pemakanan dan kesihatan seseorang. Sebagai seorang wanita, sangat penting untuk kita menjaga pemakanan kita tak kiralah samada sebelum hamil, ketika hamil, mahupun selepas bersalin. Mengikut perkongsian doktor pakar, Dr Nor Azima Mohd Razalli di slot radio IKIM FM, terdapat tiga tips pemakanan yang terpenting iaitu:

  1. Lebihkan buah-buahan 
  2. Lebihkan sayur-sayuran 
  3. Mendapatkan protein daripada protein terbaik seperti ikan dan telur.
Highlighted

Sumber: Facebook IKIM FM

Dr Nor Azima juga memberikan beberapa tips pemakanan yang betul untuk kestabilan hormon dan kesihatan para wanita.

Tips Pemakanan Yang Disarankan

+1 Simple Protein 

(Seperti di atas) Protein yang terbaik adalah “simple protein” daripada ikan dan telur.

+2 Rahsia Sebenar Tepung 

Makanan yang berasakan tepung sebenarnya sangat mengganggu hormon wanita. Menurut perkongsian Dr Nor Azima, tepung juga boleh menyebabkan seseorang wanita kekurangan tenaga, akan rasa cepat nak marah, dan juga boleh menyebabkan serangan panik atau tekanan.

Dr Nor Azima juga menyarankan wanita untuk kurangkan pengambilan makanan berasaskan tepung pada waktu pagi. Sebaliknya;

  • Cadangan pemakanan: 3-4 biji/potong kuih muih & 2 keping roti sahaja.
    • Contoh makanan yang berasaskan tepung: roti, kuih muih, mee, biskut, pizza dsb.

+3 Roti VS Nasi

Lebih baik untuk anda mengambil nasi berbanding roti ketika sarapan. Sekiranya anda ingin ‘makan besar’ pada waktu pagi, lebih baik anda ambil segenggam nasi, telur dan sayuran. Kalau taknak, makanlah telur dan sayur-sayuran atau buah.

+4 Hijau = Makanan Hormon

Rasa tenang kan kalau kita lihat tumbuhan dan pemandangan hijau? Kalau itu makanan jiwa, makanan untuk kesihatan hormon juga merupakan makanan yang berwarna hijau. Jadi, setiap wanita dinasihatkan untuk lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian untuk menyokong kestabilan hormon.

Biasalah wanita. Untuk kekal sihat dan ceria, kena sentiasa gembira dan tenang. Kitaran hormon yang baik juga dapat membantu kita menjadi lebih gembira, seronok, dan tenang.

+5 Diet yang Simple 

Dalam pada itu, Dr Nor Azima juga menekankan bagaimana isu kesihatan zaman sekarang kebanyakkan adalah disebabkan pengambilan makanan kita yang terlalu pelbagai dan kompleks. Daripada menu-menu utama makan tengah hari dan makan malam, kepada snek-snek di antara waktu makan turut menjejaskan kesihatan kita.

Oleh itu, Dr Nor Azima menyarankan untuk setiap wanita mengamalkan pemakanan yang simple sahaja. Nak “cheat day” sekali sekala pun boleh!

+6 Pemeriksaan Kesihatan 

Anda juga dinasihatkan untuk rajinkan diri buat pemeriksaan kesihatan. Bukan pemeriksaan yang biasa-biasa tu ye, tapi secara keseluruhan, sekurang-kurangnya setahun sekali. Buat pemeriksaan darah dan keseluruhan darah untuk tengok status kesihatan badan kita.

Kita mungkin rasakan diri kita sihat sebab kita masih boleh berdiri, duduk dan berlari, tapi sebenarnya tak! Menurut pengalaman Dr Nor Azima, ada seorang pesakit beliau baru berumur 26 tahun, tetapi keadaan buah pinggangnya sudah berada di tahap 3 (teruk)

Allahu… 

Apa pandangan Mommy mengenai tips pemakanan? Selain Mommy, encik suami pun boleh mengambil nasihat yang dikongsikan Dr Nor Azima ini. Apa-apa pun, jaga gaya pemakanan kita. Makan makanan yang sihat, minum banyak air putih (air mineral lebih baik!), dan banyakkan bersenam untuk kesihatan yang berpanjangan. Inshaallah, umur lebih panjang, sihat walafiat dan kekal kuat dihari tua nanti.

Selamat beramal!