Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tummy time: Bagaimana untuk membantu bayi anda selesa dengan perutnya.

ibu dan bayinya

pinimg.com image

Tummy time: Bagaimana untuk membantu bayi anda selesa dengan perutnya.

Tummy time penting sejak hari pertama untuk membantu bayi anda membesar dengan kuat – walaupun bayi anda meragam dan menangis jika anda meniarapkannya. Pakar mendapati bahawa bayi yang tidak pernah meniarap akan lambat untuk menghasilkan skill motornya.

“Pengalaman meniarapkan mereka akan membantu bayi anda belajar untuk push up,  berguling, mmerangkak, dan cuba untuk bangun,” jelas Danette Glassy, pediatrik di Pulau Mercer, Washington, dan pengerusi untuk American Academic Pediatrik untuk pendidikan awal kanak-kanak.

Mengapa bayi saya tidak sukakan tummy time?

Sejak 1992, apabila AAP mula memerintahkan ibubapa untuk menidurkan bayi mereka dalam keadaan melentang untuk mengurangkan risiko SIDS, kebanyakannya tidur meniarap dan terbiasa dengan posisi tersebut. Kini, kebanyakan bayi lebih selesa dalam keadaan terlentang, apabila tidur (tidak teramsuk masa mereka duduk di kerusi, buaian, dan kerusi kereta).

Jika bayi anda tidak selesa dengan perutnya, tidak perlu hairan. Bukan sahaja ia tidak dikenali, ia juga tidak menyelesakan. Ia merupakan kerja keras untuk bayi anda mengangkat kepalanya semasa meniarap, dan dia tidak boleh melihat apa-apa dibawah. Dia akan merasa tersisih.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bilakah kita perlu membuat tummy time?

Pastikan bayi anda tidak lapar atau letih apabila anda meniarapkannya. Jangan meniarapkannya jika dia kenyang, ia akan membuatnya tidak selesa. (Tunggu satu jam selepas menyusu untuk mengelakkannya daripada muntah.)

Apabila dia mula menangis – walaupun ia Cuma seminit – cuba untuk memujuknyad engan bercakap dengannya atau bermain dengannya. Apabila dia sedang terleka, ambil dan cuba sekali lagi.

Toleransinya untuk tummy time akan meningkat dengan pujukan dan pengalaman. Ramai bayi lebih sukakannya apabila mereka boleh berguling atau membuat pilihan lain.

Sesetengah ibubapa mendapati ianya membantu untuk meniarapkan bayinya selepas menukar lampin. Ia mudah diingati untuk membuatnya, dan bayi anda akan mahir melakukannya. Bayi anda akan menikmati pandangan dari sudut tersebut. Pastikan dia tidak meniarap berseorangan.

Bagaimana untuk membantu bayi anda untuk tummy time

Terdapat beberapa strategi untuk membantu bayi andas selesa.

Teman bayi anda

Strategi ibu adalah dengan melekakannya dari perasaan aneh sehingga dia biasa dengannya.

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan, jelas Glassy adalah dengan berada bersama-sama dengannya dilantai. Memberi galakan, bercakap dengannya, mengonyangkannya, membuat reaksi lucu, bermain peekaboo. Dia mungkin akan gembira melihat anda merangkak (kerana dia berusaha sebegitu).

Pilihan lain yang boleh dibuat samaada meniarapkannya di lantai, kerusi, atau semasa mandi.

Apabila bayi anda sudah boleh mengawal kepalanya – sekitar umur 4 bulan – anda boleh bermain kapal terbang: baring di lantai dan bengkokkan lutut anda. Tiarapkan bayi anda pada kaki anda, kepalanya dibahagian lutut anda. Kemudian, bengkokkan kaki and sambil memegangnya dengan kemas. Dia pasti sukakan pandangan tersebut.

Anda juga boleh letakkannya dihujung katil, dan anda duduk dilantai menghadap mukanya. Dia mungkin sukakan permukaan yang lembut, dan anda boleh berinteraksi dengannya pada posisi tersebut.

Tip: pastikan ibubapa atau penjaga tahu kepentingan tummy time apabila bayinya terjaga dan juga menidurkannya dengan cara yang betul.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Sediakan hiburan

Letakkan buku atau mainan dihadapan bayi anda dalam jarak yang mudah dicapai. Belikkannya mainan yang direka khas untuk bermain semasa mereka sedang meniarap. Cahaya, cermin,  gambar bergerak, muzik dan mainan.

Atau letakkan pada mat yang berwarna warni yang direka khas untuk bayi. Sesetengahnya mempunyai permainan atau cermin, dan selinnya diletakkan bersama air untuk keseronokannya. Tanggalkan stokinnya supaya dia dapat merasai permukaan mat.

Tip: Biarkan bayi akan meniarap berdekatan adik beradiknya yang lain. (Anda mungkin mahu menggunakan laman rumah supaya dia tidak dipijak.) melihat abang atau kakaknya – atau binatang peliharaan – membuatkan dia terleka seketika.

Tinggikan paras dadanya

Sesetengah ibubapa memberikan bayinya perspektif baru – dengan meletakkan gulungan tuala atau bantal kecil, sebagai contoh – membuat persekitaran baru.

Jika bayi anda mempunyai masalah leher dan pengawalan kepala ( pada umur 3 atau 4 bulan) tetapi tidak boleh bangun menggunakan lengannya, letakkan tuala atau bantal di dadanya dan ketiak, bersama tangannya melunjur ke depan. (Jika  dia berguling kedepan, pastikan letakkan tangan anda dipunggungnya.) Apabila dia sudah boleh bangun menggunakan tangannya sendiri, buang bantal dan biarkan dia menghasilkan skill motor tanpa bantuan.

Tip: Sesetengah bayi menikmati gulingan pada bola senaman. Pegangnya secara meniarap semasa anda menggulingkan bola tersebut.

Memberi keselesaan pada bayi anda

Cuba untuk menyelidik jika terdapat apa-apa tentang tummy time yang membuatkan bayi anda tertekan. Mungkin dia rimasdengan selimutnya (dan karpet tersebut sangat menakutkan.) mungkin terlalu sejuk berada dilantai, atau terlalu licin.

 

Seorang ibu mendapat bayinya menyukai tummy time asalkan tangannya berada dibawahnya supaya dia boleh menghisapnya. Terdapat satu lain bukti bahawa bayi sukakan perutnya – asalkan punggungnya terdedah!

Tip: Lihat jika bayi anda sukakan urutan semasa dia meniarap. Jika dia menyukainya, anda boleh membantunya supaya dia selesa dengan posisi tersebut.

Artikel ini dipetik dari BabyCentre