Ada rumah yang lebih suka menggunakan mozek untuk keseluruhan ruang bilik air mereka. Tetapi ada juga yang gunakan gabungan mozek dan brick wall dan ada juga yang tiada penggunaan mozek langsung.
10 Idea Warna Cat Untuk Bilik Air
Apabila perlu untuk cat, kenalah pilih warna yang sesuai. Banyak je kan warna cat yang sesuai untuk cat bilik air. Tetapi nak pilih yang terbaik tu, kena tengok menyeluruh lah. Sebagai contoh, macam mana kesesuaiannya dengan objek dalam bilik air?
#1. Warna putih
Yang sering menjadi pilihan ramai adalah warna putih lah kan? Ia bukan sahaja menampakkan ruang bilik air lebih luas tetapi juga nampak lebih bersih.
#2. Warna biru cair
Kalau mozek bilik air Mommy berwarna biru atau putih, bolehlah gabungkan dengan cat warna biru cair. Warna biru ni memang sesuai untuk bilik air kerana warnanya yang seakan-akan warna air.
#3. CWarna kelabu muda
Warna kelabu muda pun elok kan? Warnanya yang cool tu cukup menenangkan.
#4.Warna hitam
Biasanya sinki dan bath tub warna putih kan? Cantik juga jika dipadankan dengan warna hitam. Nampak kemas dan mahal gitu.
#5. Warna hijau muda
Selain daripada biru muda, warna hijau muda pun sesuai. Sebagai warna nature, ia memberi soothing effect kepada kita.
#6. Cream
Sama seperti warna putih, warna cream pun nampak bersih je. Nak match dengan tiles dan hiasan dalam bilik air pun mudah!
#7. Warna merah jambu
Kalau untuk bilik anak perempuan, sesuai sangatlah cat warna ni. Ia menampakkan imej yang feminin dan lembut.
#8. Warna brown
Kalau kita ke resort yang berkonsepkan Melayu tradisional, bilik air mereka banyak yang berwarna brown kan?
Walaupun warnanya gelap, ruang bilik air boleh nampak luas jika pencahayaan cukup dan Mommy pandai gunakan konsep pantulan cahaya daripada cermin.
#9. Warna kuning cair
Warna pastel seperti warna kuning cair pun sering digunakan untuk cat bilik air. Kalau tiles berwarna putih, lagilah masuk padanannya.
#10. Warna ungu cair
Kemewahan dan keanggunan warna ungu pun tak kurang menariknya kan? Terutamanya kalau Mommy hias bilik air dengan barangan daripada kayu, terus nampak mewah.
Cara Untuk Mengecat Bilik Air Dengan Betul
Kita dah ada pilihan warna yang sesuai. Sekarang barulah boleh cat bilik air dengan cara yang betul. Jom kita ikuti tips daripada Apple Paints ni:
#1. Keluarkan dahulu kesemua barang dalam bilik air
Yang pertama sekali, keluarkan dahulu kesemua barang Mommy dalam bilik air tu.
#2. Bersihkan bilik air
Kemudian, bersihkan bilik air Mommy. Bersih bilik air ni bukan sahaja bersih lantai dan mozek daripada kotoran tetapi juga segala di dinding seperti sarang labah-labah dan sticker.
#3. Tape kan ruang yang bukan untuk dicat
Gunakan tape untuk lekatkan di kawasan yang Mommy tak nak cat seperti di bingkai tingkap dan pintu. Barulah kemas dan mudah kita nak cat nanti.
#4. Cat lapisan pertama dengan cat sealer
Bila dah sedia untuk dicat, cat dahulu dinding dengan cat sealer. Cat sealer ini penting untuk menghalang air daripada menyentuh konkrit dan menjadi ‘gam’ antara cat utama dan dinding.
#5. Cat dengan warna cat pilihan
Dah kering cat sealer ni, barulah boleh cat bilik air dengan warna pilihan Mommy. Cuba dahulu selapis dan biarkan ia kering.
Jika perlu, cat selapis lagi ya.
Tak susah pun kan nak cat bilik air? Bila dah ada warna pilihan, bolehlah teruskan dengan cara-cara di atas ini ya?
Sumber: WOW1DAYPAINTING dan Apple Paints
Dapatkan panduan dan tips menarik yang lain dengan klik SINI!