Bila bercakap tentang kanak-kanak, tidak ada hari yang sama menggembirakan dan sama pentingnya bagi mereka seperti hari di mana mereka meraikan kelahiran mereka sendiri.
Ibu bapa kepada si manja juga menganggap ulang tahun anak-anak mereka sebagai hari yang sangat penting dalam hidup mereka betul tak?
Tidak perlu dikatakan lagi bahawa pada hari kelahiran itu sangat penting dan anda harus melakukan sesuatu yang istimewa untuk mereka.
Dan salah satu perkara yang paling indah yang dapat anda lakukan pada hari itu adalah dengan memberi ucapan selamat ulang tahun dengan sepenuh keikhlasan kepada mereka.
Tak salah pun untuk ibu dan ayah berikan ucapan hari lahir untuk anak. Sama seperti kita, mereka juga akan berasa sangat gembira dengan seutas ucapan khas daripada ibu bapa tersayang mereka.
Berikut merupakan koleksi ucapan hari lahir untuk anak sebagai inspirasi anda:
15 Ucapan Hari Lahir Untuk Anak
1) Hari lahir adalah selamanya dan selamanya adalah berapa lama ayah dan mama akan menyayangi dan menjaga bidadari kecil kami. Selamat ulang tahun wahai anak tersayang!
2) Selamat hari jadi anakku, terima kasih kerana menjadi anak mama. Dikaulah permata yang paling berharga untukku dunia dan akhirat. Terima kasih kerana sudi tinggal di dalam rahimku.
3) Barakallahu fii umrik sayangku. Kekal jadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan ayah. Semoga panjang umur dan murah rezeki dalam segala urusanmu.
4) Kamu adalah kurniaan Allah kepada ibu dan ayah. Segala nasihat dan kata-kata ibu tak pernah kamu sangkalkan. Sungguh beruntungnya kami memilikimu sebagai anak hingga ke syurga selamanya. Terima kasih sayang.
5) Kami bahagia atas datangnya kamu ke dunia, bidadari kami selamanya. Tak pernah jemu memanggil kami ibu dan bapa. Tak pernah jemu mengikut tunjuk ajar kami. Bertuahnya kami memiliki kamu. Tiada apa sekalipun yang dapat menggantikanmu.
6) Selamat ulang tahun, sayang. Terima kasih sudah menjadi anak yang baik. Mama dan papa sangat sayang kamu. Kamu adalah mutiara terindah yang ada di dalam hidup kami sekeluarga dan tak ada yang bisa menggantikannya dengan apapun
7) Happy birthday anakku. Harapan ibu di hari Bahagia ini, semoga umur panjangmu diberikan kelimpahan kebahagiaan. Doa ibu akan turut menyertai hari-harimu kedepan.
8) Selamat Hari Lahir. Semoga selalu diberikan kesihatan dalam sisa umur yang berkah. Semoga dengan bertambahnya umur, Allah SWT memberikan redho-Nya dalam setiap langkahmu. Barakallahufiikum.
9) Janganlah kami kau lupakan ketika besar nanti. Ingatlah ibu yang tak pernah letih menjagamu, Ingatlah ayah yang tak pernah sakit memastikan dirimu terjaga. Semoga hidupmu lebih senang dan berjaya. Selamat hari lahir sayang.
10) Happy Birthday. Semoga menjadi anak yang pintar, berbakti pada orang tua dan berguna bagi orang di sekelilingmu.
11) Semasa anda makan banyak kek pada hari lahirmu, ketahuilah bahawa tidak mungkin ada yang lebih manis daripada senyumanmu anakku sayang. Selamat hari lahir!
12) Semasa mama berdoa untuk bayi perempuan, mama tidak tahu pun yang mama akan mendapat seorang anak yang pintar, cantik dan penyayang. Selamat hari lahir kepada anak perempuan mama yang sentiasa luar biasa!
13) Masa terlalu begitu pantas, kamu sudah besar. Tiada apa yang kami inginkan selain dari kasih sayangmu. Ketahuilah kasih sayang ibu bapa mu ini takkan pernah habis. Selamat ulang tahun kelahiran sayangku.
14) Selamat hari lahir, nak. Tambah satu tahun lagi usiamu. Tambah pula tanggungjawabmu untuk belajar dengan lebih rajin lagi.
15) Senyum dan bahagiamu membuat ibu dan ayah semakin kuat. Dengan bertambahnya usiamu, semoga semakin cerdas dan semakin membuat kami bahagia. Kami akan memberikan yang terbaik untukmu. Selamat hari lahir untuk anak ku.