Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Awas! Tak Semua Ubat Batuk dan Selesema Budak Boleh Diberikan Kepada Anak 2 Tahun ke Bawah

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan anak Mommy terkena gejala batuk dan selesema. Antara puncanya adalah daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan. Jika kejadian ini berlaku, mesti reaksi Mommy adalah untuk memberi ubat untuk alahan bukan? Namun adakah ia wajar untuk anak-anak kita yang bawah umur 2 tahun mengambil ubat batuk dan selesema?

Ikuti perkongsian daripada Dr Samhan yang sering berkongsi ilmu tentang kesihatan anak-anak kita yang ibu bapa harus cakna.

Ubat Batuk Dan Selesema Yang Tidak Sesuai Untuk Budak 

Highlighted


“Apa dah jadi?”

“Anak saya jadi biru. Dia tak bernafas!”

“Saya bagi ubat batuk je. Saya beli di farmasi”

Sudah banyak kes kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat batuk dan selesema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.

The US Food and Drug Administration (FDA) merekomendasikan kanak kanak di bawah 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the counter (otc).

Dari tahun 2008, syarikat pengeluar ubat dan penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor, ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun.

Malangnya, kebanyakan ubat-ubat ini mudah didapati dari kedai atau farmasi tanpa memerlukan pengesahan dan kebenaran doktor.

Ubat batuk yang sering digunakan:

  1. Cough expectorant (guafenesin)
  2. Cough suppressant (dextromethorphan)
  3. Decongestants (pseudoephedrine, phenylephrine)
  4. Antihistamine (chlorpheniramine)

Anti histamine (1st generation) boleh merentasi ‘blood brain barrier’ dan mengganggu sistem histamine dalam otak. Bila ubat ini diberi pada kanak-kanak, ia akan menyebabkan orang yang mengambilnya mengantuk dan mengganggu pusat pernafasan yang berada di dalam otak.

Ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu berhenti bernafas dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada kanak-kanak tersebut.

Risiko Sesetengah Ubat Batuk dan Selesema 

Pemberian ubat menyebabkan risiko:

  • Sawan
  • Jantung berdegup kencang
  • Berhenti bernafas
  • Kematian

Waspada, ubat batuk & selesema TIDAK SESUAI untuk diberikan kepada kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah.

Rupanya, terdapat beberapa ubat yang tidak berapa sesuai untuk diberikan kepada anak-anak. Terima kasih doktor! Sekarang Mommy lebih arif tentang perkara ni.

Semoga perkongsian ini dapat bantu Mommy lebih cakna tentang ubat-ubatan yang beli di farmasi. Pastikan Mommy dan Daddy membuat kajian sebelum beli. Jumpa pakar yang berdekatan untuk mendapat nasihat yang tepat.

Kredit: Dr Ahmad Samhan


Dapatkan lebih banyak maklumat tentang kesihatan anak-anak di SINI!