Ibu, Bayi & Kanak Kanak

20 Idea Warna Bilik Tidur Yang Romantik Untuk Mommy dan Daddy!

warna bilik tidur romantik

Kredit gambar: istockphoto

Untuk pasangan suami dan isteri, kebanyakkan masa berdua diluangkan di dalam bilik tidur. Jadi hiasan dan pilihan warna bilik tidur tentulah memainkan peranan penting kan?

Hanya dengan gabungan warna yang tertentu, mood dalam bilik tidur boleh berubah terus!

20 Idea Warna Bilik Tidur Yang Romantik

Kalau sebelum ni Mommy dan Daddy tidak menitik beratkan pemilihan warna bilik tidur, sekarang adalah masa yang sesuai untuk lakukan perubahan.

Eratkan lagi hubungan suami isteri dengan pilihan warna bilik tidur yang romantik ini:

#1. Warna putih + sand beige

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Kombinasi warna putih dan sand beige ni akan membuatkan ruang dalam bilik tidur nampak lebih luas dan lapang. Tak adalah serabut sangat nanti.

Rona redup dan lembutnya juga boleh mempengaruhi ambience bilik tidur. Gabungan warna ini pun tampak elegan kan?

#2. Warna putih + kelabu cair

Kredit gambar: istockphoto

Warna putih dan kelabu cair pun idea yang elok kan? Jika dipadankan dengan warna langsir dan cadar katil yang sesuai, gabungan warna ini kelihatan romantik tau!

#3. Warna putih

Kredit gambar: istockphoto

Tetap tidak ketinggalan zaman, bilik tidur yang berwarna putih kesemuanya masih menjadi pilihan kesukaan ramai. Rona serba putih ni, memang indah.

#4. Warna putih + pastel pink

Kredit gambar: istockphoto

Cantik kan gabungan warna ni? Warna merah jambu bukan sahaja kelihatan feminin tetapi ronanya boleh memperelokkan mood Mommy dan Daddy.

#5. Warna beige + brown

Kredit gambar: istockphoto

Dihiasi pula dengan lampu kuning, warna bilik tidur gabungan beige dan brown ni memang elegan kan? Macam bilik hotel gitu!

#6. Warna putih + krim

Kredit gambar: istockphoto

Gabungan warna pastel lainnya yang sesuai untuk bilik tidur ialah warna putih dan krim. Bertambah pula serinya kalau ada warna coklat sedikit seperti pada kain langsir.

#7. Warna dusty mint + sand beige

Kredit gambar: istockphoto

Gabungan dua warna ini nampak redup tetapi tidak kusam. Ia sejuk dipandang dan membuatkan kita lebih selesa.

#8. Warna putih + pastel yellow

Kredit gambar: istockphoto

Kombinasi dua warna ni memang cantik kan? Biasanya ia dilengkapkan dengan perabot kayu berona coklat tua dan kehitaman.

#9. Warna brown + gold

Kredit gambar: istockphoto

Cuba Mommy tengok warna bilik tidur ni. Walaupun ruang biliknya tidaklah besar sangat, ia boleh tampak mewah dan eksklusif kan dengan gabungan warna brown dan gold?

#10. Warna light pink

Kredit gambar: istockphoto

Kalau hampir keseluruhan bilik warna light pink macam mana? Tengok je lah.. cantik dan romantik juga!

#11. Warna bronze gold

Kredit gambar: istockphoto

Rona keemasan pun sering menjadi pilihan warna bilik tidur. Yelah.. warna emas ni memang nampak mewah dan istimewa. Kalau warna bronze gold, lagilah naik seri bilik tidur Mommy dan Daddy.

#12. Warna dusty olive + dark brown

Untuk warna bilik tidur yang agak gelap tetapi romantik pula, gabungan warna dusty olive dan dark brown memang sesuai!

#13. Warna dusty green + krim

Kredit gambar: istockphoto

Warna hijau memang indah pada pandangan kan? Dihias bersama pula dengan rona krim, pastinya tak ingin keluar daripada bilik tidur.

#14. Warna pastel green + yellow

Kredit gambar: istockphoto

Macam mana pula kalau hijau bersama kuning? Pun cantik dan ceria bilik tidur Mommy. Kalau dipadankan dengan cadar dan karpet berwarna putih, bertambah naik serinya.

#15. Warna biru cair + putih

Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada warna hijau, warna biru pun meredupkan pandangan juga. Ramai je yang memilih untuk cat bilik tidur dengan cat berwarna biru cair dan putih macam ni.

#16. Warna dark plum + krim

Kredit gambar: istockphoto

Wah.. nampak mewah kan bilik tidur apabila digabungkan warna dark plum dan krim ni? Kalau warna berona gelap macam ni, Mommy dan Daddy kena pastikan pencahayaan dalam bilik cukup ya?

#17. Warna sea green + white

Kredit gambar: istockphoto

Bayangkan, balik kerja je, rebahkan badan dalam bilik macam ni. Suasananya yang kedua-duanya ceria dan redup boleh meredakan kekusutan fikiran seharian.

Gabungan warna sea green memang sesuai dengan warna base seperti warna putih dan krim.

#18. Warna pastel purple + white

Kredit gambar: istockphoto

Warna ungu dahulu kala sering dikenali sebagai warna royalty. Maklumlah.. ronanya elegan dan istimewa kan.

Jika digabungkan dengan warna putih, pasti cantik dan romantik!

#19. Warna merah + krim

Kredit gambar: istockphoto

Warna merah sering dikaitkan dengan warna darah, hati, perasaan, cinta dan berahi. Walaupun tonanya gelap, warna ini tetap menimbulkan suasana yang romantik.

#20. Warna purplish grey + white

Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada light grey, warna purplish grey pun cantik untuk dipadankan dengan warna base sebagai warna bilik tidur. Pilihan warna lain untuk menghias kelengkapan bilik pun lebih luas kerana rona kelabunya yang seakan-akan pastel purple.

Idea Warna Bilik Tidur Yang Romantik

Jadi macam mana? Rasa-rasanya, Mommy dan Daddy berkenan idea warna bilik tidur yang mana?


Dapatkan inspirasi deko yang lain di SINI.