Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bila Badan Mula Beri ‘Signal’, Jangan Abaikan Kesihatan Diri

VitaHealth

Dalam kehidupan yang serba sibuk hari ini, ramai wanita sudah terbiasa dengan rasa penat, badan mudah lenguh dan emosi yang turun naik. 

Lama-kelamaan, semua ini sering dianggap perkara biasa sahaja sekadar “penat kerja”, “tak cukup rehat” atau “terlalu banyak urusan harian”.

Namun hakikatnya, badan kita sebenarnya sentiasa memberi isyarat kecil apabila ada sesuatu yang tidak seimbang. Cuma kita kadang-kadang terlalu sibuk untuk betul-betul mendengarnya.

Antara yang sering berlaku ialah keradangan dalam badan, ketidakselesaan sendi, perubahan hormon serta simptom PCOS yang semakin kerap dialami wanita moden. 

Apabila digabungkan dengan stres dan gaya hidup yang padat, ia boleh memberi kesan kepada tenaga, emosi dan kesihatan dalaman secara keseluruhan.

Sokongan Harian untuk Badan Lebih Selesa & Seimbang Dari Dalam

Highlighted


Dalam rutin harian yang sibuk, badan mudah terdedah kepada tekanan, pemakanan yang tidak seimbang serta gaya hidup yang kurang teratur. Lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan badan rasa cepat letih, mudah lenguh dan kurang selesa untuk bergerak seperti biasa.

VitaHealth Turmercare diformulasikan dengan 500mg Curcumin C3 Complex® (95% curcuminoids) bersama BioPerine® yang membantu meningkatkan penyerapan sehingga 2000%. 

Ia membantu menyokong keselesaan sendi, mengurangkan rasa tidak selesa pada badan serta menyokong sistem imun dan perlindungan antioksidan. Lebih meyakinkan, ia juga mendapat pengiktirafan Halal JAKIM serta menerima maklum balas positif daripada pengguna selepas diamalkan secara konsisten.

Dalam masa yang sama, isu hormon seperti PCOS juga semakin kerap dialami wanita tanpa disedari pada peringkat awal. Ia boleh memberi kesan kepada kitaran haid, emosi, kesuburan dan tahap tenaga harian, terutamanya apabila badan tidak mendapat sokongan yang secukupnya.

VitaHealth Charge-Up Inositol with Vit D3 Plus diformulasikan dengan nisbah 40:1 myo-inositol dan D-chiro-inositol yang telah dikaji secara klinikal untuk membantu menyokong keseimbangan hormon dan sensitiviti insulin. 

Ia turut diperkaya dengan Rhodiola rosea root extract, Vitamin D3 dan Kalsium bagi membantu menyokong emosi, tenaga serta kesihatan reproduktif wanita secara menyeluruh.

Gabungan kedua-dua produk ini memberikan sokongan dari dalam dengan fokus pada keselesaan badan, satu lagi pada keseimbangan hormon wanita untuk membantu rutin harian yang lebih stabil, ringan dan selesa. 

Diiktiraf Di Motherhood Choice Awards 2026

Keberkesanan dan kualiti kedua-dua produk ini turut mendapat pengiktirafan di Motherhood Choice Awards 2026 apabila VitaHealth Turmercare dinobatkan sebagai pemenang kategori Suplemen Anti-Radang Terbaik, manakala VitaHealth Charge-Up Inositol with Vit D3 Plus pula menerima anugerah Suplemen Kesejahteraan Wanita Terbaik.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen VitaHealth dalam menawarkan produk yang bukan sahaja berkualiti, tetapi juga relevan dengan keperluan wanita masa kini yang semakin mementingkan kesihatan dalaman dan keseimbangan tubuh.

Apa Kata Wanita Tentang VitaHealth

Ramai pengguna berkongsi pengalaman positif selepas mengamalkan VitaHealth, terutama apabila kedua-dua produk ini digunakan secara konsisten dalam rutin harian.

Untuk VitaHealth Turmercare, ramai menyatakan mereka berasa lebih selesa pada badan, khususnya dari segi keselesaan sendi dan rasa lenguh yang berkurangan.

Manakala untuk VitaHealth Charge-Up Inositol with Vit D3 Plus, wanita berkongsi pengalaman seperti emosi yang lebih stabil serta rasa lebih seimbang dalam menguruskan cabaran hormon seperti PCOS. 

Di Mana Nak Dapatkan?

VitaHealth Turmercare dan VitaHealth Charge-Up Inositol with Vit D3 Plus boleh didapati di farmasi utama seluruh negara serta secara online melalui platform rasmi VitaHealth.

Wanita boleh mendapatkannya melalui VitaHealth Malaysia Official Website, VitaHealth Official Store on Shopee dan VitaHealth Official Store on Lazada.

Menjaga kesihatan bukan sekadar tentang merawat apabila sakit, tetapi tentang memberi sokongan yang badan perlukan setiap hari agar diri kekal sihat, bertenaga dan lebih seimbang dalam menjalani kehidupan.


Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Mommy Daddy boleh dapatkan lebih banyak info-info menarik tentang kesihatan di SINI!