Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tips Untuk Si Manja Kekal Bertenaga Dari Sahur ke Iftar

“Dah nak puasa ni, nak kena ready idea untuk juadah sahur dan berbuka. Dengan Aqil pula baru nak belajar puasa, lagilah nak kena cari menu berbuka yang dia suka tapi still berkhasiat. Nak kena fikir betul-betul ni,” – Mommy

“Mommy, nanti bulan puasa, sahur Mommy nak masak apa? Jangan lupa Susu UHT MARIGOLD dengan Malt favourite Aqil tu tau! Aqil nak try puasa penuh tahun ni!” – Aqil 

“Eh, sempat pula dia menyampuk. Macam tau-tau je orang tengah fikir pasal juadah sahur dan berbuka,” – Mommy

Tiba sahaja bulan Ramadan, mak-maklah insan yang paling sibuk menguruskan segala persiapan, terutamanya yang berkaitan dengan juadah sahur dan juga berbuka.

Banyak hal yang perlu diambil kira termasuklah menu kegemaran keluarga iaitu jenis lauk pauk, kuih-muih, pemanis mulut, dan minuman yang berkhasiat sebagai juadah bersahur mahupun berbuka.

Sebagai seorang ibu, penting untuk menitikberatkan pengambilan makanan yang betul dan lengkap dengan nutrien seperti protein, serat, karbohidrat dan lain-lain sepanjang bulan puasa. Lagi pulak untuk anak kecil yang baru nak belajar puasa. Banyak perkara kena fikirkan tau! 

Inilah masanya Mommy kena kerah otak dan kreativiti untuk menonjolkan kemahiran memasak agar si manja seronok berpuasa dan dalam masa yang sama, mereka mendapat nutrien yang mencukupi dan kekal bertenaga dari sahur sehingga waktu berbuka sepanjang bulan Ramadan.

Bak kata pepatah Bahasa Inggeris, “killing two birds with one stone”—anak dapat manfaat puasa dan juga nutrisi penting walaupun harus berlapar untuk beberapa jam.

Kalau Mommy macam saya yang masih pening fikirkan juadah sahur buat si manja, jangan risau! Saya dah jumpa solusinya dan ingin kongsikan bersama Mommy semua. Jom teruskan pembacaan dan ikuti tips pemakanan yang terbaik untuk anak-anak yang Mommy boleh cuba di rumah.

Perbanyakkan Sumber Protein

Protein adalah makronutrien yang paling lambat untuk dicerna berbanding dengan karbohidrat dan lemak. Protein membantu si manja merasa lebih kenyang untuk satu tempoh masa yang panjang. Jadi, eloklah Mommy perbanyakkan sumber protein dalam menu sahur seperti ikan, ayam, daging, susu dengan Malt, dan sebagainya.

Makanan Yang Tinggi Serat

Selain daripada protein, pengambilan makanan yang tinggi serat juga membantu anak-anak merasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama dan kekal bertenaga dari sahur ke iftar. Makanan yang kaya dengan serat juga dapat mengawal masalah ketidakhadaman dan pedih ulu hati anak-anak.

“Tapi anak saya susah nak makan sayur…” 

Samalah anak kita Mommy. Kalau anak-anak susah nak makan sayur, Mommy boleh sediakan pilihan makanan yang tinggi serat lain dengan menjadi lebih kreatif seperti menyediakan hidangan nugget bersayur atau roti bijirin penuh yang dihias comel. Barulah anak-anak lebih berselera dan bersemangat sewaktu bersahur nanti!

Makanan Dan Minuman Yang Perlu Dielakkan

Oleh kerana puasa mengambil masa yang agak lama sehingga berbelas jam, pemilihan makanan yang dapat membekalkan tenaga dan membuatkan anak-anak merasa kenyang lebih lama pasti menjadi pilihan kita sebagai ibu bapa.

Tapi, Mommy harus ingat tak semua makanan boleh diberikan pada anak-anak. Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan supaya tidak menyebabkan masalah pada sistem penghadaman anak-anak.

Makanan yang mengandungi banyak lemak dan terlalu berempah atau pedas boleh menyebabkan beberapa masalah penghadaman seperti masalah kembung perut, refluks dan beberapa masalah lain.

Sekiranya si manja sukakan makanan pedas, pastikan Mommy pantau pengambilannya. Jangan biar anak makan banyak makanan pedas tau, takut sakit perut nanti!

Minuman yang berkafein seperti kopi dan teh juga tidak digalakkan kerana ia bersifat diuretik, yang menggalakkan penghasilan air kencing. Bila anak dah banyak kali buang air kecil, takut dehidrasi pula dan ia juga boleh membuatkan mulut berasa kering dan dahaga.

Haa, nanti mulalah drama lapar dan dahaga waktu tengah hari anak-anak, yang memujuk kita untuk berbuka dengan pelbagai alasan.

“Mommy, dah lemah sangat ni Mommy. Aqil dah lapar dan haus sangat ni,”

Kalau sehari dua boleh lagi, tapi kalau sampai 30 hari? Mommy tepuk dahilah jawabnya.

Susu Sebagai Minuman Utama Semasa Bersahur

Saya pasti mak-mak semua sudah sedia maklum bahawa khasiat yang terkandung di dalam segelas susu amatlah luar biasa, jadi,  pengambilan susu semasa sahur adalah keputusan yang bijak. Ini kerana susu membantu membekalkan khasiat dan cecair yang diperlukan oleh si manja mahupun seisi keluarga untuk meneruskan amalan berpuasa sepanjang Ramadan ini.

Untuk pengetahuan Mommy, susu juga merupakan sumber cecair terbaik yang mengandungi semua nutrisi selain memiliki indeks glisemik lebih rendah berbanding minuman manis lain.

Bahkan menurut pakar, susu mengandungi nutrien yang mengurangkan keperluan tubuh manusia untuk berasa lapar secara maksimum serta membuatkan seseorang kenyang lebih lama. Mommy juga disyorkan untuk memberikan anak-anak minuman susu dengan Malt berbanding minum susu biasa sahaja.

Ini kerana, Malt kaya dengan nutrisi seperti antioksidan, vitamin B dan asid amino penting untuk perkembangan optimal, selain dapat membina tulang yang kuat dan badan yang lebih sihat. Malt juga menjadikan rasa susu lebih sedap untuk anak anak.

Mommy boleh hidangkan anak-anak minuman susu dengan Malt yang disyorkan seperti Susu UHT MARIGOLD dengan Malt sebelum tamat waktu sahur sepanjang bulan Ramadan. Kebaikan Berganda dari susu dan malt dapat membekalkan lebih tenaga kepada anak-anak untuk menjalankan aktiviti fizikal walaupun semasa berpuasa.

Susu UHT MARIGOLD dengan Malt – Pilihan Hebat Untuk Anak Kekal Bertenaga

Susu UHT MARIGOLD dengan Malt dipenuhi dengan kebaikan protein, kalsium, Vitamin D, dan formulasi unik BonePlus untuk tulang yang kuat dan badan yang lebih sihat, berbanding susu biasa.

Malt kaya dengan Vitamin B yang membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, protein dan lemak, dan menyediakan badan anak-anak dengan tenaga sepanjang hari.

Percaya atau tidak, dengan hanya satu pek atau segelas Susu UHT MARIGOLD dengan Malt, anak-anak akan menerima khasiat penting yang diperlukan tubuh badan mereka. Susu UHT MARIGOLD dengan Malt tersedia dalam dua saiz iaitu 200ml x 3 dan 1 liter yang memudahkan Mommy menghidangkan minuman ini kepada anak dan seisi keluarga semasa bersahur.

Mommy boleh mendapatkan Susu UHT MARIGOLD dengan Malt di pasaraya berdekatan atau secara atas talian di sini.

Sambil Mommy menambah stok Susu UHT MARIGOLD dengan Malt, jangan lupa untuk menyertai peraduan “Mari, Go Sahur!” di laman Facebook MARIGOLD UHT Milk MY dan berpeluang untuk memenangi 30 kotak Susu UHT MARIGOLD dengan Malt Edisi Terhad!

Dapatkan juga pelbagai Kebaikan Berganda Susu UHT MARIGOLD dengan Malt melalui laman web rasmi dan Instagram hari ini.