Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Malaysia Bakal Diancam Wabak Penyakit X, KKM Bersedia Hadapi Ancaman 

Dunia kini digemparkan dengan satu berita iaitu satu wabak penyakit baharu dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Penyakit itu dikenali sebagai Penyakit X.

Istilah Penyakit X digunakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merujuk kepada penyakit baharu dari sudut perubatan yang mengancam populasi manusia.

Penyakit X berisiko menjadi pandemik yang lebih berbahaya daripada COVID-19 malah bakal meragut berjuta-juta nyawa manusia.

Malaysia Bersedia Hadapi Ancaman Penyakit X – KKM 

Highlighted

Kredit Gambar: www.sinarharian.com

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan telah bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan berhubung dengan pandemik baharu termasuk penyakit X dalam negara.

Dr Zaliha Mustafa ( Menteri Kesihatan) berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memberikan amaran kepada negara-negara sekiranya terdapat ancaman berkenaan.

“Ia dinamakan X kerana masih belum diketahui penyakit yang sebenar, namun kita sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia hadapi kemungkinan pandemik ini.

“Semasa saya menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, isu penyakit X ini tidak dibincangkan antara Menteri Kesihatan lain.

“Namun, di peringkat Malaysia, KKM sentiasa membuat pemantauan jika ada muncul penyakit-penyakit baharu seperti yang diperkatakan,”katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kompleks Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Wad Tambahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Kerja Raya iaitu Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Sumber: Sinar Harian  
Oleh itu, Mommy dan Daddy perlu sentiasa berwaspada dan alert dengan kesihatan anak serta keluarga untuk melindungi mereka dari sebarang wabak penyakit yang berbahaya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberikan pendedahan awal untuk anda lebih berjaga-jaga.

Mencegah lebih baik daripada merawat!


Dapatkan lebih banyak tentang berita dan isu semasa di SINI.