Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Elakkan Beri Ubat Punggung Sembarangan Pada Anak! Dr Izzar Jelaskan Sebab & Risikonya

Kredit gambar: Instagram Dr Izzar Anwari

Jika anak Mommy demam yang panas dan Mommy perlu turunkan suhu badannya dengan cepat, Mommy boleh cuba ambil Paracetamol dahulu. Adalah tidak disyorkan untuk Mommy dan Daddy terus berikan ubat punggung pada anak-anak tanpa nasihat atau ditetapkan doktor.

Sememangnya sangat mudah untuk perolehi ubat punggung di mana-mana kaunter farmasi, tetapi jangan terus beli dan berikan pada anak-anak. Cuba dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor dahulu supaya anak Mommy lebih cepat sihat.

Nak tahu kenapa? Jom baca perkongsian daripada Dr Izzar yang menjelaskan kenapa bahaya untuk berikan ubat punggung pada anak kecil tanpa nasihat atau rekomendasi doktor bertauliah terlebih dahulu.

Jom baca di bawah untuk tahu dengan lebih lanjut.

Adakah Ubat Punggung Berisiko Untuk Anak-anak?

Highlighted


Kita tahu kes Influenza di kalangan kanak-kanak dah meningkat sekarang. Dan kes demam dan batuk pun meningkat. Kadang-kadang yang demam batuk tu bukan Influenza pun tetapi penyakit lain.

Dan ibu bapa di rumah kadang-kadang membuat langkah awal untuk merawat anak yang demam seperti memberi ubat punggung (suppository) terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor. Ubat tu pun boleh je beli kat mana-mana farmasi.

Tetapi, kita tak boleh memberi ubat punggung sebarangan kepada anak. Ini kerana jika kanak-kanak itu sebenarnya menghidapi influenza dan ibu bapa memberi ubat punggung NSAIDS, ia sebenarnya akan meningkatkan risiko komplikasi jangkitan Influenza seperti RADANG OTAK atau juga dikenali sebagai Acute Necrotizing Encalopathy (ANEC).

Kredit gambar: Instagram Dr Izzar Anwari

Ini lagi merbahaya.

Oleh itu untuk anak-anak demam, terutamanya bawah 5 tahun:

    • Berilah anak yang demam ubat Paracetamol SAHAJA (minum/punggung) mengikut dos yang ditetapkan.
    • JANGAN beri ubat punggung NSAIDS. Kalau dah check dengan Dr. dan dah tahu bukan kena influenza, takpela.
    • Pastikan anak minum dan makan secukupnya supaya kekal terhidrat.
    • Bawalah anak berjumpa doktor sekiranya gejala sakit tak berkurangan untuk penilaian lanjut.
    • Ambil VAKSINASI INFLUENZA untuk anak.

Berikut merupakan tips menyimpan dan penggunaan ubat bontot ini pada anak-anak Mommy daripada Dr Izzar.

  1. Simpan ubat bontot PCM dalam peti ais supaya ia keras dan senang nak masukkan ke dalam anak.
  2. Lembabkan /celup dulu dalam air sebelum masukkan supaya licin dan tak sakit untuk anak.
  3. Baringkan anak mengiring ke sisi dan naikkan kedua lutut ke dada anak. Senang nak masukkan ubat kalau posisi camtu.

Please Mommy, take note! Sekarang Mommy pun dah tahu dan lebih baik untuk berikan Paracetamol dahulu jika tak dapat berjumpa dengan doktor dalam masa yang terdekat. Yang penting, Mommy kena lebih alert dan berhati-hati dengan virus yang rancak merebak sekarang.

Semoga bermanfaat untuk Mommy dan sekeluarga!

Kredit: Instagram Dr Izzar Anwari