Uri bayi atau nama saintifiknya adalah placenta merupakan organ di dalam rahim yang membekalkan nutrien dan oksigen kepada bayi. Untuk Mommy dan Daddy yang baharu pertama kali menimang cahaya mata, pastinya akan tertanya-tanya apa yang perlu dibuat dengan uri yang telah diberikan oleh misi ini.
Begitu juga untuk Daddy yang lain, mungkin sudah lama tidak melakukannya dan anda pun bakal menerima kehadiran bayi yang baharu, pasti anda ada perasaan ingin tahu kan mengenainya?
Oleh itu, dalam perkongsian kali ini, kami akan terangkan segalanya yang berkaitan dengan uri bayi untuk pengetahuan Mommy dan juga Daddy semua.
Kepentingan dan Fungsi-fungsi Uri Bayi
Uri memainkan peranan yang sangat penting waktu kehamilan berlaku bagi menjamin kesihatan dan juga kelangsungan bayi ketika berada di dalam rahim. Untuk makluman Mommy dan Daddy, fungsi utama uri adalah bagi membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk bayi yang berada di dalam kandungan.
Uri tiada sel-sel saraf dan ukuran beratnya pula adalah 1:6 daripada berat bayi. Uri juga tidak dikawal oleh sistem saraf tunjang mahu pun otak. Semasa kehamilan, sebanyak 550 mililiter darah akan dipam terus ke rahim bagi menukar nutrien pada uri bayi anda. Antara fungsi lain placenta ialah,
- Berfungsi seperti buah pinggang di mana ia akan menapis darah yang masuk ke tubuh bayi dari bahan-bahan berbahaya yang mampu untuk mengancam nyawa.
- Bertindak sebagai paru-paru dengan membekalkan oksigen melalui tali pusat.
- Mengeluarkan bahan kumuh bayi anda ke sistem peredaran darah anda. Bahan ini dikumuh melalui tubuh ibu dalam bentuk air kencing.
- Penapis jangkitan kepada bayi, dengan mengasingkan darah anda dengan bayi.
- Memastikan kadar gula dalam darah sentiasa mencukupi untuk diedarkan kepada bayi.
- Membantu mempercepatkan penghadaman sumber makanan dari ibu untuk disalurkan kepada bayi dengan lebih cepat.
- Bertindak memerangkap oksigen yang telah disedut ibu untuk diserapkan ke dalam sistem peredaran darah bagi membantu oksigen beredar kepada sistem bayi. Hal ini penting bagi menghalang bayi daripada tertelan cecair amniotik.
- Uri juga menghasilkan hormon iaitu progesteron dan estrogen untuk menghentikan pengecutan pada rahim sebelum kelahiran. Selain itu, ia juga berfungsi untuk membuka jalan untuk maternal tissues dan juga rahim untuk proses kelahiran nanti.
- Semasa proses kehamilan berlaku, uri akan bergerak dan rahim akan berkembang serta membesar.
Panduan Cuci dan Tanam Uri
Berikut merupakan cari cuci dan tanam uri bayi menggunakan kaedah yang betul.
#1. Sediakan alatan atau barang penting untuk menguruskan uri bayi iaitu garam, asam jawa dan kain putih.
#2. Bungkusan uri yang diterima daripada hospital. Uri akan dibungkus dengan plastik yang diikat dengan getah dan dibalut pula dengan kertas kalis air berwarna hijau.
#3. Mulakan dengan membuka kertas yang membalut uri. Basuh kertas tersebut jika ia terkena kotoran darah.
#4. Sebelum mencuci uri, sebaiknya dimulakan dengan bacaan bismillah terlebih dahulu. Letakkan bayi di tempat basuhan.
#5. Jika mahu cuci dengan lebih mudah, anda boleh letakkannya di dalam besen. Cucur air ke atas uri sehingga kurang darah yang mengalir.
#6. Kemudian, ambil sedikit garan dan asam jawa. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau hanyir yang terdapat pada uri bagi mengelakkan bauan kuat yang boleh menarik minat haiwan contohnya seperti anjing daripada mengoreknya keluar apabila ditanam nanti.
#7. Letakkan garam dan asam jawa tersebut di atas uri.
#8. Lumurkan kedua-dua bahan itu pada uri tersebut.
#9. Setelah selesai melumur, bilas uri dengan air bersih sehingga uri bersih dan tiada lagi kesan darah.
#10. Kemudian, sediakan kain putih dan seutas tali.
#11. Hamparkan kertas hijau kalis air yang diperoleh bersama dengan kain putih. Kain putih diletakkan di atas kertas hijau kalis air tersebut.
#12. Ambil uri yang telah siap dicuci tadi dan letakkannya di atas hamparan kain.
#13. Ambil lebihan garam dan asam jawa tadi, letakkannya bersama-sama dengan uri.
#14. Balut uri dengan kain putih dan ikat dengan kuat serta kemas.
#15. Kemudian, balut pula dengan kertas kalis air, juga diikat kemas dengan tali.
#16. Setelah selesai, gali lubang di tempat yang selamat, bersih dan bebas dari sebarang kotoran contohnya seperti air longkang dan sebagainya.
#17. Lubang yang anda korek itu sebaiknya 1.5 kaki kedalamannya. Lebih dalam adalah lebih bagus. Ini bagi memastikan anjing atau haiwan lain tidak mampu untuk mengoreknya keluar.
#18. Setelah siap mengorek lubang, terus letakkan uri tersebut ke dalam lubang dengan bacaan bismillah.
#19. Timbus tanah dan pijak sehingga tanah menjadi kejap dan rata.
#20. Letakkan sesuatu sebagai tanda uri masih dalam keadaan selamat tidak digali oleh mana-mana binatang buas. Seeloknya letakkan benda berat seperti batu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memudahkan urusan anda untuk uruskan uri bayi nanti!