Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Tips Bagi Mereka Yang Sukar Untuk Dapatkan Anak

Anak-Dapatkan-Tips

credit: Mumsnet

Kalau dah lama kahwin tu tapi belum ada anak mesti rasa sedih kan? Macam-macam cara dah cuba tapi belum ada rezeki. Nak juga rasa macam mana ada anak, macam mana mengandung kan? Jangan risau, hari ni saya nak share tips dari ustaz, untuk memudahkan anda mendapatkan zuriat.

5 Tips Mudah untuk Dapat Anak

1. Berdoa dan Terus Berdoa

Highlighted

Credit: Reportase Terkini

Berdoalah dengan cara masing-masing, tapi untuk umat Islam, doa ini amat disarankan untuk membantu anda mendapatkan zuriat. Cubalah.

Berikut adalah doa Nabi Zakaria ketika memohon zuriat:

رَبِّ لاَتَذَرْنِىْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُالْوَارِثِيْنَ

Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi (Al-Anbiya : 89)

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan: 74).

2. Mitos: Lebih Kerap, Lebih Baik

credit: Giphy

Kajian menunjukkan hubungan seksual yang terlalu kerap akan mengurangkan kualiti sperma yang dihasilkan. Sperma yang lemah tidak bakal memungkinkan kehamilan berlaku.

Hubungan seksual yang digalakkan adalah sebanyak 3 atau 4 kali seminggu. Walau bagaimanapun, apa yang penting ialah kekerapan melakukan hubungan seks pada waktu yang sesuai untuk hamil.

Dapatkan produk bayi menarik disini!

3. Berhenti Merokok

Ini semua orang tahu kan? Bagi lelaki, merokok dapat mengurangkan kualiti sperma dan merumitkan anda untuk mendapatkan anak manakala bagi wanita, merokok dapat mengganggu kesuburan.

credit: Eithiopia Breaking News

Jadi? Nak dapat anak kan? Sudah-sudahlah merokok tu. Berkorban sikit tak salah rasanya. Anda juga yang akan bahagia nanti dengan adanya bayi anda yang comel.

Dapatkan produk bayi menarik disini!

4. Posisi Seks Yang Betul

credit: Quartz

Janganlah rasa benda ni benda lucah pula. Nama pun dah kahwin mestilah tahu posisi seks yang betul. Kalau betul caranya, mudahlah sperma untuk berenang ke ovum. Posisi apa? Itu anda perlu cari sendiri. Jangan ada sifat malu dalam hal ini sebab dah halal dan tu pun pasangan anda yang sah. Berbincanglah sama-sama untuk dapatkan anak, ya?

5. Ketahui Waktu Subur Anda

credit: Pinterest

Melakukan hubungan seks sebelum waktu ovulasi akan lebih meningkatkan peratus kehamilan. Ini adalah kerana, telur yang matang hanya dapat hidup selama 24 jam sedangkan sperma boleh hidup sehingga 48 atau 72jam di dalam tubuh wanita.

Jadi, apa tunggu lagi? Silalah usaha dan terus berusaha dan jangan mengaku kalah. Goodluck! 🙂

Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!