Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Trimester 4: tiga bulan pertama

bayi sedang tidur

boston baby nurse.com image

 

Apakah itu “trimester 4”?

Anda mungkin jangkakan anda akan tamat dengan trimester apabila anda bersalin. Tetapi perkataan trimester boleh digunakan untuk menjelaskan tiga bulan pertama kelahiran, dari hari pertama sehingga umur bayi anda mencecah 3 bulan.

Pada trimester 4, anak kecil anda akan berubah kepada keselesaan biasa dan kebisingan, kegelapan dalam kandungan pada cahaya terang, bunyian, bauan, dan deria rasa dan perubahan suhu.

Waktu ini adalah perubahan pada dunia sebenar dan perubahan masa dan pembesaran. Terlalu banyak yang perlu dibuat untuk anak kecil anda, menghasilkan derianya dan mengawal refleksnya untuk belajar memberi respon pada anak anda dan pasangan anda.

Perubahan besar pada anak anda

Bayi mempunyai naluri dan reflex untuk mengawal kelakuan dan pergerakannya. Sesetengah derianya masih membesar, dan mereka perlu mula belajar untuk menilai maklumat yang diberikan.

Mereka boleh melihat, tetapi penglihatannya kabur.

Mereka boleh mendengar tetapi masih tidak boleh memahami maknanya.

Mereka boleh merasa, tetapi keselesaan dalam kandunagn telah diganti dengan dunia luar.

Otak bayi membesar selepas kelahiran, tetapi ia masih tidak matang. Ia lembut, menyerap segala yang berlaku. Apabila otak teransang pada saat ini, semakin banyak ia berhubung.

Pada saat ini, anda akan mengesan bayi anda:

Bernafas dengan tenang dan bergerak lebih terkawal.

Tidur dan susunya lebih konsisten.

Belajar untuk tenangkan diri.

Berinteraksi dengan keluarga dan rakan, benda, atau muzik dengan perhatian yang banyak dan jangka masa lebih panjang.

Pada akhir trimester ini, anda akan melihat perubahan fizikal, mental, dan perubahan sosial.

Kelakuan & Pergerakan

Terdapat beberapa kelakuan penting dan keupayaan yang anda boleh lihat pada bayia anda dalam bulan pertama apabila menangis, tidur, menyusu, dan mula bergerak. Ketahui perkembangan semasa trimester ini.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Menangis

Bzyi anda akan lebih banyak menangis semasa trimester 4 berbanding masa-masa lain.

Menangis membantu bayi anda bertahan dalam beberapa cara:

Ia adalah perkara paling dekat untuk berkomunkasi secara verbal, memberi mereka cara untuk meminta pertolongan apabila kelaparan atau ketidakselesaan.

Ia membantu menghentikan kebisingan, meransang, dan perasaan yang lain.

Ia mengurangkan tekanan.

Ketahui mengapa bayi anda menangis dan cara untuk menenangkan mereka.

Tidur

Bayi tidur dalam jangka masa yang lama, terutamanya pada awal kelahirannya. Tidur bagus untuk mereka. Ia membantu otak memproses system ransangan yang diambil dari anda dan keadaan sekelilingnya apabila mereka terjaga.

Bayi yang masih kecil mepunyai deria yang sedikit untuk membezakan waktu pagi dan malam, dan mereka jarang tidur lebih dari 2 hingga 4 jam pada satu masa. Tidur lebih panjang pada waktu malam berbanding terjaga pada beberapa kektika adalah habit baru untuknya belajar.

Gangguan tidur buat ibubapa, pada 6 hingga 8 minggu, bayi akan mula kurang tidur pada waktu pagi dan lebih pada waktu malam. Tetapi sesetengah masih terjaga ditengah malam untuk menyusu.

Menyusu

Bayi terlalu muda untuk rutin menyusu. Mereka mempunyai perut yang kecil, jadi mereka menyusu dalam kuantiti yang sedikit.

Setelah perut mereka membesar, bayi boleh menyusu dengan lebih banyak dan sedikit pada satu-satu masa. Jika bayi anda menjadi lapar dari biasa, dia kemungkinan sedang membesar. Tumbesaran ini berlaku pada satu-satu masa. Sebagai contoh, bayi akan membesar sekitar 7 hingga 10 hari selepas kelahiran dan diantara umur 3 dan 6 minggu.

Jangan terkejut jika bayi anda muntah. Dia sedang belajar untuk makan,dan – memandangkan dia masih kecil- dia akan muntah dan menghadamkan nutrisi yang banyak dari susu ibu atau formula. Dia akan biasa dari masa ke semasa.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Menggunakan badannya

Selepas kelahiran, dia tidak mempunyai keupayaan dari segi fizikal.tetapi bayi akan mula menghasilkan skill motor dan otot dari hari pertama.

Apabila anda membaringkannya secara meniarap, bayi anda akan belajar mengangkat kepalanya, bangun menggunakan tangannya, berguling, dan lain-lain – menghasilkan kekuatan dan keadaannya semasa membesar. Anda boleh mula melakukannya pada minggu pertama, semasa mereka  terjaga.

Artikel ini dipetik dari BabyCentre