Ada banyak perkara yang Mommy akan sediakan bila menyambut kehadiran si kecil.
Baju kecil yang comel. Botol susu. Lampin. Tikar menukar lampin. Mungkin juga satu bakul khas penuh dengan keperluan bayi yang buat kita rasa, “okey, semua dah ready.”
Tapi kemudian datanglah satu situasi “real parenting” yang tak boleh dielak waktu tukar lampin yang betul-betul “meletup”.
Yang mana satu lap tak cukup, lap kedua dah renyuk, lap ketiga pula koyak dan tiba-tiba kita tertanya-tanya, macam mana benda sekecil ini boleh jadi “besar” sangat kerja dia.
Pada mulanya, Mommy ingat tisu basah bayi ni semua lebih kurang saja. “Tisu je pun, apa sangat beza dia kan?”
Tapi bila dah mula lalui rutin harian tukar lampin, lap tangan melekit, susu tumpah, makanan bersepah, leher berpeluh, dan ‘emergency clean-up’ dalam kereta atau stroller, barulah Mommy sedar tisu basah bayi bukan sekadar lap basah bayi.
Ada yang terlalu nipis. Ada yang buat kulit rasa kering. Ada yang kena guna banyak helai baru betul-betul bersih. Dan bila kulit bayi masih terlalu lembut, setiap detail kecil tu sebenarnya penting dengan kelembutannya, keberkesanan dan sama ada mudah koyak atau tidak.
Bukan Semua Tisu Basah Bayi Sama
Highlighted
Applecrumby benar-benar memahami keperluan Mommy dalam rutin harian yang tak pernah berhenti ini.
Sebab tu setiap produknya direka untuk bantu dalam “moments kecil tapi selalu berlaku” – daripada tukar lampin, bersihkan tangan lepas makan, waktu bermain, hinggalah semua kekotoran kecil yang datang tanpa dijangka.
Dengan Applecrumby Premium Manuka Honey Wipes, fokus utamanya memang jelas: menghasilkan tisu basah yang lembut, praktikal dan boleh dipercayai untuk kegunaan setiap hari tak kira di rumah atau bila on-the-go bersama si kecil.
Kenapa Applecrumby Premium Manuka Honey Wipes?
Di Motherhood Choice Awards 2026, Applecrumby Premium Manuka Honey Wipes telah dinobatkan sebagai Tisu Basah Bayi Terbaik dan bila Mommy tahu apa yang ada dalam setiap helaian, memang tak pelik kenapa ia menang.
Setiap tisu basah ini diperkaya dengan ekstrak Manuka Honey yang diperakui COSMOS Certified, yang terkenal dengan sifat semula jadi yang membantu menenangkan kulit bayi yang sensitif, terutama jika ada kemerahan, kekeringan atau iritasi ringan.
Ia juga mengandungi Ecocert Certified Organic Aloe Vera, yang membantu melembapkan kulit supaya kekal lembut selepas dibersihkan.
Yang paling penting, dari segi prestasi:
- Material 60gsm yang lebih tebal memberi rasa lebih kukuh, tak mudah koyak atau renyuk ketika digunakan
- Tekstur corak sarang lebah 3D membantu membersihkan kotoran dengan lebih efektif pada setiap sapuan
- Saiz 20cm x 17cm yang lebih besar memberi liputan lebih luas jadi tak perlu guna banyak helai
- Bebas alkohol, klorin dan paraben, lebih selamat untuk kulit bayi yang sensitif
Gabungan kelembutan, kekuatan dan formulasi mesra kulit inilah yang menjadikannya pilihan Mommy.
Mommy Kongsi Pengalaman Sebenar Lepas Cuba Sendiri
Ramai Mommy yang dah mencuba Applecrumby Premium Manuka Honey Wipes berkongsi bahawa pengalaman menggunakan produk ini dalam rutin harian memang memberi satu perbezaan yang ketara berbanding tisu basah yang lain.
Dari tukar lampin yang tak pernah berhenti, sampailah kepada pembersihan kecil seperti tangan melekit, sisa makanan, dan segala “messy moment” si kecil, ramai rasa ia lebih mudah dan terkawal.
Di Mana Boleh Dapatkan Applecrumby Premium Manuka Honey Wipes
Kalau Mommy nak cuba sendiri, Applecrumby Premium Manuka Honey Wipes boleh didapati secara online melalui laman web rasmi Applecrumby, platform e-dagang terpilih, dan juga di kedai-kedai fizikal tertentu.
Sama ada untuk stok di rumah, simpan dalam diaper bag, atau sebagai “backup” dalam kereta, ia mudah disimpan dan sentiasa ready bila diperlukan pada bila-bila masa.
Dapatkan tips keibubapaan yang berguna dan menarik di SINI.
