Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Koleksi Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Yang Indah Dan Romantik

Tak kira jika anda dan pasangan baru berkahwin selama setahun ataupun berpuluh-puluh tahun, ulangtahun perkahwinan adalah sesuatu yang indah untuk diraikan.

Ada yang jenis suka menghebah-hebahkan ulang tahun mereka. Ada pula yang lebih gemar untuk menyambutnya secara lebih private.

Mana-mana pun cara yang anda pilih untuk menyambutnya, terdapat banyak ucapan ulang tahun perkahwinan yang boleh digunakan.

Ia boleh diucapkan secara lisan, dihantar sebagai pesanan mesej, atau pun ditulis di atas kad dan diberikan dengan sejambak bunga.

Highlighted

Kredit gambar: Getty Images

Setiap pasangan mempunyai gaya yang berbeza untuk menyatakan cinta mereka. Jom tengok beberapa ucapan dan kata-kata yang boleh anda pilih sama ada untuk suami atau isteri tersayang, ibu bapa, atau rakan-rakan yang menyambutnya.

Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Yang Indah Dan Romantik

Ucapan Suami Kepada Isteri

1. Kepada wanita tercantik yang telah memberikan saya kehidupan yang paling indah dan bahagia. Happy Anniversary Sayang!

2. Selamat ulang tahun kepada satu-satunya orang di dunia yang saya inginkan di samping saya setiap hari dan setiap malam sepanjang hayat saya. Saya sayang awak, sayang. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan!

3. Dengan awak di sisi saya, saya menjadikan orang yang paling gembira, paling bersyukur, dan paling bertuah di dunia. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat jodohku.

Kredit gambar: Getty Images

4. Terima kasih buat isteri yang menjadi pendengar yang baik tatkala diriku dibelenggu masalah. Terima kasih sentiasa berusaha membahagiakan hati suamimu ini. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan sayang!

5. Abang tidak pernah cukup memberitahu sayang betapa cantiknya sayang, betapa sayang membuat abang tersenyum, dan betapa bermaknanya sayang kepada abang. Selamat ulang tahun untuk cinta sejati yang satu.

6. Walaupun selepas bertahun-tahun, kekanda tidak pernah mengenali sesiapa yang lebih cantik, lebih manis, dan lebih penyayang daripada adinda. Selamat Ulang Tahun kepada satu-satunya cinta sejati kekanda.

7. Terima kasih untuk segala pengorbananmu menjagaku dan melahirkan zuriatku. Setialah bersamaku hingga ke akhir hayatku. Akan ku pimpin tanganmu hingga ke pintu syurga bersamaku. Selamat hari ulang tahun cinta isteriku.

Ucapan Isteri Kepada Suami

1. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan suamiku! Terima kasih untuk setiap detik pengorbananmu, penat lelahmu dalam mencari rezeki yang Halal, dan setiap pertolonganmu dalam membantu isterimu yang menyayangimu ini.

2. Terima kasih awak kerana menjadi suami dan ayah yang paling prihatin buat isteri dan anak-anakmu. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan!

Kredit gambar: Getty Images

3. Saya percaya segala-galanya yang berlaku ada sebabnya kerana ia membawa saya kepada awak. Saya sayang awak, suami tercinta. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan!

4. Dari bunga yang pertama hingga anak yang terakhir, semuanya lebih manis semenjak kita bertemu. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan sayang!

5. Kita mungkin telah berubah sejak pertama kali bertemu bertahun-tahun lalu, tetapi saya amat bersyukur kita semakin rapat. Saya sayang awak sangat! Selamat ulang tahun perkahwinan sayang.

6. Selamat ulang tahun perkahwinan kepada suamiku yang memberiku hadiah terhebat sepanjang zaman—cinta abadi dan anak-anak yang soleh.

Kredit gambar: Getty Images

7. Terima kasih sayangku untuk bertahun-tahun segala rasa cinta, sayang, dan rindu. Kau melengkapi kekuranganku dan mengimbangi kelebihanku. Selamat hari ulang tahun suamiku tercinta!

Ucapan Anak-anak Kepada Ibu Bapa

1. Sepanjang hidup kami menyaksikan jenis cinta yang Ibu dan Ayah tunjukkan kepada kami, kami hanya boleh bermimpi untuk mencapai anugerah yang sama. Selamat Ulang Tahun, Ibu dan Ayah!

2. Cinta Ibu dan Ayah adalah inspirasi kepada sesiapa sahaja yang bertuah untuk mengenali kamu berdua. Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan ke-30!

3. Jatuh cinta itu mudah, tetapi kekal untuk bercinta adalah sesuatu yang berbeza sekali. Terima kasih kerana membuktikan kepada kami tentang cinta sejati. Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ibu dan Ayah!

Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Daripada Kawan

1. Tahniah atas satu lagi tahun perkahwinan yang dilalui bersama. Kami doakan kau dan pasangan cinta yang kekal abadi, kebahagiaan, dan kehidupan penuh gelak-tawa bertahun-tahun akan datang. Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan!

2. Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan kepada pasangan kegemaranku/kami!

3. Kami doakan cinta yang anda dan pasangan kongsikan bertahun-tahun dahulu masih kukuh sehingga hari ini dan di masa hadapan. Selamat Ulang Tahun!

Kredit gambar: Getty Images

Selepas anda telah membuat pilihan ucapan yang sesuai, bolehlah hantarkanya kepada kekasih, ibu dan ayah, atau pasangan kawan yang akan menyambut ulang tahun perkahwinan.

Jangan lupa juga untuk perbanyakkan doa untuk mengeratkan silaturrahim antara suami isteri dan agar perkahwinan kekal bahagia dan sejati.

Doa Pendek Agar Perkahwinan Terus Berkekalan dan Bahagia

Maksud: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

(Surah Al Furqan: Ayat 74)

Maksud: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

(Surah Taha: Ayat 39)

Maksud: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.

(Surah Yusuf: Ayat 4)

Semoga bermanfaat.