Tahniah buat Mommy dan Daddy yang sekarang sedang menghitung hari untuk bergelar ibu bapa. Pastinya Mommy dan Daddy sangat teruja bukan? Kalau boleh setiap hari nak buat ultrasound scan untuk tengok apa bayi Mommy dan Daddy tengah buat sekarang kan?
Walaupun dalam hitam putih masih menjadi satu keterujaan bila dapat melihat perkembangan bayi Mommy! Ternyata ultrasound scan ni banyak kebaikannya.
Bukan sahaja dapat melihat jantina bayi tetapi juga dapat mengenalpasti sebarang masalah yang mungkin memudaratkan ibu dan bayi. Terutamanya semasa di awal kehamilan.
Nak tahu apa dia? Jom baca selanjutnya!
Kebaikan Ultrasound Scan di Awal Kehamilan
#1. Ultrasound Scan dapat Menentukan Jumlah Janin
Kebaikan melakukannya di awal kehamilan yang pertama ialah dapat menentukan jumlah janin dalam kandungan. Ia dapat membantu doktor untuk mengenalpasti berapa bilangan janin dalam kandungan Mommy semasa di awal kehamilan.
Adakah Mommy hamil hanya satu atau mungkin hamilkan kembar. Sekiranya Mommy mengandung kembar, doktor perlu memastikan pula kembar seiras atau tidak. Dari ultrasound scan ini doktor akan lebih jelas terhadap kandungan Mommy.
Ia akan memudahkan doktor untuk membantu Mommy menjaga kandungan Mommy dengan lebih baik.
#2. Membantu Mengenalpasti Keadaan Janin (hidup dan mati)
Selain itu, kebaikan ultrasound scan ini juga, ia dapat membantu doktor mengenalpasti keadaan bayi dalam kandungan Mommy.
Dalam kata lain, hidup mati bayi Mommy. Trimester pertama atau kandungan pada awal kehamilan adalah satu tempoh yang penting.
Ini kerana, pada masa inilah janin akan mula terbentuk. Risiko keguguran pada awal kehamilan adalah tinggi.
Oleh itu, bagi mengenalpasti sebarang masalah berkaitan dengan janin, doktor akan melakukan ultrasound scan untuk memastikan keadaan janin dalam kandungan.
#3. Menentukan Usia Kandungan dan Due Date
Di samping itu, kebaikan lain ultrasound scan pada awal kehamilan adalah untuk menentukan usia kandungan atau due date Mommy.
Melalui prosedur ini, doktor akan dapat mengukur panjang kepala ke punggung janin (crown-rump length/CRL) bagi menentukan usia janin Mommy.
Dari sini doktor dapat mengira bilakah tempoh matang bagi janin Mommy. Dalam kata lain, due date Mommy akan ditentukan dengan cara ini.
#4. Dapat Mengenalpasti Sebarang Masalah pada Organ Peranakan
Kebaikan ultrasound scan yang seterusnya ialah dapat mengenalpasti sebarang masalah berkaitan organ peranakan. Contohnya, fibroid, sista ovary, molar pregnancy mengandung luar rahim dan sebagainya.
Terdapat kes di mana ibu mengandung tidak menyedari bahawa terdapat fibroid di dalam rahimnya. Keadaan ini akan mengganggu proses kelahiran kelak.
Begitu juga dengan kes molar pregnancy iaitu persenyawaan yang tidak menjadi dan jika dibiarkan boleh berisiko menjadi kanser.
Dengan melakukan ultrasound scan ini pada awal kehamilan dapat membantu untuk mengurangkan sebarang risiko yang boleh membahayakan nyawa ibu juga bayi dalam kandungan.
#5. Dapat Menentukan Kedudukan Uri
Kebaikan melakukan ultrasound scan pada awal kehamilan yang terakhir ialah dapat membantu mengenalpasti kedudukan uri.
Kedudukan uri amatlah penting kerana boleh mengganggu proses kelahiran sekiranya kedudukannya menghalang pintu rahim.
Kedudukan uri boleh berada di bahagian depan, di atas/bumbung rahim atau boleh juga melekap pada dinding rahim.
Keadaan yang paling ditakuti ramai ibu hamil ialah kedudukan uri yang rendah. Keadaan ini mengganggu proses kelahiran kelak.
Dengan adanya prosedur ini di awal kehamilan dapat membantu doktor memantau keadaan uri Mommy.
Kesimpulannya, ultrasound scan ini sangat penting bagi ibu hamil. Sebarang masalah berkaitan ibu dan bayi dapat diketahui melalui ultrasound scan ini.
Contohnya, sekiranya Mommy melakukan details scan sebarang masalah pada bayi akan dapat dikenalpasti walaupun bayi masih belum lahir.
Antara masalah yang boleh dikenalpasti adalah masalah pada buah pinggang bayi, kecacatan pada jari dan sebagainya.
Jangan risau, ultrasound scan ini tidak akan memudaratkan kandungan Mommy. Ingat ya! Sebelum melakukannya, jangan lupa penuhkan pundi kencing dulu tau Mommy! Baru boleh nampak dengan lebih jelas.
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Dapatkan lebih banyak tips semasa hamil yang lain di SINI.