Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Vitamin Untuk Ibu Mengandung Berserta Tips Pengambilan Vitamin Bersesuaian

vitamin ibu mengandung

Sumber: Adobe Stock

Semasa mengandung, kadang kala ibu hamil boleh mengalami alahan mengandung atau morning sickness, berasa mual, dan juga mengidam bermacam-macam jenis makanan. Ini boleh membuatkan ibu hamil susah untuk mendapat nutrisi yang mencukupi ketika mengandung, jadi sebab itulah vitamin untuk ibu mengandung adalah sangat penting.

Vitamin untuk ibu mengandung adalah cara mudah untuk menggantikan kekurangan nutrisi daripada makanan harian dan dapat  menyokong pertumbuhan dan perkembangan badan dan bayi Mommy. Vitamin yang sering dikenali sebagai vitamin pranatal juga dapat membantu mencegah kerencatan tiub saraf bayi dalam kandungan dan anemia.

Bila Perlu Ambil Vitamin Untuk Ibu Mengandung?

Sebaik-baiknya, beberapa jenis vitamin boleh dan perlu diambil sebelum mengandung lagi. Ini boleh dicapai jika Mommy buat perancangan untuk kehamilan. Kalau tidak, vitamin pranatal boleh diambil sebaik sahaja Mommy mendapat tahu yang diri sedang hamil.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Pengambilan folat dan asid folik dalam vitamin pranatal yang diambil sebelum hamil dapat mengurangkan kebarangkalian kerencatan tiub saraf seperti spina bifida. Tiub saraf bayi yang berkembang ke otak dan saraf tunjang dan tulang belakang mula berkembang pada bulan pertama kehamilan. Ini boleh berlaku sebelum Mommy menyedari bahawa diri sedang hamil, sebab itu pengambilan vitamin disarankan untuk mula diambil sebelum hamil.

Setelah mendapat tahu tentang kehamilan dan Mommy sudah mula mengambil vitamin pranatal, ibu hamil selalunya akan disarankan untuk terus mengambil vitamin tersebut sepanjang kehamilan. Doktor pun akan syorkan pengambilan vitamin selepas bersalin, terutamanya jika Mommy akan menyusu badan.

Jenis Vitamin Yang Baik Untuk Ibu Mengandung

Terdapat banyak jenis vitamin pranatal yang boleh didapati di farmasi. Mommy boleh pilih mana-mana yang disarankan oleh doktor pakar sakit puan anda, melainkan doktor Mommy memberi preskripsi untuk vitamin khusus tertentu jika Mommy sedang mengalami komplikasi kehamilan atau isu kesihatan lain.

Sumber: Adobe Stock

Secara umumnya, kalau memilih vitamin pranatal dari farmasi, Mommy perlu memilih vitamin pranatal yang merangkumi jenis-jenis vitamin tersebut:

  • folat (asid folik)
  • zat besi
  • kalsium
  • vitamin D
  • vitamin C
  • vitamin A
  • vitamin E
  • zink
  • zat tembaga
  • vitamin B12
  • magnesium

Kebanyakan wanita hamil tidak mendapat nutrisi kolin yang mencukupi, jadi Mommy perlu memastikan tubuh badan mendapat nutrisi ini dari diet yang kaya dengan kolin seperit kuning telur kalau tidak mendapatinya melalui suplemen.

Kolin penting untuk kesihatan ibu hamil dan juga untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan dan fungsi plasenta.

Mommy juga boleh mengambil beberapa vitamin pranatal yang mengandungi DHA kerana ia penting untuk pertumbuhan dan fungsi tisu otak bayi, terutamanya pada trimester ketiga.

Sekiranya multivitamin yang Mommy sedang ambil tidak mempunyai DHA, dapatkan cadangan suplemen DHA dari doktor pakar sakit puan Mommy.

Sumber: Adobe Stock

Tips Pengambilan Vitamin/Suplemen Pranatal

Sebelum mengambil vitamin pranatal yang boleh didapati di farmasi, pastikan Mommy mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikuti tips-tips di bawah ini.

1. Dapatkan konsultasi dari doktor pakar sakit puan kerana mereka lebih mengetahui keadaan kehamilan Mommy.

2. Jangan makan vitamin pranatal secara berlebihan atau overdose. Terlalu banyak pengambilan vitamin tak memberi jaminan kesihatan yang optimum, malah boleh memudaratkan.

3. Ambil vitamin pranatal selepas makan atau sebelum tidur jika Mommy berasa mual atau nak muntah selepas mengambil vitamin.

4. Dapatkan nasihat doktor tentang pengambilan vitamin yang mengandungi kandungan zat besi yang tinggi kerana ia boleh membuatkan ibu hamil sembelit.

5. Pastikan Mommy minum air dengan banyak atau mencukupi semasa mengambil vitamin dan tingkatkan pengambilan makan berserat dalam diet Mommy.

Vitamin Yang Tidak Boleh Di Ambil Atau Bahaya Untuk Ibu Mengandung

Jika Mommy sedang mengalami kehamilan berisiko tinggi atau apa-apa komplikasi kehamilan lain, sesetengah vitamin yang boleh didapati di farmasi mungkin tidak sesuai untuk diambil. Sebaliknya, doktor pakar sakit puan akan mengesyorkan vitamin atau suplemen terbaik sesuai dengan keadaan kehamilan.

Sumber: Getty Images

Beberapa jenis keadaan apabila vitamin tidak disyorkan adalah seperti:

  1. Jika mengalami sembelit, alahan mengandung, atau cirit-birit, pengambilan zat besi perlu dikurangkang untuk mengelakkan daripada memudaratkan keadaan tersebut. Walaupun zat besi membantu dengan pengaliran darah anda, ia dapat menyumbatkan saluran pencernaan sedikit.
  2. Jumlah nutrien yang berlebihan seperti vitamin A yang diambil dari vitamin sintetik boleh menjadi toksik bagi hati seseorang, terutamanya ibu yang sedang mengandung. Vitamin A juga kadang kala boleh menyebabkan pengguguran rambut yang mendadak.
  3. Sesetengah jenis atau jenama vitamin pranatal mungkin boleh memberi alahan pada kulit Mommy, jadi periksa dahulu kandungan vitamin dan pantau kesannya terhadap tubuh badan Mommy secara keseluruhan. Berhenti mengambil vitamin tersebut dan dapatkan konsultasi dari doktor.
  4. Zat besi, kalsium, iodin, dan mineral lain dalam vitamin pranatal kadang kala boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kegatalan, pendarahan perut, atau kelemahan otot, jadi pastikan Mommy tidak mengalami apa-apa kesan sampingan seperti ini. Jika tidak, pengambilan vitamin tersebut perlu dihentikan dengan segera dan dapatkan nasihat doktor.
Sumber: Getty Images

Sekiranya Mommy sedang mempertimbangkan pengambilan vitamin pranatal dan tidak hamil, menyusu, atau cuba hamil, Mommy boleh buat penilaian terlebih dahulu mengenai diet terkini.

Kebanyakan orang yang makan makanan seimbang tidak perlu mengambil multivitamin. Makanan seimbang termasuk protein tanpa lemak, sumber tenusu rendah lemak, biji-bijian, dan banyak buah-buahan dan sayuran.

Tetapi jika Mommy sedang mengandung atau merancang untuk mengandung, perlu diingati diet yang sedang diambil mungkin tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk Mommy dan bayi dalam kandungan, jadi Mommy perlu mengambil suplemen vitamin atau mineral.

Mungkin juga doktor boleh menemui kekurangan nutrisi tertentu dalam diet anda dan akan mengesyorkan vitamin pranatal yang bersesuaian.