Ibu, Bayi & Kanak Kanak

3 Tips Berguna Untuk Tangani Insomnia Selepas Bersalin

insomnia selepas bersalin

Insomnia dan penyakit tidur adalah menjadi satu kebiasaan sekarang, dan kekurangan tidur yang diperlukan 7-8 jam sehari akan menyebabkan kerosakan pada metabolism dan kualiti harian anda. Menjadi seorang ibu adalah sukar – anda perlu makan makanan yang sihat untuk kekuatan anda dn untuk menjaga sikecil anda.

Segala kerja selepas bersalin akan menyebabkan keletihan dan membuatkan anda berasa tidak bermaya, dan berkemungkinan insomnia. Jika anda mengalaminya, anda akan menjadi sukar untuk tidur walaupun anda keletihan, anda akan mahu terus membaca.

Apakah Postpartum Insomnia?

Secara ringkas, insomnia selepas bersalin adalah kesukaran ibu untuk tidur dengan cukup. Ramai yang baru bergelar ibu tidak punya waktu yang cukup untuk tidur, dan sibuk menguruskan bayi mereka.

Highlighted


Gangguan tidur termasuklah insomnia sering berlaku akibat tekanan, dan sebaliknya, ia juga boleh menjadi tanda tekanan selepas bersalin – insomnia selepas bersalin perlu diberi perhatian.

Sebab Insomnia Selepas Bersalin:

Badan wanita mengalami perubahan fizikal dan hormon semasa dan selepas hamil, dan perubahan ini memberi kesan termasuklah insomnia. Insomnia selepas bersalin ini selalunya kerana kesukaran tidur, berfikir secara berterusan, peluh di waktu malam, debaran dan mimpi yang pelik.

Bergantung kepada sebab, insomnia selepas bersalin akan bertahan selama beberapa bulan selepas bersalin, dan dialami oleh 15% ibu baru. Sebab biasa insomnia ini termasuklah:

  • Perubahan hormon dipercayai menjadi salah satu punca insomnia.
  • Perubahan hormon estrogen dan hormon lain semasa hamil dan selepas bersalin.
  • Tekanan, suhu panas dan kebimbangan boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Kesan Postnatal Insomnia:

Seperti keadaan lain, insomnia juga perlu diberi perhatian untuk mengurangkan impak bahaya berkenaannya. Senarai dibawah adalah kesan biasa bagi insomnia:

  • Kurang tidur menyebabkan peningkatan berat badan yang menyebabkan obesiti.
  • Insomnia, boleh menyebabkan sakit jantung dan diabetes.
  • Gangguan tidur dan insomnia dikaitkan dengan peningkatan tekanan, deraan dan keadaan psikiatrik lain.
  • Insomnia juga boleh memberi impak negatif pada emosi wanita, psikologi dn fizikal. Ia akan membuatkan anda berasa tidak tenang, letih dan sebagainya.
  • Ia juga memberi impak pada ibu dari segi penjagaan anak.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Tips Tangani Postnatal Insomnia:

Langkah mudah untuk tangani insomnia dan membantu para ibu kekal tenang dan mendapat tidur yang cukup.

  1. Tidur awal adalah cara mudah – cuba aktiviti yang tenang seperti berendam di tub mandi boleh membantu.
  2. Senaman selama 10 minit boleh membantu menenangkan badan anda dan bantu anda untuk tidur dengan lebih baik.
  3. Tidur apabila bayi sedang tidur juga boleh memastikan anda mendapat tidur yang cukup.

Jika kesemua teknik ini tidak berkesan, anda boleh berjumpa pakar untuk bantuan tangani masalah ini.

Artikel ini dipetik dari TipsToHandleInsomnia.