Di Malaysia, tak semua ibu bapa mahupun orang ramai tahu mengenai penyakit tonsilitis akibat radang tonsil. Ramai yang tahu atau terbiasa dengan sakit tekak, namun tak ramai sedar akan bahaya penyakit tonsil. Menurut Dr Rosli b Mohd Noor, tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang terletak di bahagian tekak (orofarinks).
#Mengenai Tonsil yang Boleh Mengakibatkan Tonsilitis
Setiap manusia mempunyai dua biji tonsil yang berbentuk bujur. Ia terletak di dinding sisi tekak atau dalam bahasa saintifiknya orofarinks, di antara tiang anterior (anterior pillar) dan tiang posterior (posterior pillar). Untuk pengetahuan Mommy, saiz tonsil sebenarnya lebih besar dari apa yang kita dapat lihat dengan mata kasar. Hal ini kerana, tonsil kita memanjang ke arah lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah, dan juga memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi.
#Fungsi Tonsil
Tonsils sebenarnya membantu membangunkan sistem imunisasi dalam badan kita terutamanya di peringkat awal usia. Ia juga membantu melindungi sistem pernafasan dengan mengawal pintu laluan udara pernafasan. Tonsils juga berfungsi untuk memantau dan memberi amaran kepada badan tentang jangkitan bakteria yang memasuki badan melalui udara dan makanan.
Bakteria dan virus yang memasuki rongga mulut kita akan diperangkap di bahagian tonsil untuk mencegah jangkitan penyakit. Tongsil yang dijangkiti penyakit akan mengalami radang tonsil atau tonsilitis. Kalau Mommy perasan atau pernah alami penyakit ini, tonsil kita akan menjadi merah, membengkak dan terdapat tompok-tompok putih di atasnya. Peringkat awal tonsilitis akan menyebabkan anda demam, badan terasa lemah, sakit tekak, mulut berbau dan kesukaran untuk menelan makanan.
JADI KENAPA BUANG TONSILS MEMBAHAYAKAN?
Satu kajian yang diketuai oleh Dr Sean Byers di University of Melbourne, telah mengesahkan bahawa kanak-kanak yang membuang tonsil di awal usia 9 tahun akan dijangkiti pelbagai penyakit seperti allergic, or “infectious upper respiratory tract diseases” – termasuklah asthma, influenza, dan pneumonia, sebanyak 3 kali ganda berbanding kanak-kanak yang tidak melakukan pembedahan pembuangan tonsils!
Highlighted
Lebih mengejutkan lagi, kajian ini telah membuktikan yang segala simptoms yang hilang semasa tonsils dibuang akan datang menyerang kembali. Simptoms ini termasuklah masalah pernafasan dan resdung yang teruk. Simptoms ini akan muncul kembali selepas pembedahan tersebut dan akan menjadi risiko kepada kesihatan anak-anak anda dalam jangka masa panjang!
Dr Byers juga menegaskan bahawa jika ada rawatan lain yang boleh dijalankan selain pembedahan pembuangan tonsils (tonsillectomy) ini, pembedahan haruslah tidak dijalankan. Kalau tiada rawatan alternatif lain, doktor perlu melambatkan pembedahan tersebut untuk memberi peluang tahap imunisasi anak-anak anda untuk berkembang.
Tonsils dan Adenoids ni adalah sebahagian dari sistem lymphatic dan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan sistem imunisasi di awal usia, jadi kalau dibuangnya tonsil tu, tak terkejut la kalau lagi banyak penyakit yang akan datang.
#Rawatan Tonsilitis
- Rehat secukupnya.
- Banyakkan minum air kosong.
- Makan makanan yang sejuk dan lembut.
- Elakkan makanan keras, berempah, pedas dan panas.
- Berkumur dengan air garam.
- Makan aiskrim vanila.
- Elakkan minuman berais.
- Minum air lemon dicampur dengan madu.
Mommy juga boleh cuba berikan 8 jenis makanan ini untuk anak-anak yang masih kecil:
5 Jenis Makanan Untuk Anak Kecil Yang Mengalami Tonsilitis
- Pilih makanan yang lembut seperti bubur nasi atau sup. Lebih baik kalau bubur nasi dan sup tersebut merupakan bubur nasi yang kosong. Elakkan makanan berempah ya!
- Air lemon juga dapat membantu mengurangkan radang tonsilitis.
- Biji halba dikatakan mempunyai ciri antibakteria terbaik yang dapat mengecutkan tonsil. Apa yang Mommy boleh lakukan ialah dengan bagi anak berkumur dengan air renehan biji halba. Ulang 2 kali sehari, inshaallah dapat mengecutkan tonsil yang membengkak. Tapi ingat, tips ini khas untuk anak-anak berumur 7 tahun dan ke atas.
- Madu – Madu dapat membekal nutrisi lain seperti antioksida, zat besi dan mineral pada badan kita. Madu juga dapat melegakan kesakitan dan rasa bengkak untuk mereka yang mengalami tonsilitis. Tapi, Mommy harus elakkan daripada memberi madu pada anak berusia di bawah satu tahun ya.
- Halia – kandungan antibakteria yang aktif dalam halia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan, malah dapat mengurangkan bengkak dan rasa sakit akibat tonsilitis.
Penulisan ini adalah berdasarkan kajian sekarang ya, jika anda ada sebarang komen, kami sangat mengalu-alukan. Terima Kasih.