Ibu, Bayi & Kanak Kanak

20 Ucapan Hari Ibu Untuk Ibu Yang Tersayang!

ucapan hari ibu

Kredit gambar: istockphoto

Dalam kehidupan kita, ibu adalah seseorang yang amat penting. Kehadiran dan ketiadaannya akan membawa impak yang besar yang tidak sama dengan yang lainnya.

Tiada ganti, seorang ibu itu mestilah dihargai setiap masa. Ketika hari istimewa seperti hari ibu, zahirkanlah perasaan anda dengan lebih mendalam.

20 Ucapan Hari Ibu Untuk Ibu Yang Tersayang

Di sini kami sertakan beberapa pillihan ucapan hari ibu untuk meluahkan rasa di jiwa. Kadang-kadang, sebagai anak pun, kita tidak begitu pandai menzahirkan rasa.

Highlighted

Kredit gambar: https://mobile.facebook.com/DBPMalaysia/

Semoga dengan ucapan dan kata-kata yang indah ini, hubungan anda dan bonda tercinta bertambah akrab dan makin sarat dengan kasih dan sayang buat satu sama lain:

Ucapan hari ibu 1

Terima kasih untuk semuanya Ibu, dirimu benar-benar satu dalam sejuta! Saya sayang Ibu!

Ucapan hari ibu 2

Ibu, kau adalah wanita yang paling luar biasa dalam hidupku dan kau akan sentiasa menjadi nombor satu di hatiku. Selamat Hari Ibu!

Ucapan hari ibu 3

Terima kasih kerana telah melahirkanku ke dunia ini dan selalu melihat yang terbaik dalam diri ini. Selamat Hari Ibu mak!

Ucapan hari ibu 4

Seorang ibu adalah teman pertamamu, sahabatmu dan teman untuk selamanya.

Ucapan hari ibu 5

Senyumanmu telah mengindahkan hari-hariku dan membuatnya lebih baik dari yang semalam. Selamat Hari Ibu Mama!

Ucapan hari ibu 6

Mama adalah umpama malaikat di dunia buatku. Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang tidak bertepi untuk diri ini.

Kredit gambar: https://mobile.facebook.com/DBPMalaysia/

Ucapan hari ibu 7

Tanpa dirimu, aku tidak akan menjadi siapa diriku sekarang. Mak, sesungguhnya dirimu adalah anugerah yang terbesar dalam hidupku. Selamat Hari Ibu!

Ucapan hari ibu 8

Tidak ada kata yang boleh diucapkan untuk menzahirkan betapa bersyukur dan bertuahnya diri ini memiliki seorang Ibu sepertimu. Semoga hari ini penuh dengan kegembiraan buatmu!

Ucapan hari ibu 9

Bonda tercinta, maafkanlah segala cacat cela dan kesilapanku selama ini. Sungguh, engkaulah ibu yang terbaik di dunia ini. Selamat Hari Ibu Bonda!

Ucapan hari ibu 10

Tiada yang boleh menggantikan tempatmu di hati dan dalam hidup ini. Terima kasih kerana menjadi Ibuku dan bersabar dengan segala kerenahku. Saya sayang Ibu!

Ucapan hari ibu 11

Pantun untuk ibu:

Tabuh bunyi hari Jumaat,
Itu bernama gendang raya;
Bagai nabi kasih umat,
Begitu juga kasih saya.

Ucapan hari ibu 12

Segala penat lelah, segala pengorbanan dan segala kasih yang ditumpahkan, aku doakan yang terbaik buatmu Ibu! Ketahuilah, diri ini amat dan sentiasa mencintaimu.

Ucapan hari ibu 13

Dalam hidupku, aku belum pernah menemui wanita seanggun dan secantik sepertimu. Aku sangat mencintaimu, Ibu!

Kredit gambar: https://web.facebook.com/DBPMalaysia/

Ucapan hari ibu 14

Tidak ada kasih yang sedalam kasihmu buatku Ibu. Aku amat cintakanmu!

Ucapan hari ibu 15

Kamulah wanita yang terhebat dalam hidupku. Semoga diri ini membesar menjadi seperti dirimu.

Ucapan hari ibu 16

Meskipun saya tidak selalu mengucapkannya, saya sangat mencintai Mama. Terima kasih di atas segalanya. Selamat Hari Ibu Mama!

Ucapan hari ibu 17

Tiada peribadi yang seluhur dirimu ibu. Engkaulah permata yang paling bersinar di dunia ini!

Ucapan hari ibu 18

Maaf dipinta di atas segala kesilapan dan kesalahan diri ini padamu ibu. Benarlah kata Cardinal Mermillod, “Seorang ibu adalah dia yang dapat menggantikan semua orang lain tetapi tempatnya tidak dapat diambil oleh orang lain”.

Ucapan hari ibu 19

Sayangmu yang menggunung dan kasihmu yang tidak bertepi telah menjadikan aku seorang yang berjaya kini. Terima kasih Ibu!

Kredit gambar: https://web.facebook.com/DBPMalaysia/

Ucapan hari ibu 20

Sungguh, dirimu adalah sumber kekuatanku ibu. Terima kasih kerana telah bersusah payah membesarkanku dan berkorban segalanya. Aku amat cintakanmu Ibu!

Ucapan Hari Ibu Untuk Ibu Yang Tersayang

Pilihlah mana-mana ucapan yang anda rasa sesuai untuk bonda tercinta. Sama ada secara bertulis atau dengan mengucapkannya, pasti akan dihargai oleh ibu anda!