Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Jenis Wallpaper Dinding Rumah Yang Boleh Menaikkan Seri Rumah Mommy

wallpaper dinding rumah

Kredit gambar: www.wallpaperboulevard.com

Pelbagai jenis wallpaper dinding rumah digunakan bagi menutup ruang dinding serta dijadikan sebagai elemen hiasan untuk ruang dalaman rumah sejak abad ke-18.

Kertas dinding ini telah muncul pada zaman Renaissance sebagai salah satu langkah alternatif bagi menutup dinding batu, menjauhkan haba serta memberi warna kepada bilik mereka.

Sehinggalah sekarang, permintaan untuk wallpaper ini menjadi semakin popular dan kegilaan orang ramai dalam mendekorasi ruang dinding rumah mereka.

Kertas dinding jenis bercorak sangat popular pada awal abad yang ke-20. Namun begitu, memasuki pertengahan abad, permintaan untuk kertas dinding ini semakin kurang mendapat sambutan.

Tetapi tidak salah jika Mommy masih ingin menggunakannya sebagai salah satu hiasan dinding. Ini adalah kerana ia mampu untuk menambah nilai estetika bilik yang mempunyai ruang rendah.

Melalui perkongsian ini, kami akan senaraikan beberapa jenis wallpaper yang boleh Mommy jadikan sebagai hiasan di dinding rumah. Ikuti kupasan mengenainya di bawah ini.

Jenis-jenis Wallpaper Dinding Rumah Yang Menarik

1. Kertas Dinding Pelapik

Highlighted

Kredit gambar: coveryourwall.co.uk

Kertas dinding pelapik atau digelar sebagai kertas pelapik diperbuat daripada kertas atau gentian kaca. Ia sangat berkesan bagi menyembunyikan segala kecacatan yang terdapat pada dinding serta meminimumkan pembaikan dinding tersebut.

Malah, penggunaannya juga adalah mudah dan senang untuk menanggalkannya. Selain itu, wallpaper jenis ini juga boleh menjadi asas untuk jenis wallpaper yang lebih halus sifatnya.

2. Kertas Dinding Bercetak

Kredit gambar: www.decorilla.com

Kertas dinding jenis bercetak pula boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak.

Kebiasaannya, jika anda membeli kertas dinding yang dicetak secara digital ia adalah lebih murah berbanding dengan kertas dinding yang dicetak menggunakan tangan.

Malah, wallpaper jenis ini juga boleh dihasilkan secara besar-besaran. Namun begitu, ia boleh terkoyak dengan cukup mudah dan dakwat yang digunakan pula adalah berasaskan air membuatkannya tidak sesuai diletakkan di dapur atau bilik air.

3. Wallpaper Dinding Vinyl

Kredit gambar: id.aliexpress.com

Kertas dinding vinyl merupakan kertas bercetak yang telah disalut dengan vinil berlapis. Disebabkan ketahanan yang tinggi, ia selalu menjadi pilihan orang ramai.

Malah, semakin tebal lapisan salutan vinil, maka semakin lama ia mampu untuk bertahan.

Ia juga boleh digunakan di dapur serta bilik air kerana keupayaannya untuk menahan wap, boleh dicuci serta memudahkan proses penyelenggaraan.

4. Wallpaper Dinding Foil

Kredit gambar: www.therange.co.uk

Kertas dinding jenis ini pula menggunakan kerajang logam yang telah digilap untuk memberikan ruang dalaman dengan kesan logam yang berkilat.

Tetapi disebabkan pemantulannya yang sangat tinggi, kerosakan atau kecacatan pada dinding tersebut dapat dilihat dengan ketara.

Jika anda masih ingin menggunakannya, pastikan kerosakan pada dinding dibaiki, dirawat atau ditutup terlebih dahulu dengan kertas dinding pelapik.

Malah, proses pelapisan yang dibuat juga haruslah cukup kemas agar ia tidak diserlahkan melalui wallpaper ini.

5. Kertas Dinding Flock

Kredit gambar: www.itl.cat

Jenis kertas dinding yang seterusnya adalah kertas dinding flock. Ia memiliki kesan yang menawan serta elegan dan berupaya untuk memantulkan warna yan menarik pada dinding.

Motif yang digunakan pada kertas dinding flock adalah victoria, retro serta kontemporari.

Ia dihasilkan daripada gentian seperti baldu yang telah dicetak pada dasar kertas. Walaupun ia kelihatan sangat mewah, wallpaper jenis ini mahal harganya dan ia tidak boleh dibasuh serta agak sukar untuk menanggalkannya.

Disebabkan kelemahannya itu, ia paling sesuai digunakan di bilik tidur atau bilik tetamu

6. Kertas Dinding Mylar

Kredit gambar: www.pinterest.com

Kertas dinding Mylar pula dihasilkan dengan filem poliester diletakkan di atasnya.

Ia mempunyai ciri-ciri seperti kertas dinding foil iaitu berkilat dan mampu menyerlahkan kerosakan atau kecacatan yang terdapat pada dinding.

Oleh itu, ketika hendak memasangnya, anda perlu melapik dahulu dinding dengan kertas pelapik. Kertas dinding jenis ini mudah untuk ditanggalkan tetapi mudah berkedut ketika ingin memasangnya.

Kebiasaannya wallpaper ini selalu digunakan di dapur dan bilik mandi.

7. Kertas Dinding Buluh

Kredit gambar: www.decorsupplies.co.uk

Kertas dinding yang seterusnya pula adalah kertas dinding buluh. Ia diperbuat daripada buluh asli yang dilekatkan pada kertas dengan tangan.

Kertas dinding ini sangat mesra alam dan mempunyai rona yang berbeza-beza daripada satu gulung ke gulungan yang lain kerana asas semula jadi yang terdapat padanya.

Kertas ini memerlukan ketelitian yang tinggi ketika memasangnya dan ia tidak boleh dibasuh.

Tips Pemasangan dan Penjagaan Wallpaper Dinding Rumah

Berikut merupakan tips pemasangan dan penjagaan wallpaper iaitu:

1) Memasang Wallpaper Dengan Teliti

Jika Mommy ingin kekemasan adalah lebih baik menyerahkan tugasan memasang kertas dinding ini kepada pakar. Tetapi kos upah perlu dikeluarkan.

Jika Mommy tidak mahu membazirkan wang atau di luar bajet, jangan risau kerana Mommy masih mampu lakukannya. Tetapi dengan hati-hati, terutamanya ketika menampal gam pada wallpaper.

2) Hindari Dinding Yang Lembap

Untuk memasang kertas dinding ini juga, permukaan dinding yang lembap perlu dielakkan kerana kandungan air atau kelembapan yang terdapat pada dinding tersebut akan membuatkan wallpaper cepat rosak.

3) Proses Penampalan Gam Yang Cermat

Ketika proses penampalan wallpaper dilakukan, Mommy perlu pastikan permukaan dinding adalah licin dan rata kerana semakin rata permukaan dinding, wallpaper akan lekat dengan lebih baik.

4) Bersihkan Wallpaper Secara Rutin

Mommy perlu tahu, kertas dinding tidak boleh terkena air atau basah dengan kerap. Ketika membersihkannya, Mommy tidak boleh menggunakan detergen yang tidak sesuai dengan jenis wallpaper tersebut.

Apa yang perlu dibuat adalah cukup sekadar dengan mengelap menggunakan air yang sedikit sahaja.

Selain itu, boleh juga menggunakan penyedut habuk untuk membuang segala habuk yang terdapat pada wallpaper.

Mommy boleh juga belajar cara untuk dekorasi bilik tidur di SINI!