Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ambil Vaksin Varicella Mommy! Ibu Kongsi Keperitan Anak Mengalami ‘Chicken Pox’ Yang Tidak Pernah Mereka Sangkakan

Sering kita dengar tentang vaksin MMR ataupun vaksin untuk Demam Campak, Beguk dan Rubella. Ia juga wajib untuk diambil sebaik sahaja si manja lahir. Selama ini pun kita ingat MMR ni sekali dengan Chicken Pox. Tetapi sebenarnya Chicken Pox pun ada vaksin dia sendiri tau Mommy!

Namanya adalah vaksin Varicella – dimana ia sebenarnya perlu diambil berasingan dan atas inisiatif ibu bapa (tidak termasuk dalam vaksin berjadual untuk anak-anak).

Jika tidak diambil dan menjangkiti anak-anak, akibatnya sangat ngeri dan mungkin Mommy sendiri akan trauma untuk melalui fasa anak-anak diserang penyakit Chicken Pox ini seperti Puan Putri Ereka.

Ikuti perkongsian usahawan dan ibuencer terkenal mengenai peristiwa perit yang dilalui keluarganya, tentang bagaimana anak-anaknya dijangkiti Chicken Pox atau penyakit Cacar Air ini.

Perit Ibu Melihat Anaknya Terseksa 

Highlighted

Kredit gambar: Instagram Puteri Ereka 

9 tahun go thru motherhood journey, ni first time anak sakit yang paling terseksa hati mummy. Thinking long & hard nak share ke tak but if this post can help spread awareness to others, I should coz tak sanggup, betul tak sanggup sape-sape go thru this. Mental boleh koyak tengok anak suffer lagi-lagi kalau anak autistic.

Kids dah amik vaksin MMR. I always thought vaksin ni untuk measles, chicken pox & seangkatan (MMR ni wajib untuk gov). Chicken pox ni lain rupanya vaksin dia- nama lain Varicella vaccine. Elective jab. Kalau kena mild, macam chicken pox biasa lah. Kalau kena macam my kids. MasyaAllah.

Chicken Pox – Bermula Dengan Merah-Merah, Kemudian Makin Teruk, Berair, Melepuh

Kredit gambar: Instagram Puteri Ereka 

It all happened so fast- Jumaat malam Raef start naik merah. Tak tau dari mana- esok dah makin banyak, pergi clinic dulu. Lusanya sekejap je melepuh-lepuh kulit yang besar (blister) teruk amat sangat dekat 10 tempat dekat badan- open wound yang melampau, sampai ke kulit kepala, I cannot imagine terseksanya dengan non-verbal tak dapat luah kan.

Infected chicken pox, blister cellulitis. Tiba-tiba Jasmine nampak sign too. Esok nya terus melepuh skin, semua dekat sensitive skin area. Whatsapp doctor, terus dia call mintak bawa datang. Since it is highly contagious, terus ke isolation room. Kalau dah masuk dalam darah memang drip antibiotic sahaja boleh recover. Kalau biar lama dia boleh attack organ badan lain, Raef sampai ke mata, jadi merah. Nasib tak sampai jantung masyaAllah, mintak jauh. What I show here, banyak lagi area lain. Kulit kepala pun banyak. It’s really bad, mintak jauh kena kat orang lain.

Periksa Status Vaksin Anak Mommy!

Kredit gambar: Instagram Puteri Ereka 

“Tolong la check status vaccine chicken pox anak korang. Checkla. Atas setahun boleh ambil kat private hospital.”

Tak sanggup sungguh tengok anak lalu semua ni, lagi-lagi Raef yang tak faham kenapa sakit, makin dia garu korek semua. Memang menguji hati kami sekeluarga. Nak share gambar real apa yang jadi pun tak sanggup. Teruk amat sangat mcm kulit melepuh kena api kat badan mereka, Raef especially. Their private part..imagine melepuh, rasa break down sebab tak mampu buat apa- tapi kami kena kuat. Dalam masa beberapa jam, laju je dia naik.

They both are sooooo tough. Jasmine kena cucuk cari line drip dia diam je, sikit bunyi pun takde. Tak bergerak, tengok je. Raef pun we thought we gonna struggle teruk tapi Alhamdulillah manageable. Makan ubat senang both, cuma nak sapu ubat – nak mandikan dengan air bunuh kuman 2/3x per day masyaAllah seksa. Seksa to them, to us too.

Now undergo treatment, both of them. Moga Allah s.w.t lindungi anak syurga kami Raef Amzar – tak nak dah sakit macam ni. Seksa kami, terseksa lagi dia nak cakap pun tak boleh.. Jasmine insyaAllah will recover together dengan abang A”ep dia. Pray for their speedy recovery ya.

Dalam keadaan macam ni, kita tidak boleh berdolak dalih lagi dengan pengambilan vaksin Varicella, kita sendiri nampak betapa teruknya keadaan kedua-dua anak Puan Puteri.

Ujar Puan Puteri lagi,

…”siapa yang pernah kena chicken pox (before vaccine) – virus tu stay dalam badan- high chance untuk kena Shingles masa adult/tua especially, sangat sakit. Orang kita panggil kayap”

Siapa amik vax Varicella (chicken pox) dose 1, akan tahan 1/2 tahun – or more, if kena pun mild. If complete 2dose, 99% change takkan kena chicken pox. Alsoooo yang amik vax before kena chicken pox, takkan kena Shingles in future.

If dah pernah kena chicken pox, tak guna dah amik vax. Now 4 kids semua dah ada virus in their body, only Rezza selamat dapat vax. Still kena careful sebab vax ambil masa nak take full effect. 

Mujurlah beliau berkongsi tentang info berharga ini. Tanpa perkongsian ini, mungkin ramai Mommy diluar sana yang belum tahu tentang bahayanya Cacar Air ni. Terima kasih Puan Puteri and speedy recovery to your children!

Lepas ni Mommy kena check balik vaksin apa yang sudah ambil dan yang belum ambil untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan kesihatan ya Mommy!

Kredit: Instagram Puteri Ereka