Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Trimester Pertama: Minggu 1-3 Fasa Penting Bagi Ibu Hamil

Tahniah kerana anda telah hamil!  Jika ini adakah kehamilan pertama anda, anda akan berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat perkembangan janin yang akan membesar mengikut minggu ke minggu.

Anda juga pasti tidak sabar untuk berkongsi berita gembira ini dengan yang tersayang. Artikel ini akan menceritakan mengenai tips, simptom serta perubahahan janin pada minggu awal kehamilan anda.

Minggu ini merupakan tempoh awal kehamilan, dimana proses pembentukan janin baru terjadi di dalam perut ibu. Pada minggu ini juga anda perlu lebih berhati-hati dan lebih menjaga diri dan kandungan.

Dan untuk pengetahuan bakal ibu, ia masih terlalu awal jika anda ingin melihat janin secara ultrasound kerana pada minggu ini, hanya kantung sahaja yang berada di dalam rahim anda.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Pada Awal Kehamilan

Perubahan Badan (Simptom)

  • Terlepas Tarikh Period

Highlighted


Pada awal kehamilan ini iaitu minggu pertama anda mungkin tidak dapat merasakan diri anda sedang hamil. Tidak semua wanita mempunyai kitaran haid yang normal. Jika mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, berkemungkinan besar anda tidak sedar bahawa ada janin kecil di dalam rahim.

  • Kenaikan Suhu Badan

Anda juga akan merasakan perubahan kenaikan kadar suhu badan. Jika berasa badan tiba-tiba panas, ini kerana proses persenyawaan antara sperma dan ovum telah berjaya. Selain itu juga, anda mungkin merasakan kekejangan di bahagian perut seperti period pain dan berlaku sedikit pendarahan ringan.

  • Kelesuan dan mudah mengantuk
kredit: Moms To Be

Jika sebelum ini anda merupakan seorang yang aktif dan tidak mudah mengantuk pada siang hari, tetapi secara tiba-tiba berasa mudah letih sedangkan tidak melakukan sebarang aktiviti dan mudah terlelap, besar kemungkinan diri anda sedang hamil.

  • Perubahan Payudara

Apabila anda hamil, perubahan hormon pasti terjadi pada badan anda. Setiap perubahan hormon yang terjadi adalah sangat penting kerana ia menyokong tumbesaran janin anda. Payudara akan menjadi lebih sensitif dan berasa seperti bengkak. Tetapi jangan risau kerana badan anda akan terbiasa dengan perubahan hormon yang sedang berlaku di dalam badan anda.

  • Mual dan muntah

Tidak semua wanita hamil mempunyai simptom muntah diawal kehamilan mereka. Jika anda merasa mual tapi tidak ingin muntah juga merupakan salah satu tanda awal kehamilan. Walaupun dipanggil morning sickness, sebenarnya rasa mual ini boleh berlaku pada waktu malam juga.

  • Kerap kencing

Antara tanda awal kehamilan juga adalah anda akan kerap membuang air kecil. Ramai wanita menganggap simptom ini akan berlaku ketika minggu terakhir kehamilan sahaja. Sebenarnya kerap membuang air kencing juga adalah simptom awal kehamilan. Tubuh anda juga dikatakan sedang menambah kandungan cecair sebagai persediaan membesarkan bayi dalam kandungan.

Perubahan Janin Minggu 1-Minggu 3

Anda pasti tertanya-tanya apa yang berlaku dengan janin yang ada didalam rahim anda. Jom semak perubahan dan perkembangan janin anda:

Pada Minggu Pertama dan Kedua

Tubuh anda telah bersiap sedia untuk kehadiran ovulasi pada rahim bagi ketibaan telur yang disenyawakan.

Apa yang menariknya pada minggu pertama ini, ketika proses persenyawaan antara ovum dan sperma berlaku, jantina bayi telah ditentukan. Dalam perkembangan janin untuk awal kehamilan ini, anda akan melihat janin mula terbentuk seperti bulatan kecil pada rahim atau plasenta.

Pada Minggu Ketiga

Kredit: Baby Centre

Selalunya, pada minggu ketiga ni, bakal ibu sudah mula merasai tanda-tanda awal kehamilan. Telur yang berjaya disenyawakan akan bergerak ke rahim melalui fallopian tube. Sperma dan ovum yang telah berjaya disenyawakan akan ‘berpecah’ menjadi embrio.

Embrio akan melekat pada dinding rahim dan seterusnya berlaku penempelan. Penempelan ini selalunya akan menyebabkan pendarahan ringan. Lapisan luar embrio kemudian terbentuk menjadi ari-ari.

Selain itu, pada minggu ketiga ini juga proses pembentukan otak, jantung dan pembuluh darah janin sedang bermula.

Penjagaan Awal Kehamilan

Trimester pertama merupakan stage yang penting dan kritikal kerana mudah untuk mengalami keguguran. Bakal ibu harus lebih berjaga-jaga dan berikan penjagaan rapi kepada diri dan kandungan.

Berikut adalah tips penjagaan ketika awal kehamilan:

  • Makanan tambahan

Sebagai ibu hamil, anda perlu berjaga-jaga dengan pemakanan yang diambil sepanjang tempoh kehamilan. Secara lazimya, kecacatan janin akan mudah berlaku pada awal trimester. Jadi, jangan lupa amalkan asid folik sebagai vitamin tambahan untuk mengelakkan kecacatan pada janin.

  • Berhenti merokok dan mengambil minuman keras

Jika sebelum ini anda merupakan perokok dan minum minuman keras, sila berhenti dengan segera apabila mendapat tahu diri anda sedang hamil. Ini kerana pengambilan kedua-duanya akan menganggu tumbesaran janin dan boleh menyebabkan keguguran.

  •  Hindari kafien

Minuman kafien bukan sahaja boleh terdapat pada kopi atau nescafe tetapi boleh terdapat di dalam makanan juga. Sila hindari minuman kafien kerana ia tidak bagus untuk tumbesaran bayi anda.

  • Elakkan daripada melakukan aktiviti berat

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, minggu awal kehamilan adalah minggu yang cukup kritikal. Ibu perlu lebih berhati-hati dalam menjaga kandungan mereka seperti mengelakkan daripada melakukan sebarang aktiviti berat yang boleh membahayakan kandungan.

Apa Tindakan Yang Perlu Diambil Ketika Awal Kehamilan?

Secara umumnya, ramai yang tidak sedar yang mereka sedang mengandung pada minggu pertama kehamilan. Mungkin anda hanya akan sedar jika anda terlepas hari jangkaan datang haid.

Jika begitu, anda boleh melakukan ujian kehamilan sebagai langkah pertama untuk memastikan anda sedang hamil atau tidak.

Sekiranya positif, anda boleh terus berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian sekali lagi dan juga mengenai minggu kehamilan anda.

Pada minggu awal kehamilan ini juga doktor akan membuat pemeriksaan ultrasound untuk mengira minggu kehamilan serta tarikh jangkaan bersalin (due date).

Untuk pengetahuan anda, tarikh jangkaan bersalin ini akan berubah mengikut minggu ke minggu kehamilan anda. Ketika pemeriksaan bersama doktor, anda juga boleh berbincang mengenai pemakanan yang sihat serta penjagaan awal kehamilan yang boleh direkomendasikan oleh beliau.

kredit: HaloDoc

Sila persiapkan diri dan tubuh badan anda dengan pelbagai perubahan yang bakal berlaku disebabkan hormon kehamilan. Yang penting, jangan terlalu stres mommies kerana ia boleh mengganggu emosi dan janin dalam kandungan. Enjoy your pregnant!

Ini hanya sedikit penerangan mengenai minggu pertama kehamilan, banyak lagi minggu kehamilan yang akan kami kongsikan bersama anda pada entri selepas ini.

Jangan lupa untuk sentiasa dapatkan info terkini mengenai kehamilan anda di Motherhood Story. Jumpa anda pada entri yang akan datang!