Ibu, Bayi & Kanak Kanak

20 Ucapan Untuk Orang Pergi Umrah Paling Terbaik – Ada Juga Yang Dari Hadis Sahih!

ucapan untuk orang pergi umrah

Kredit gambar: www.bareksa.com

Semakin ramai orang yang menjejakkan kaki ke tanah suci sama ada ingin menunaikan umrah atau haji dan tak terkecuali juga dengan insan-insan tersayang berdekatan dengan kita. Selain meminta mereka untuk mendoakan kita, kita juga perlulah turut mengucapkan doa atau memberi ucapan untuk orang pergi umrah agar diri mereka dalam lindungan Allah S.W.T. dan diberi kemudahan dan kesihatan ketika beribadah di sana.

Terdapat banyak petikan doa dan ucapan untuk orang ke umrah yang boleh anda guna. Antaranya adalah seperti yang kami kongsikan di bawah ini. Jom lihat!

Senarai Pilihan Ucapan Untuk Orang Pergi Umrah Berdasarkan Dalil

Highlighted

Kredit gambar: www.shafwahholidays.com

Berikut merupakan ucapan untuk orang pergi umrah berdasarkan dalil iaitu:

#1. Ucapan Untuk Orang Pergi Umrah Pilihan Pertama

فِيْ حِفْظِ اللهِ وَكَنفِهِ وَزَوَّدَكَ اللَهَ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَوَجَّهَكَ لِلْخَيْرِ أَيْنَمَا كُنْتَ

Fi hifdzillahi wa kanafihi wa zawwadakallahut taqwa wa ghafara dzanbaka wa wajjahaka lil khairi ainama kunta

Maksudnya:

“Semoga engkau selalu dalam penjagaan Allah dan perlindungannya, semoga Allah memberikan bekal ketakwaan kepadamu dan mengampuni dosamu, dan semoga Allah memberikan kebaikan dimanapun kamu berada.”

#2. Ucapan ke Umrah Pilihan Kedua

أستودع الله دينك وأمانتك وخواتيم عملك

Astaudi’ullaha diinaka wa amanataka wa khawatima ‘amalika

Maksudnya:

“Aku menitipkan agamamu, amanahmu dan perbuatanmu yang terakhir kepada Allah.”

#3. Ucapan Doa Untuk Orang Pergi Umrah

Qabilakallahu umrotaka, wa ghafara dzanbaka, wa akhlafa nafaqataka

Maksudnya:

“Semoga Allah menerima umrahmu, mengampuni dosa-dosamu, dan membalas segala kos yang telah kamu keluarkan.”

#4. Petikan Ucapan atau Doa Orang Pergi Menunaikan Umrah

Zawwadakallahut taqwa, wa ghafara dzanbaka, wa yassara lakal khaira khaitsuma kunta

Maksudnya:

“Semoga Allah SWT sentiasa menambahkan ketaqwaanmu, mengampuni dosamu, memudahkan kebaikanmu di mana saja kamu berada.”

#5. Ucapan ke Umrah

Alloohumma Yassirlanaa Ziyaarota Makkata Wa Madiinata Bighoiri Kaddin Walaa Masyaqqotin Ma’as Salaamati Wal Barokati Wa Buluughil Maroomi Mirooron Yaa Allooh Marrota Ba’da Marrootin Yaa Allooh Birochmatika Yaa Archamar Roochimiin

Maksudnya:

“Ya Allah, permudahkanlah kami untuk dapat berziarah ke Mekah dan Madinah, tanpa kesulitan dan kesulitan, selamat dan diberkati, serta impian yang tertunai, Ya Allah, berkali-kali Ya Allah, berkat rahmat-Mu wahai Yang Maha Agung, Pengasih, Penyayang.”

Senarai Ucapan Untuk Orang Pergi Umrah Yang Simple

Kredit gambar: umrahdandoapendinding.weebly.com

Berikut merupakan ucapan untuk orang pergi umrah Malaysia yang mudah dan ringkas iaitu:

  1. “Selamat menjalankan ibadah umrah dan semoga selamat dari awal berangkat ke tanah suci hingga pulang kembali ke tanah air tercinta. Semoga hatimu selalu mengingat Allah selama menjalankan ibadah umrah.”
  2. “Semoga Allah permudahkan segala urusan-Mu dalam menunaikan umrah dan semoga dengan asbab umrah ini kamu beroleh kebaikan yang berpanjangan, Amin Ya Rabbal Alamin.”
  3. “Selamat menunaikan ibadah Umrah buat anda sekeluarga dan semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik dari menunaikan umrah.”
  4. “Selamat menunaikan ibadah umrah. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan diperkenankan oleh Allah S.W.T segala yang dipohon serta dapat beramal dengan penuh khusyuk.”
  5. “Selamat menikmati ibadah umrah. Banyakkan minum madu dan makan kurma serta melakukan semua sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. agar beroleh kesihatan yang baik dan pahala yang berpanjangan.”
  6. “Selamat menunaikan ibadah umrah. Semoga kekal dalam istiqamah, dilancarkan setiap urusan dan diberi kesihatan terbaik oleh Allah S..W.T. Amin Ya Rabbal Alamin.”
  7. “Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga selamat perjalanan pergi dan balik serta selalu dalam keadaan sihat bertenaga untuk melakukan ibadah sepanjang umrah, Amin.”
  8. “Selamat menunaikan ibadah umrah. Semoga dapat menjalankannya dengan penuh kekhusyukan, menjadi amal soleh yang penuh kebaikan dunia dan akhirat buat anda dan keluarga, InsyaAllah.”
  9. “Selamat menjalankan ibadah umrah. Semoga selamat dari awal berangkat ke tanah suci hingga pulang kembali ke tanah air tercinta dan semoga setiap ibadah yang dijalankan diterima oleh Allah S.W.T dan mendapat pahala berlipat kali ganda.”
  10. “Selamat berangkat menunaikan ibadah umrah. Semoga dalam perjalanan ke tanah suci mendapat keberkatan, dilindungi serta dirahmati oleh Allah S.W.T.”
  11. “Selamat menunaikan umrah.. Semoga diberikan kelancaran dalam menjalankan ibadah, kekal sihat di Tanah Suci, serta kembali ke tanah air dalam keadaan sihat, bertenaga dan istiqamah. Amin Ya Rabbal Alamin.”
  12. “Semoga selamat, sihat dan lancar semasa menunaikan ibadah umrah. Didoakan semoga mohon anda sekeluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dapat menunaikan ibadah umrah dengan lancar dan sempurna.”
  13. “Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga kekal istiqamah, diberi kelancaran untuk beribadah dan mendapat kesihatan yang baik.”
  14. “Selamat berangkat umrah. Semoga selamat dalam perjalanan ke tanah suci serta mendapat keberkatan Allah SWT. Didoakan juga semoga mendapat umrah yang mabrur.”
  15. “Selamat menjalani ibadah umrah di tanah suci. Semoga dengan ibadah ini, anda beroleh kebaikan, diredhai dan kekal istiqamah di jalan Allah S.W.T.”

Semoga dengan perkongsian mengenai ucapan untuk orang pergi umrah ini dapat membantu anda semua memberi ucapan yang lebih baik dan diyakini.


Dapatkan juga senarai doa dan zikir di SINI!