Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kepentingan Meraikan Ulang Tahun Perkahwinan Dan Idea Menarik Untuk Menyambutnya

Hari ulang tahun perkahwinan sesebuah pasangan adalah hari yang amat istimewa untuk disambut. Mungkin ada pasangan yang hanya mengucap kepada pasangannya secara bersendirian. Ada juga yang sering menyambutnya bersama seluruh keluarga.

Kalau salah seorang pasangan terlupa hari ulang tahun perkahwinan mereka, nanti ada yang merajuk pula! Tapi itu bukan sebab utama untuk menyambut hari yang istimewa ini. Sebenarnya Meraikan ulang tahun perkahwinan menunjukkan perkahwinan adalah sesuatu keutamaan dalam hidup kita.

Highlighted

Kredit gambar: Getty Images

2 Kepentingan Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan

1. Memberi Peluang Untuk Mengingati Hari Yang Istimewa Dalam Hidup

Kebanyakan pasangan pengantin selalunya akan berbelanja dengan banyak untuk perkahwinan mereka. Maklumlah, perancangan perkahwinan memerlukan bajet yang tertentu dan mengikut kemampuan.

Sekurang-kurangnya perbelanjaan seperti mas kahwin, hantaran, baju pengantin, dan jamuan makan.

Perancangan majlis perkahwinan juga memakan banyak tenaga, dari segi fizikal dan mental. Sia-sialah kalau kita tidak menghargai pelbagai pengorbanan untuk melancarkan majlis istimewa itu.

Kredit gambar: Adobe Stock

Jadi menyambut ulang tahun perkahwinan adalah salah satu cara untuk memperingatinya. Sambil memperingatinya dengan pasangan anda, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan.

2. Memberi Peluang Untuk Menilai Dan Menetapkan Matlamat Baru Hubungan Perkahwinan

Menetapkan matlamat adalah sesuatu perkara yang biasa bagi kebanyakan orang. Sama seperti menetapkan matlamat untuk mencapai berat badan tertentu atau mendapat markah yang tinggi dalam sesuatu mata pelajaran, menetapkan matlamat dalam perkahwinan adalah penting.

Ini mungkin tidak diberikan perhatian dalam kehidupan harian, tetapi hari ulang tahun perkahwinan boleh memberikan peluang untuk menetapkan matlamat untuk hubungan perkahwinan yang lebih bahagia.

Kredit gambar: Getty Images

Matlamat dalam perkahwinan boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti matlamat kewangan, matlamat mendapatkan anak, matlamat mendapatkan rumah, dan banyak lagi yang penting untuk mendapatkan hubungan yang erat.

Idea-idea Menarik Untuk Menyambut Hari Ulang Tahun

1. Ambil sarapan pagi yang mewah di katil. Idea ini sesuai jika anda bermalam di hotel dan boleh mendapatkan perkhidmatan ‘room service‘ untuk menghantar makanan ke bilik.

2. Jika anda dan pasangan jenis adventurous, boleh cuba idea bangun awal dan mendaki bukit untuk menghayati pemandangan Matahari terbit.

3. Rancang perkelahan atau picnic dengan membawa makanan kegemaran anda berdua dan pergi ke tempat yang mempunyai suasana romantik.

Kredit gambar: Getty Images

4. Jika bersesuaian, jadikan bilik tidur anda dan pasangan sebagai tempat urut. Nyalakan lilin wangi, pasangkan muzik kegemaran, dan sediakan minyak urut. Bergilir-gilirlah memanjakan pasangan anda dengan urutan yang sensual dan istimewa.

5. Pergi ke spa untuk rawatan spa yang mewah. Pilih perkhidmatan seperti berurut, sauna, berendam dalam jakuzi, dan bersantai dengan minuman teh herba.

6. Tempah jurugambar untuk mengambil gambar profesional di hari ulang tahun perkahwinan anda. Ini bukan sahaja romantik, tetapi dapat mencipta kenangan baru sambil memperingati hari perkahwinan anda.

7. Cuba aktiviti yang anda berdua sukakan tetapi asyik ditangguhkan. Contohnya belajar untuk melakukan hobi baru, pergi ke kelas menari, dan macam-macam lagi.

8. Anda ingat tak pertama kali anda dan pasangan keluar dating? Mungkin waktu itu kekok kerana tidak mengenali satu sama lain lagi. Jadi apa kata anda cipta semula waktu tersebut. Romantik sungguh!

Kredit gambar: Getty Images

9. Beli pakaian baru untuk pasangan anda (pasangan anda boleh membuat perkara yang sama), dan rancang makan malam yang romantik di restoran kegemaran anda berdua.

10. Rancang percutian untuk anda berdua sahaja ke tempat yang istimewa. Anda boleh juga membawa album gambar dan video perkahwinan dan menghayatinya ketika bercuti.

Hari ulang tahun semestinya hari yang istimewa buat pasangan yang bahagia. Jadi jangan lepaskan peluang untuk meraikannya dengan suami atau isteri tercinta!