Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Waktu Bermain Anak-anak Lebih Selamat, Hati Mak-mak Lebih Tenang Dengan Energizer® 3-in-1 Child Shield™

Bateri Energizer® 3-in-1 Child Shield

Sebagai Mommy, kita sentiasa berusaha mencipta persekitaran yang paling selamat untuk anak-anak. Kita kunci laci, tutup bucu meja tajam, malah sanggup ubahsuai dapur demi keselamatan si manja. Tapi ada satu bahaya yang selalu Mommy terlepas pandang, iaitu objek kecil seperti bateri coin lithium yang nampak tak berbahaya tetapi boleh menyebabkan kecederaan serius jika tertelan.

Bateri coin lithium banyak digunakan dalam alat rumah, tetapi saiznya yang kecil dan bentuk bulat menjadikannya menarik untuk anak kecil yang suka memasukkan objek ke dalam mulut.

Jika tertelan, boleh menyebabkan luka dalaman, kerosakan tisu, malah boleh membawa maut jika tidak diberikan rawatan tepat pada masanya.

Kini ada satu solusi bijak untuk bantu kurangkan risiko tersebut, iaitu dengan bateri Energizer® 3-in-1 Child Shield™, bateri pertama di dunia yang mempunyai color alert technology!

Dengan sistem 3-dalam-1 ini, risiko tertelan dan menyebabkan luka dalaman dapat dikurangkan dengan lebih berkesan. Walaupun anak-anak sentiasa dalam pantauan Mommy, perlindungan tambahan daripada produk yang selamat sangat membantu.

Apa yang Hebat Sangat Tentang Energizer® 3-in-1 Child Shield™ ni?

Highlighted


Kredit Gambar: Pickr

1. Bungkusan Kalis Kanak-Kanak

Langkah perlindungan bermula seawal daripada bungkusan itu sendiri. Energizer® menggunakan bungkusan kalis kanak-kanak yang agak susah untuk dibuka, walaupun oleh orang dewasa. Reka bentuknya memerlukan gunting untuk dibuka, sekali gus membantu menghalang anak kecil daripada mendapatkan bateri dengan mudah.

Dalam banyak kes kecemasan yang melibatkan tertelan bateri, akses mudah kepada bateri menjadi antara punca utama. Oleh itu, halangan fizikal seperti ini sangat penting.

2. Salutan Pahit yang Tidak Bertoksik

Kalau anak Mommy cuba memasukkannya ke dalam mulut, salutan pahit yang tidak bertoksik pada bateri ini akan mencetuskan reaksi spontan mereka akan meludahkannya.

Salutan ini selamat tetapi cukup tidak menyenangkan untuk mendorong tindak balas semula jadi tubuh, iaitu menolak objek yang terasa “asing” atau tidak selesa.

3. Teknologi Amaran Warna (Colour Alert Technology)

Inilah ciri paling inovatif yang terdapat pada bateri Energizer® 3-in-1 Child Shield™, iaitu teknologi Colour Alert Technology! Apabila bateri terkena air liur, warnanya akan bertukar menjadi biru, memberi isyarat jelas dan cepat kepada Mommy bahawa sesuatu yang serius sedang berlaku.

Isyarat visual ini memberi peluang untuk Mommy bertindak pantas dan mendapatkan rawatan perubatan segera. Namun, perlu ditekankan bahawa teknologi ini bukan untuk diuji secara manual dan bateri tetap perlu disimpan dengan selamat setiap masa.

PERINGATAN: Jangan uji teknologi ini dengan memasukkan bateri ke dalam mulut!

Mommy Kongsi Pengalaman Gunakan Energizer® 3-in-1 Child Shield™

1. misyasyahirah

2. bellamobjohn

3. josephinetly

Satu Pilihan Bijak untuk Persekitaran Rumah Yang Lebih Selamat

Energizer® 3-in-1 Child Shield™ adalah satu inovasi kecil yang boleh memberi impak besar dalam kehidupan Mommy. Dengan inovasi baharu ini, ia dapat memberikan lapisan perlindungan tambahan dan ketenangan jiwa untuk Mommy. Walaupun tidak ada bateri yang benar-benar selamat, tapi kini ada pilihan yang jauh lebih bijak dan mesra kanak-kanak.

Sebagai Mommy, sudah pasti kita akan menghargai produk yang mengambil berat soal tentang keselamatan anak-anak. Bateri ini mungkin kecil dan tidak kelihatan penting pada awalnya, tetapi ia boleh menjadi perisai yang menyelamatkan nyawa.

Jika kita boleh tukar bateri biasa kepada yang lebih selamat, kenapa kita tak mulakan sekarang?