Urutan ibu mengandung atau turut dikenali dengan istilah urutan pranatal serta urutan kehamilan merupakan urutan tangan semasa atau selepas kehamilan yang biasanya dilakukan selama satu jam.
Urutan ini dilakukan sama ada di atas meja atau bantal yang dicipta khas untuk melakukan urutan dengan lebih selesa.
Bagi anda yang selalu berasa sakit badan dan kerap mengalami ketegangan otot semasa hamil, melakukan urutan pranatal ini adalah antara cara untuk melegakan dan mengurangkan rasa sakit.
Mungkin akan ada sedikit perasaan was-was dikalangan Mommy semua, adakah urutan ini selamat untuk dilakukan sepanjang kehamilan dan bagaimanakah cara urutannya?
Jadi, bagi menghurai segala persoalan, Mommy perlu ikuti perkongsian di bawah ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!
Urutan Ibu Mengandung – Siapa Yang Tidak Digalakkan Untuk Berurut Semasa Mengandung?
Walaupun melakukan urutan dipercayai dapat memulihkan beberapa masalah dan penyelidikan mengenainya juga tidak banyak, sangat baik jika pendekatan ini iaitu tidak semua perkara melibatkan wanita hamil boleh melakukannya.
Jadi, Mommy perlu dapatkan nasihat dan pandangan doktor jika ingin mengurut sekiranya:
- Mengalami loya, muntah atau mual pagi
- Berisiko tinggi untuk keguguran
- Mempunyai kehamilan berisiko tinggi seperti gangguan plasenta iaitu keadaan di mana plasenta terlepas sedikit dari dinding rahim
- Kelahiran pramatang
- Praeklampsia
- Tekanan darah tinggi
- Pembekuan darah atau gangguan pembekuan
- Kencing manis semasa mengandung
Kawasan Yang Boleh dan Selamat Diurut Semasa Hamil
Berikut merupakan beberapa tempat yang boleh Mommy lakukan urutan semasa hamil iaitu:
- Bahagian pinggang
- Betis, paha dan kaki
- Di kawasan bahu
Risiko Urutan Ibu Mengandung di Titik Tekanan Tubuh
Semasa melakukan urutan, tukang urut perlu elakkan beberapa titik tekanan yang berkaitan dengan pelvis, pergelangan tangan, tangan dan buku lali serta sangat penting untuk elakkan urutan tisu dalam di kaki wanita hamil. Hal ini adalah disebabkan oleh:
- Risiko pembekuan darah semasa kehamila
- Boleh menyebabkan kontraksi awal
- Boleh menyebabkan pengecutan rahim
Tips Melakukan Urutan Semasa Mengandung
#1. Urutan Hanya Selepas Trimester Pertama
Anda boleh mendapatkan urutan pranatal pada bila-bila masa yang anda suka selepas trimester pertama dan jika anda melakukan urutan pranatal di rumah, tempoh paling terbaik adalah antara 12 hingga 31 minggu kehamilan.
Hal ini adalah kerana pada trimester pertama, terdapat peningkatan risiko keguguran dan peningkatan aliran darah semasa urutan mungkin berbahaya kepada janin.
#2. Tempat Mengurut Yang Bersih dan Selesa
Pastikan tempat yang anda ingin mengurut adalah bersih dan bebas daripada kotoran untuk elakkan anda bersentuhan dengan kuman atau virus.
#3. Pakar Urut Bertauliah
Adalah sangat penting untun mendapatkan ahli terapi yang berkelayakan dan diiktiraf.
Dengan kecanggihan teknologi sekarang, anda boleh mencari ahli terapi dalam talian dengan nama atau nombor lesen mereka untuk mengesahkan lesen dan kelayakan mereka.
Pakar urut yang bertauliah sudah diajar teknik urutan betul dan kaedah untuk mengetahui cara menangani keperluan kehamilan dan urutan tertentu.
Antaranya adalah cara meletakkan anda dengan selamat dan mengelakkan ketegangan pada ligamen rahim serta berupaya memerhatikan simptom pembekuan darah dan vena varikos.
#4. Penggunaan Minyak Pati Yang Selamat
Adalah penting untuk anda mendapatkan rawatan urutan yang menggunakan minyak pati daripada bahan yang selamat dan bebas kimia.
Menggunakan tukang urut yang berkelayakan membuatkan segala kerisauan anda mula hilang. Ini adalah kerana, mereka sudah mengetahui minyak pati atau losyen yang sesuai untuk digunakan semasa kehamilan
Antara minyak pati yang selamat adalah lavender atau chamomile yang berfungsi untuk memberi rasa yang menenangkan dan membantu tidur menjadi lebih baik.
#5. Elakkan Berurut Dalam Posisi Meniarap
Posisi terbaik untuk ibu mengandung membuat urutan adalah dalam keadaan mengiring kerana pada kedudukan ini mengurangkan tekanan serta memudahkan urutan untuk dilakukan.
Malah, ketika trimester kedua dan seterusnya juga, kedudukan ini merupakan kedudukan yang optimum semasa mengurut dan ibu hamil boleh dibantu dengan menyandarkan bantal pada tubuhnya.
#6. Elakkan Tekanan Lebih Dalam Pada Kaki
Tukang urut juga perlu elak lebih tekanan pada bahagian kaki kerana dikhuatiri akan mengalami pembekuan darah terutama di bahagian kaki dan kawasan pelvis malah jika bekuan darah tercabut, ia mungkin menjadi embolisme pulmonari, iaitu kejadian di mana ia akan mengancam nyawa kerana bekuan itu bergerak ke paru-paru dan menyekat salah satu arteri penting.
#7. Latihan Pernafasan
Sentiasa melatih pernafasan setiap kali anda membuat urutan pada otot kerana ia dapat membantu anda berehat dan mengelakkan kecederaan.
#8. Jangan Tekan Terlalu Kuat!
Pastikan anda tidak melakukan urutan dengan menekannya dengan kuat kerana terdapat titik tekanan tertentu di kaki anda yang boleh merangsang kelahiran.
Paling penting, jangan tekan di mana-mana kawasan terlalu lama dan jika anda mula berasa sakit, segeralah berhenti melakukannya.
Kebaikan Urutan Untuk Ibu Mengandung
Terdapat satu kajian yang telah dilakukan oleh di University of Miami School of Medicine serta kajian lain yang menunjukkan bahawa terapi atau teknik urutan yang betul mampu memberikan pelbagai kesan positif, iaitu:
- Mengurangkan kebimbangan
- Merawat dan mengurangkan sakit belakang dan kaki
- Melegakan sakit otot dan sakit sendi
- Membuatkan Mommy dapat tidur dengan lebih lebih baik
- Membantu penurunan tahap hormon tekanan norepinephrine
- Meningkatkan hormon baik iaitu serotonin dan dopamin
- Membantu menurunkan tahap kortisol, penunjuk tekanan
- Meningkatkan mood
- Melegakan kesakitan
- Meningkatkan keupayaan daya tahan tubuh atau imun badan dalam melawan virus dan tumor
- Melegakan ketegangan otot dan sakit kepala
- meningkatkan peredaran limfa dan darah
- Pengoksigenan yang lebih baik pada tisu lembut dan otot
- Membantu merangsang tisu lembut untuk mengurangkan pengumpulan cecair dalam sendi yang bengkak
- Mengurangkan gejala kemurungan
- Membantu menurunkan tekanan darah
- Menyebabkan diri berasa lebih santai
- Mengembalikan badan yang bertenaga
Untuk lebih jelas, apa kata Mommy sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!
Dapatkan info berguna yang lain semasa hamil dengan rujuk SINI.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.