Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Berhati-hati Ketika Memberikan Ubat Selesema dan Batuk Kepada Anak Bawah 2 Tahun, Boleh Mendatangkan Risiko Bahaya!

Sebagai ibu bapa, melihat anak yang sedang sakit adalah sesuatu yang merisaukan bagi mereka.

Tahukah Mommy, ubat batuk dan selsema tidak sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Elakkan untuk membeli ubatan kanak-kanak di farmasi tanpa merujuk doktor terlebih dahulu.

Sudah banyak kes kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan akibat ubat batuk dan selsema kerana diberi dos yang berlebihan atau terlalu kerap.

Mari ikuti perkongsian pakar kesihatan, Doktor Samhan di akaun Twitter miliknya tentang ubat batuk yang tidak sesuai sesuai dan sering digunakan kepada anak bawah 2 tahun. Seterusnya, risiko ubat batuk dan selsema yang diberikan.

Ubat Batuk Dan Selesema Tidak Sesuai Untuk Anak Bawah 2 Tahun 

Dari tahun 2008, syarikat pengeluar ubat dan penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor, ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun.

The Us Food and Drug Administration (fda) merekomendasikan kanak kanak di bawah 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the counter (otc).

Malangnya, kebanyakan ubat-ubat ini mudah didapati dari kedai atau farmasi tanpa memerlukan pengesahan dan kebenaran doktor.

Senarai Ubat Batuk Yang Sering Digunakan Dan Tidak Sesuai:

1. Cough expectorant (guafenesin)

2. cough suppressant (dextromethorphan)

3. decongestants(pseudoephedrine, phenylephrine)

4. Antihistamine (chlorpheniramine)

Highlighted

Kredit Gambar: Twitter Dr Samhan

Bila ubat ini diberi pada kanak-kanak, ia akan menyebabkan orang yang mengambilnya mengantuk dan mengganggu pusat pernafasan yang berada di dalam otak. Kesannya, boleh menyebabkan kanak-kanak itu berhenti bernafas dengan sendirinya.

4 Risiko Kepada Kanak-Kanak Jika Diberi Ubat

  1. Sawan
  2. Jantung berdegup kencang
  3. Berhenti bernafas
  4. Kematian

Pastikan, Mommy take note bahawa ubat batuk dan selsema tidak sesuai diberikan kepada kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah.

Semoga perkongsian ini membantu Mommy untuk lebih peka terhadap ubat-ubatan.


Lihat pelbagai tips kesihatan yang lain di SINI atau penjelasan Pakar melalui temu bual eksklusif bersama Motherhood.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.