Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Vaginal Swab Buat Bayi C-Section

c-section

C-Section

C-Section:  1/3 kelahiran telah berlaku di meja pembedahan, terlalu banyak sehingga ia menjadi prosedur biasa di hospital di US. Walaubagaimanapun, para ibu dan doktor mengetahui bahawa anak yang lahir secara cesarean tidak mendapat faedah kesihatan yang sama seperti kelahiran biasa.

Jadi, ia memerlukan satu perubahan.

Sehingga kini, bayi yang melalui kelahiran normal terdedah dengan kuman baik yang melindungi mikrob bagi membantu imun system. Tetapi pakar yang terlibat dengan satu kajian di Universiti California San Diego mendapati satu perubahan: jika dia memindahkan kapas dari faraj ibu ke anak yang telah dilahirkan secara cesarean, ia sebenarnya boleh memberikan bayi tersebut mikrob yang hampir sama.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Satu kajian, yang dicetak pada Feb. 2016 dari Nature Medicine, pengkaji mengumpulkan sample dari 18 bayi bersama ibunya, 7 kelahiran normal dan 11 kelahiran secara C-section. Bagi bayi-bayi C-section, mereka didedahkan dengan lendir dari faraj ibunya diambil dari faraj ibunya sejam sebelum pembedahan. 2 minit selepas kelahiran, bayi tersebut disapukan dengan lendir tersebut pada seluruh badan. Mereka akan diperiksa 6 kali semasa bulan yang pertama.

Keputusan yang positif untuk bayi C-section — yang mempunyai “peningkatan imun pada risiko obesiti, asma, alergik, penyakit atopia dan sebagainya” — ia akan menunjukkan penurunan dari masalah tersebut.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

“Kajian ini mula menunjukkan kesan positif, membuktikan mikrob faraj berada pada bayi yang lahir secara C-section, sekurang-kurangnya pada bulan pertama.” Dr. Rob Knight berkata, kesan jangka panjang tersebut melalui teknik sapuan ini masih belum boleh disahkan. “Kami memerlukan lebih kajian dan pemeriksaan untuk menghubungkan prosedur ini dengan masalah kesihatan. Kajian ini hanya menunjukkan cara bagaimana untuk melakukannya, dean menyediakan bukti bagi konsep mikrobiome ini adalah sesuatu yang tidak mustahil.”

Bagi bakal ibu, ia merupakan satu berita positif.

Artikel ini dipetik dari VaginalSwabGivesC-Section