Ibu, Bayi & Kanak Kanak

TERKINI Mengenai Vaksin COVID-19: Apa Yang Ibu Bapa Harus Tahu & Tahap Keberkesanannya

covid-19 vaksin

Kredit: aeccglobal.my

Kerajaan telah mengesahkan bahawa MCO dilanjutkan sehingga 18 Februari. Sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaporkan bahawa jumlah kes yang menjadi perhatian mereka telah mencapai hingga 200 ribu kes.

Sama seperti yang lain, saya tidak pasti bagaimana saya harus respon terhadap berita itu – sama ada untuk berasa sedih, gembira, atau tertekan.

Highlighted

Berdasarkan jumlah kes yang dilaporkan pada 2 Februari 2021.

Satu perkara yang pasti, saya berdoa dengan bersungguh-sungguh agar wabak ini segera hilang, dan semoga para penyelidik perubatan akhirnya berjaya memperoleh atau mencipta ‘pil ajaib’ yang boleh membunuh virus tersebut dengan hanya 1 perskripsi mudah.

Tak salah bukan untuk mengharapkan yang terbaik?

Pada masa ini, terdapat kira-kira 20 vaksin yang telah menjalani penyelidikan fasa 3 yang telah melalui pelbagai tahap ujian dan terbukti mempunyai lebih dari 50% kadar efektif penggunaannya.

Kredit: freemalaysiatoday.com

The Channel News Asia dan juga pelbagai portal berita yang lain juga telah melaporkan bahawa Malaysia dijangka akan menerima kumpulan vaksin COVID-19 pertama pada 26 Februari ini.

Turut dilaporkan adalah, vaksin yang akan diperoleh rakyat Malaysia mempunyai kadar keberkesanan sehingga 95%.

Sejujurnya, semua jargon perubatan ini agak ‘terlalu sukar dan banyak’ untuk seorang ibu seperti saya.

Terutama sekali dalam keadaan saya sedang mencuba yang terbaik untuk memenuhi pembelajaran secara dalam talian, bersabar dengan kerenah anak-anak tidak kira waktu siang dan malam, anak-anak yang tidak henti mengeluh kebosanan dan sebagainya…mak pun inginkan masa untuk sendiri!

Gayanya seperti sudah bertahun lamanya bukan dan saya sendiri amat merindui semua perkara sebelum PKP dan pandemik ini.

Jadi, apa yang harus kita nantikan daripada kumpulan vaksin pertama yang akan tiba pada akhir bulan ini?

Maklumat Terkini Mengenai Vaksin COVID-19

Di slot FB Live “WHO Questions in Science”, Dr Katherine O’Brien, Pengarah Jabatan Imunisasi, Vaksin dan Biologi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan beberapa perkara kritikal yang harus diketahui oleh orang ramai dalam istilah yang mudah difahami mengenai vaksin tersebut.

O’Brien menyatakan bahawa mereka akan mendapat 2 dos vaksin yang menunjukkan tindak balas imun yang baik dalam masa dua minggu dari dos pertama.

Dos kedua diberikan untuk meningkatkan tindak balas imuniti dan memerlukan masa yang lebih pendek untuk bertindak balas berbanding dengan dos pertama.

Walaupun vaksin yang dihasilkan berupaya untuk melindungi orang dari penyakit ini, para penyelidik masih tidak dapat memastikan berapa lama ia akan bertahan.

Hanya masa yang akan menentukan jika ia dapat melindungi orang yang telah divaksinkan daripada virus ini di masa hapadan dan mengelakkan virus tersebar kepada orang lain.

Sebilangan besar kes COVID-19 menunjukkan bahawa virus ini lebih ‘mild’ pada anak kecil. Oleh itu, vaksin tersebut belum diuji pada kanak-kanak dan kesannya pada mereka belum lagi terbukti.

Di Malaysia sahaja, dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya 20% kes adalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Tidak ada kematian dalam kumpulan usia ini di negara kita, sehinggalah berlaku tsunami virus tersebut pada Oktober yang lalu yang mengakibatkan bayi berusia satu tahun juga diserang penyakit ini.

Selain keberkesanan vaksin pada kanak-kanak, O’Brien juga menyampaikan rasa bimbang beliau terhadap kekurangan bekalan vaksin COVID-19.

Buat masa ini, saya pasti keutamaan vaksin tersebut akan diberi berdasarkan tahap kritikal pesakit dan golongan yang berisiko tinggi.

As per O’Brien’s, the vaccines are still learning in fighting the virus. Even after being vaccinated, there’s a constant need to take extra precautions.

Seperti yang dinyatakan O’Brien, vaksin-vaksin tersebut masih dikaji keberkesanannya untuk memerangi virus COVID-19 ini. Kita harus ingat bahawa kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga walaupun selepas divaksin nanti.

Untuk berapa lama? Itu bergantung kepada bagaiman komuniti kita sama-sama berjaya dalam membasmi virus tersebut.

Jadi apa kata anda lakukan bahagian anda. Selalu ingatkan diri dan keluarga untuk:

  • Duduk di rumah dan hanya keluar untuk urusan penting.
  • Jaga jarak fizikal kita.
  • Jangan lupa memakai topeng muka semasa keluar!
  • Amalkan kebersihan yang baik dengan kerap mencuci tangan.

Hanya masa yang akan menentukan berapa lama kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baru ini. Buat masa ini, kekal selamat dan siha. #KitaJagaKita

Artikel ini telah diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.