Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Melecet atau Bernanah? Ini Tips Penjagaan Luka Bersalin Yang Mommy Perlu Take Note

Banyak persiapan yang harus Mommy lakukan sebelum bersalin. Antaranta ialah, Mommy perlu menyiapkan barang-barang bayi, persediaan mental serta fizikal sebelum lahirnya si manja dan macam-macam lagi.

Untuk pengetahuan Mommy, persediaan bersalin ini adalah amat penting kerana ada yang bersalin normal dan bersalin czer, serta pelbagai kemungkinan semasa hendak bersalin.

Tetapi harini kita nak ulaskan sedikit tentang luka selepas bersalin dan penjagaan rapi yang Mommy harus ambil tahu!

Terdapat beberapa perkara yang Mommy perlu cakna sebelum bersalin. Antaranya adalah prosedur episiotomi dan juga cara untuk menjaganya.

Jom kita baca di bawah~

Serba Sedikit Tentang Episiotomi

Highlighted

Kredit gambar: Twitter My Heart Community

Merujuk pada gambar di atas, episiotomi merujuk kepada pemotongan yang dilakukan pada bahagian pembukaan faraj untuk mempercepatkan atau mengurangkan risiko koyakan yang berlebihan.

Terdapat dua prosedur iaitu biasa dalam bidang kebidanan moden pada masa sekarang dan satu lagi kaedah adalah yang dibuat apabila berdepan keadaan tertentu dan dilakukan oleh doktor yang mahir.

Kenapa kena buat eposiotomi ni? Antara sebab prosedur episiotomi dilaksanakan:

  • Proses kelahiran yang berpanjangan
  • Ketegangan pada janin
  • Kelahiran faraj memerlukan bantuan menggunakan forsep atau vakum
  • Bayi dalam posisi songsang
  • Kelahiran bayi kembar atau berganda
  • Bayi bersaiz besar
  • Kedudukan kepala bayi yang tidak normal
  • Ibu mempunyai sejarah pembedahan pelvis

Selepas prosedur episiotomi, proses jahitan pula dilakukan bagi memulihkan dan mencantumkan semula bahagian tersebut. Sebab itulah Mommy harus menjaga luka dengan baik!

Jom kita tengok tips ni supaya Mommy lebih bersedia. Mujur ada perkongsian daripada My Heart Community yang sentiasa rajin kongsikan info tentang ini.

6 Tips Penjagaan Luka Bersalin Yang Mommy Harus Tahu 

Untuk ibu yang bakal bersalin, please take note yang buang air besar/kecil pertama lepas bersalin sakit. Luka jahitan bersalin kalau tak jaga betul-betul, jahitan boleh terbukak, berdarah balik atau bernanah!

Ini tip-tip penjagaan luka bersalin:

  1. Pastikan bahagian sekitar faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.
  2. Cuci dan basuh bahagian tersebut dengan menggunakan air sahaja atau air suam.
  3. Elakkan daripada mengelap atau menggosokkan bahagian tersebut dengan tuala. Sebaiknya, biarkan kering secara semula jadi.
  4. Jangan gunakan sebarang sabun mandian, meletakkan minyak atau krim pada luka jahitan itu.
  5. Pastikan ibu menukar tuala wanita dengan kerap.
  6. Kalau pendarahan selepas bersalin sudah berhenti, ibu digalakkan untuk tak pakai pakaian dalam pada waktu malam bagi memberikan pengudaraan.

Ada kesan ke kalau jahitan terbuka? Ramai Mommy yang berjaya sembuhkan luka jahitan dalam masa kurang 2 minggu dan biasanya tak ada masalah.

Tak ada risiko untuk jahitan kembali terbuka disebabkan senaman atau seks. Tapi Mommy perlu ingat, jika Mommy letakkan tekanan pada jahitan ataupun terkena jangkitan pada sekitar bahagian faraj, ia boleh mengakibatkan jahitan episiotomi terbuka.

Macam Mana Nak Sembuh Cepat?

Semua orang akan sembuh mengikut tempoh masa mereka sendiri. Terdapat beberapa faktor yang akan tentukan cepat atau tidak luka Mommy nak sembuh. Antaranya adalah:

  • Kedudukan luka tersebut
  • Kedalaman bukaan episiotomi
  • Tempoh jangkitan sudah berlaku

Haa sekarang Mommy sudah tahu tentang luka bersalin yang harus Mommy ambil perhatian! Mommy dah bersedia ke nak bersalin?

Kita doakan semuanya berjalan lancar dan anak Mommy selamat dilahirkan. Kami harap dengan perkongsian ini, ia bermanfaat untuk Mommy yang akan bersalin nanti.

Kredit: My Heart Community 


Dapatkan tips bersalin dan juga tips kesihatan Mommy DI SINI.