Hati-hati Mommy, dengan cuaca yang tidak menentu dan macam-macam virus ada, kita kena sentiasa alert! Anak Mommy dah demam beberapa minggu dan tak baik-baik? Cuba check betul-betul mungkin mereka terkena jangkitan RSV.
Apa itu RSV?
RSV bermaksud Respiratory Syncytial Virus, sejenis virus yang common, dan senang untuk dijangkiti. Ia menjangkiti saluran pernafasan kanak-kanak.
Bagi kebanyakan bayi dan kanak-kanak kecil, jangkitan menyebabkan tidak lebih daripada selesema. Tetapi untuk peratusan yang kecil, jangkitan dengan RSV boleh membawa kepada masalah yang serius, kadangkala mengancam nyawa seperti radang paru-paru atau bronkiolitis, keradangan saluran udara kecil paru-paru.
Seorang ibu berkongsi di media sosial akaunnya di TikTok mengenai anak perempuannya terkena jangkitan virus RSV atau nama lainnya Respiratory Syncytial Virus.
Highlighted
Simptom pada Yaya:
- Demam panas on/off yang kerap tapi tidak berpanjangan (hampir 2 bulan) mencapai 40°C
- Susah bernafas
- Batuk berkahak
- Muntah
- Tak aktif
- Hilang selera makan dan minum
Dinasihatnya lagi supaya mana-mana anak yang menunjukkan simptom seperti ini harus segera dibawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan pakar.
#VirusRSV take care. Get well soon dear
Kredit: TikTok AyishWafiy
Tak sangka virus seperti ini dapat menyerang anak-anak kita kan Mommy? Kecik-kecik dah kena berlawan dengan virus. Jom baca dengan lebih mendalam tentang virus ini.
Respiratory Syncytial Virus
Punca Virus RSV
RSV merebak melalui udara, seperti selepas batuk atau bersin, dan melalui sentuhan langsung.
Simptom
Orang yang dijangkiti RSV biasanya menunjukkan simptom dalam masa 4 hingga 6 hari selepas dijangkiti. Gejala jangkitan RSV biasanya termasuk:
- Hidung berair
- Kurangan selera makan
- Batuk
- Bersin
- Demam
- Sesak nafas
Gejala ini biasanya muncul secara berperingkat dan bukan sekaligus. Pada bayi yang sangat muda dan dijangkiti virus RSV ini, satu-satunya gejala yang mungkin berlaku adalah kerengsaan, penurunan aktiviti, dan kesukaran bernafas.
Rawatan Virus RSV
Tiada ubat khusus untuk merawat virus ini. Jadi, untuk menjaga bayi dengan jangkitan RSV hanya melibatkan rawatan simptom dan cara ia mempengaruhi sistem pernafasan bayi Mommy.
Kebanyakan bayi dan kanak-kanak kecil boleh dijaga di rumah dengan cara berikut:
- Keluarkan cecair hidung dengan picagari mentol dan titisan garam.
- Gunakan humidifier (pelembap) untuk memastikan udara lembap dan memudahkan pernafasan.
- Beri anak Mommy air dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari.
- Gunakan ubat penurun demam seperti Panadol. Ikut arahan doktor dengan teliti.
Sekiranya kes anak Mommy adalah jauh lebih serius, Mommy mungkin harus membawanya segera ke hospital dan anak Mommy akan dirawat seperti berikut:
- Pemberian Oksigen
- Pemberian cecair IV
- Ubat-ubatan atau prosedur (intubasi) untuk membuka saluran pernafasan mereka
Banyak kena take note ni Mommy! Oleh itu, Mommy kita sentiasa pantau kesihatan anak-anak kita. Semoga cerita ibu ini dapat diambil ikhtibar untuk Mommy yang sedang melalui perkara yang sama.
Jaga diri sentiasa ya Mommy!