Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Koleksi Ucapan Hari Bapa Yang Penuh Makna dan Menyentuh Hati

Jasa dan pengorbanan seorang bapa memang tidak ternilai harganya, sewajarnya untuk dihargai.

Daddy, ayah, papa, abi, walid, abah atau apa-apa sahaja ungkapan buat seorang lelaki yang bergelar bapa harus diraikan dengan sesuatu yang istimewa.

Seperti hari ibu, sambutan hari bapa merupakan peluang untuk kita menunjukkan kasih sayang kepadanya. Mengungkapkan rasa kasih sayang memang terkadang sulit dilakukan, terutama kepada ayah.

Ada banyak ucapan dan kata-kata indah untuk Daddy yang boleh diberikan sempena Hari Bapa nanti.

Ucapan Hari Bapa 

Highlighted


Ucapan ni bukan sahaja boleh dituliskan dalam kad ucapan, malah pada zaman yang serba canggih ini media sosial juga dijadikan tempat untuk mengukapkan rasa kasih sayang.

Jadi, bolehla Mommy gunakan ucapan sebagai caption dalam media sosial bersama beberapa kepingan gambar atau video berkaitan dengannya.

  1. Ayah sepertimu adalah hadiah terindah dari Tuhan. Aku bersyukur kerana mempunyai ayah sepertimu, Selamat Hari Bapa!
  2. Selamat Hari Bapa, Ayah! Terima kasih telah memberiku begitu banyak cinta dan perhatian. Kamu adalah ayah yang terbaik di dunia.
  3. Meskipun tak secerewet ibu, namun kaish sayang seorang ayah tiada duanya. Kami cinta Ayah.
  4. Abah terima kasih atas semua perjuanganmu selama ini. Kau adalah pahlawan kami. Selamat Hari Bapa!
  5. Ayah adalah pahlawan pertama bagi anak-anak lelakinya. Cinta pertama bagi anak perempuannya.
  6. Disebalik seorang anak yang hebat, pasti ada seorang ayah yang begitu luar biasa. Terima kasih papa!
  7. Daddy adalah teman pertama dan cinta terakhir dalam hidupku. I love you, daddy.
  8. Hari ini adalah harimu, ayah! Hari untuk merayakan dan memberi tahu bahawa dirimu dihargai dan dicintai.
  9. Setiap penat lelahmu, titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu yang tak terhitung. Tak pernah berkira walau sesaat pun, dikau lah insan yang paling ikhlas. Terima kasih ayah.
  10. Terima kasih telah bekerja keras tanpa mengeluh hanya untuk kesenangan serta kehidupan yang lebih baik buat kami! Aku mencintaimu, ayah. Selamat Hari Bapa!

Ucapan Hari Bapa Untuk Bapa Yang Sudah Tiada

Walaupun ayah sudah tiada, bukan bermaksud terus melupakannya. Selain titipan doa setiap hari, kita masih boleh memberikan ucapan dengan satu posting istimewa untuk arwah.

  1. Andai ayah ada di depanku saat ini, mungkin aku sudah memeluknya dan menceritakan keluh kesahku. Selamat Hari Ayah!
  2. Ayah, walaupun ayah sudah tak mungkin di sampingku lagi. Aku sayang ayah, ayah yang tenang di sana ya.
  3. Dulu aku dan abahku sedekat nadi, tapi lihatlah sekarang bahkan kami lebih jauh dari bumi dan matahari. Aku merinduimu, abah.
  4. Ayah, seandainya kau masih di sini, aku ingin bermain denganmu seperti dulu dan menceritakan banyak hal tentang hidupku. Tetapi sekarang aku hanya dapat dekat denganmu, dalam doaku.
  5. Meski kau telah tiada, namun kau masih di sini, bersama kami. Selamat jalan Ayah. Tenang dan baik-baik di sana.
  6. Kepergianmu membuatku mengerti bahwa rindu paling menyakitkan adalah merindukan seseorang yang telah tiada. Namun, kepergianmu pun mengajarkan bahwa Tuhan selalu ada untuk mendengarkan segala doa dan harapan.
  7. Engkau selalu membuatku merasa baik-baik saja. Terima kasih abah, selama engkau hidup selalu memberikan yang terbaik untukku. Selamat Hari Bapa abah tercinta.
  8. Tidak ada cinta dan kasih sayang yang setulus darimu, papa. Terima kasih atas semua hal indah yang engkau berikan pada anakmu ini.
  9.  Mungkin selamanya kita tidak akan pernah bertemu, tapi kenangan terindah akan selalu tersimpan di hatiku. Bahagia disana, ya. Doaku selalu untukmu ayah.
  10. Ayah! Biarpun diri ayah telah tiada, namun pengorbanan dan perjuanganmu tetap anak-anakmu kenang. Ayah tidak pernah mengeluh, malah sentiasa tabah dan tenang. Terima kasih Ayah untuk segala-galanya.

Hadiahkan ucapan yang istimewa khas buat Daddy tercinta sempena Hari Bapa yang akan tiba tidak lama lagi. Selain ucapan, kad, kek dan hadiah juga jangan lupa tau!