Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Trimester Keempat: Bantu Bayi Anda Menyesuaikan Dirinya

bayi sentuh muka ibunya

parenting image

Trimester Keempat: Bantu Bayi Anda Menyesuaikan Dirinya

Bayi anda baru sahaja membuat penukaran hebat – dari dalam kandungan ke dunia – dan bergantung pada anda sepenuhnya untuk perhatian dan kasih sayang.

Ia satu perubahan pada anda juga, kerana anda belajar untuk menjaga bayi. Fahami kehendaknya – dan mengapa – membolehkan anda berhubung dengan bayi anda semasa trimester keempat: tiga bulan pertama kehidupan.

Asas bayi: Menangis, tidur, makan, membesar

Menangis

Apa yang perlu dijangkakan: anda akan mendengar tangisan yang banyak daripada bayi anda untuk trimester ini. Apabila mengetahui perkara ini adalah normal boleh membantu anda menangani perasaan risau dan gelisah yang menganggu anda, yang baru bergelar ibubapa,apabila bayi anda menangis.

Apa yang perlu anda lakukan: cara yang terbaik adalah dengan bertindak pantas. Anda tidak boleh melambatkan keperluaannya – ia juga membuatkan bayi anda merasa selamat. Dan jika anda sentiasa ada untuk menenangkannya, menurut dari Pediatrik American Academy, dia berkemungkinan akan kurang meragam.

 

Tidur

Apa yang perlu dijangkakan: Bayi tidur dalam jangka panjang, terutamanya pada awal minggu, kerana dia mempunyai deria yang sikit untuk membezakan waktu siang dan malam. Pada usianya 6 hingga 8 minggu, bayi anda akan tidur dengan lebih kerap pada waktu malam – tetapi anda masih perlu memberikannya susu pada waktu malam.

Gangguan tidur ini akan kerap terjadi, tetapi terdapat beberapa cara untuk tidur secara paksa. Ketahui 8 cara untuk ibubapa mendapat tidur yang lebih lama dan bagaimana untuk menangani masalah mengantuk.

Apa yang perlu anda lakukan: Apa yang perlu anda lakukan: Bersabar. Selepas beberapa minggu anda boleh mengajar bayi anda membezakan waktu pagi dan malam untuk jadual tidurnya.

Pada waktu siang, biarkan rumah anda dalam keadaan cerah, aktif dan riuh dengan kerja rumah. Pada waktu malam pula, buat aktiviti yang menenangkan, biarkan lampu dalam keadaan kelam, dan bilik yang gelap untuk tidur.

Percaya atau tidak, anda boleh mula mengajarnya rutin tidurnya seawal 1 bulan. Sebagai contoh, rutin ringkas termasuklah nyanyian, buku cerita, dan ciuman selamat malam. Dapatkan lebih banyak idea untuk rutin tidur bayi anda.

Terasa memalukan membacakan buku pada bayi kecil anda? Buat sahaja. Bayi anda sukakan suara anda, dan mendengar percakapan anda adalah permulaan untuk belajar bercakap. Terdapat beberapa buku yang anda boleh dapatkan untuk mulakannya.

Lihat tips kegemaran ibubapa tentang bayi yang tidur dan apa yang mereka harapkan untuk tahu tentang cara untuk menidurkan bayi.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Menyusu

Apa yang perlu dijangkakan: Samaada anda menyusu badan atau botol, dia akan kenyang dengan cepat (perutnya kecil) dan makan dengan banyak pada minggu pertama. Selalunya dia akan makan dengan banyak pada satu-satu masa, jadi waktu menyusu akan menjadi lama dan sedikit, dan tidak terlalu rawak.

Apa yang perlu anda lakukan:  Menyusu bayi anda bergantung pada keperluannya. Jika anda seorang ibu, ia juga akan membantu anda untuk membetulkan keperluannya

Menyusu badan? Ketahui berapa kerap yang anda perlukan untuk menyusu bayi anda dan bagaimana untuk mengetahui jika dia sudah kenyang.

Susu formula? Ketahui berapa banyak formula yang bayi anda perlukan.

Waktu makan bukanlah hanya tentang menyusu. Ia juga peluang yang terbaik untuk berpelukan, membuat ‘eye contact’ dan meluangkan masa bersama.

Bergerak dan membesar dengan kuat

Apa yang perlu dijangkakan: Semasa bersalin, bayi anda perlukan pertolongan dan mempunyai kekuatan yang sedikit untuk pergerakannya. Semasa membesar, dia akan berhenti menjadi lemah dan boleh menarik sesuatu disekelilingnya, lehernya akan menjadi kuat dan lebih menggerakkan kepalanya, dan dia mula menghasilkan skill fizikal yang lain.

Apa yang perlu anda lakukan:  Waktu membesar pada permulaannya adalah penting untuk membantu bayi menghasilkan otot supaya mereka boleh bergerak pelbagai cara,  seperti mengangkat lengannya, mengangkat kepalanya, menggulingkannya, mendudukkannya, merangkak dan lain-lain

Waktu ini berlaku apabila dia dalam keadaan terjaga. (bahagian badan belakangnya adalah posisi paling selamat untuk bayi bawah dari 12 bulan untuk mengurangkan risiko SIDS.)

Lebih tips untuk membesarkan bayi anda

Setiap bayi mempunyai kelainan tersendiri. Sesetengah bayi mudah untuk berada di dunia sebenar berbanding yang lain, jadi, gunakan idea ini untuk melihat keperluan dan kehendak bayi anda.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Melampin: melampin memberikan bayi anda seperti berada di dalam kandungan. Pastikan anda tahu bagaimana untuk melampin dengan selamat. Lihat video untuk melihat demo teknik melampin.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Mengurut (video): semua bayi sukakan urutan lembut dan sentuhan. Mengurut bayi adalah senang dan menenangkan untuk anda berdua.

Beg bayi: menggunakan carrier bayi membuatkan hubungan anda menjadi lebih erat. Bergerak bersama memberikan keselesaan padanya.

Artikel ini dipetik dari BabyCentre