Ibu, Bayi & Kanak Kanak

PERHATIAN! Vaksin COVID-19 Untuk Kanak-Kanak Hanya Percuma Sehingga 15 Mei Ini

Kredit gambar: Astro Awani

Untuk pengetahuan Mommy, vaksin untuk anak-anak tidak lagi percuma selepas 15 Mei 2022. Tetapi segelintir kes dapat dikecualikan. Mari kita baca dengan lebih lanjut dibawah.

Ibu bapa seluruh Malaysia diingatkan untuk menghantar anak mendapatkan vaksin COVID-19 secara percuma hingga 15 Mei ini.

Highlighted

Kredit gambar: utusan.com.my

Menurut FreeMalaysiaToday, hanya vaksin Sinovac yang akan ditawarkan selepas tarikh tersebut dan ibu bapa perlu membayarnya untuk mendapatkan vaksin kanak-kanak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata,

“Ambil peluang untuk melindungi anak-anak anda daripada COVID-19, sindrom keradangan pelbagai sistem pada kanak-kanak, dan komplikasi lain akibat jangkitan,”

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia

Menurut beliau, terdapat 1.5 juta kanak-kanak telah mengambil vaksin di Malaysia dan ia sudah terbukti selamat untuk diambil.

Ramai warga Malaysia tidak menghantar anak untuk divaksin dan ia menyebabkan peratus vaksin yang tidak digunakan akan tamat tempoh dan dibuang, yang membawa kepada pembaziran.

Peratusan menunjukkan sebanyak 25.2% kanak-kanak daripada kumpulan umur di Malaysia telah diberi vaksin sepenuhnya di bawah PICKids, setakat April, katanya.

Manakala untuk remaja sebanyak 93.1% yang berumur antara 12 dan 17 tahun telah menerima dua dos. Baki menunjukkan sebanyak 96.2% telah menerima dos pertama vaksin.

Untuk diingatkan sekali lagi, selepas tarikh 15 Mei, hanya vaksin Sinovac akan ditawarkan.

Tetapi jangan risau Mommy!

Beliau juga ada menyatakan,

“Kami akan mengetepikan bekalan vaksin untuk kanak-kanak yang mencecah usia lima tahun, tahun ini.”

“Terdapat juga vaksin yang disimpan selepas tarikh akhir untuk kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 yang perlu menunggu sebulan sebelum mereka boleh mendapatkan dos pertama mereka.”

Tambah beliau lagi,

“Kami tidak mampu untuk melanjutkan tarikh akhir vaksin kerana ini ada kaitan dengan tarikh tamat tempoh vaksin, jadual penghantaran daripada pengilang dan juga rancangan kami untuk mendapatkan lebih banyak ubat antivirus.”

Oleh sebab itu, cepat-cepatlah Mommy vaksin anak kecil Mommy! Lindungi mereka daripada COVID-19 dan cegahnya secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang akan datang.

Pembazirankan bukan amalan yang baik, jom kita vaksin sementara masih percuma ini!