Dari kecil lah kita kena jaga dan bela rambut dengan elok kan Mommy? Penjagaan rambut anak pada masa ini yang akan membentuk kesihatan dan kekuatan rambutnya dalam proses membesar nanti.
10 Tips Penjagaan Rambut Anak
Bila dah ada anak ni, Mommy kena peka dengan pertumbuhan dan kesihatan rambutnya. Tengok pada ketebalan, tekstur rambut dan pertumbuhannya, apakah ia normal untuk anak Mommy?
#1. Basuh rambut setiap hari
Anak-anak ni, mereka selalu berpeluh. Yelah.. mereka sedang membesar kan? Bermain sana-sini, berlari dan memanjat, tentunya badan mereka akan berpeluh-peluh.
Termasuklah di bahagian kepala ya. Sebab itulah, Mommy kena pastikan mereka syampu dan bersihkan rambut dengan betul supaya tidak berdaki kulit kepala nanti.
#2. Lap rambut dengan betul
Seusai mandi, jangan ajarkan anak Mommy untuk biarkan rambut mereka macam tu je. Kena lap dengan betul dan tekan-tekan di bahagian kulit kepala supaya scalp kepala anak tidak terlebih lembap.
Lebih-lebih lagi untuk anak perempuan yang bertudung, kena lapkan kering ya?
#3. Pakai minyak rambut
Seeloknya, jangan ajar anak Mommy untuk pakai serum yang penuh dengan bahan kimia sangat. Cari yang natural seperti minyak kelapa dara dan minyak zaitun.
Amalkan untuk lumur di rambutnya selang sehari sebelum waktu tidur supaya rambutnya mendapat nutrisi yang cukup.
#4. Elakkan sikat rambut ketika basah
Menyikat rambut yang basah meninggikan risiko untuk rambut tu menjadi rosak, rapuh dan mudah putus.
Ini kerana rambut basah ni fragile ya Mommy. Tunggu rambut kering dahulu ataupun lumurkan dengan sedikit minyak supaya lebih mudah untuk menyikatnya.
#5. Sentiasa sikat rambut
Yelah.. budak-budak kan, bukannya mereka tahu sangat. Mommy lah kena ajarkan supaya mereka sentiasa menyikat rambut.
Nanti rambut akan lebih terurus dan rapi.
#6. Guna getah rambut yang sesuai
Bagi penggunaan getah rambut pula, elakkan guna getah rambut yang ketat ya Mommy. Walaupun terasa kemas, boleh rosak rambut kerana tekanan tu.
#7. Buat pemeriksaan kutu secara berkala
Biasalah, kutu kepala ni memang popular di kalangan kanak-kanak. Di tadika, sekolah rendah, memang akan ada je anak yang terkena.
Jadi sebaiknya, Mommy hendaklah sentiasa periksa rambut anak. Tengok ada kutu ke tidak dan kesihatan rambutnya secara menyeluruh.
#8. Pakai aksesori rambut yang sesuai
Selain daripada getah rambut, aksesori lain seperti penyepit rambut hendaklah sesuai juga. Jangan biasakan anak untuk pakai penyepit yang kasar bilah sepitnya.
Rambut akan lebih mudah putus dan tak sihat nanti.
#9. Pakai topi ketika cuaca panas
Bukan orang tua je, kanak-kanak pun kena lindungi rambut mereka daripada haba matahari tau. Biasakan mereka untuk memakai topi ketika berada di luar supaya kesihatan rambut lebih terjaga.
#10. Urut kulit kepala dan rambut dengan betul ketika syampu rambut
Kalau kasar-kasar, main hentam je, nanti rambut akan mudah rosak. Mommy mesti ajarkan anak untuk syampu rambut dengan betul dan lemah-lembut supaya akar rambut terus kuat.
Kaedah yang salah hanya akan menyebabkan rambut lebih mudah putus dan rosak.
Tips Penjagaan Rambut Anak
Setiap orang mempunyai kaedah penjagaan rambut yang berbeza. Asalkan Mommy jaga kebersihan rambut dengan betul pada kaedah yang sesuai, pasti rambut anak akan tumbuh memanjang dengan sihat nanti!
Ikuti tips penjagaan si manja Mommy di SINI.