Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Trend Warna Kabinet Dapur Terkini Yang Kekal Popular

warna kabinet dapur terkini

Kredit gambar: www.bestonlinecabinets.com

Dapur yang cantik dan kemas akan menaikkan semangat Mommy untuk memasak untuk keluarga. Oleh itu, kabinet dapur memainkan peranan penting dalam sesuatu dapur.

Selain daripada memberikan fungsi penyimpanan yang berguna, ia juga boleh menambahkan kecantikan dan gaya pada reka bentuk dapur Mommy. Di antara semua elemen dalam dapur, pilihan warna kabinet dapur terkini mempunyai impak yang paling besar pada penampilan keseluruhan dapur.

Untuk membantu Mommy mencari inspirasi warna yang sesuai untuk kabinet dapur, berikut adalah 15 warna kabinet dapur terkini yang mungkin kena dengan cita rasa Mommy. Jom lihat!

Senarai Pilihan Warna Kabinet Dapur Terkini

Di bawah ini merupakan warna kabinet dapur yang cantik terkini yang Mommy boleh cuba iaitu:

#1. Putih Bersih

Highlighted

Kredit gambar: www.yigii.com

Putih adalah antara warna kabinet dapur yang paling popular sepanjang zaman. Warna putih ini adalah warna favourite kebanyakan orang.

Warna putih bersih memberikan penampilan yang elegan tetapi minimalis pada dapur Mommy.

#2. Gabungan Warna Krim dan Putih

Kredit gambar: studioganszyniec.com

Gabungan dua warna ini pastinya akan membuatkan dapur Mommy kelihatan ala-ala dapur klasik tetapi moden. Ini kerana gabungan dua warna ini adalah ciri khas dapur tradisional.

#3. Hitam Pilihan Warna Kabinet Dapur Terkini Paling Popular

Kredit gambar: www.homedit.com

Warna kabinet dapur moden ini akan memberikan kesan glamor dan elegan pada dapur Mommy. Warna dapur moden ini juga boleh memperlihatkan ciri-ciri dapur yang ekslusif.

Selain putih, hitam juga sering menjadi pilihan ramai orang.

#4. Kelabu

Kredit gambar: www.architecturaldigest.com

Kelabu akan menampakkan dapur yang moden pada dapur Mommy. Warna kabinet dapur ini sangat sesuai jika Mommy inginkan ruang dapur kelihatan lebih versatile dan moden.

#5. Biru Laut

Kredit gambar: www.idealhome.co.uk

Biru laut adalah warna kabinet dapur yang cantik, indah dan menenangkan. Ia boleh memberikan penampilan yang segar dan menaikkan aura natural pada dapur Mommy.

#6. Hijau Lumut antara Warna Kabinet Dapur Terkini

Hijau lumut adalah warna yang tenang lagi menenangkan. Warna ini akan membuat sesiapa sahaja yang berada di dapur ini seperti dikelilingi oleh pokok-pokok menghijau.

#7. Oren

Kredit gambar: www.bhg.com

Jika Mommy ingin sesuatu yang lain dan lebih berani, oren mungkin pilihan yang tepat untuk Mommy. Warna kabinet dapur yang cantik ini akan memberikan suasana yang ceria dan segar, sesegar jus oren, pada dapur Mommy.

#8. Hijau Mint

Kredit gambar: www.apartmenttherapy.com

Warna hijau mint adalah antara warna pastel yang semakin mendapat permintaan ramai orang. Warna kabinet dapur yang lembut ini pastinya akan memberikan suasana yang tenang, sejuk dan mendamaikan kepada dapur.

Bukan itu sahaja, warna ini juga akan memberikan effect luas pada dapur Mommy.

#9. Coklat Kayu

Kredit gambar: www.homesandgardens.com

Coklat kayu memberikan reka bentuk dapur yang klasik dan timeless. Warna kabinet dapur ini sangat sesuai jika Mommy mahu dapur kelihatan seperti dapur yang sedikit klasik tetapi masih ada sentuhan moden dengan pemilihan design yang sesuai.

#10. Ungu

Kredit gambar: www.bestonlinecabinets.com

Ungu adalah warna yang dramatik, misteri dan pada masa yang sama ceria. Ia akan menonjolkan bahawa pemilik dapur adalah seorang yang berani dan ceria kerana memilih warna ini.

#11. Kuning

Kredit gambar: architecturesstyle.com

Warna kuning adalah warna yang ceria dan bertenaga. Ia boleh memperlihatkan suasana selera Asia atau Mediteranian pada dapur Mommy.

#12. Merah Jambu

Kredit gambar: www.thespruce.com

Merah jambu akan memberikan reka bentuk dapur yang feminin dan meriah. Ia sangat sesuai jika Mommy ingin dapur yang kelihatan sweet dan bergaya vintage.

#13. Kelabu Cerah antara Warna Kabinet Dapur Terkini

Kredit gambar: homedecorbliss.com

Kelabu cerah adalah warna kabinet dapur moden yang maskulin dan elegan. Warna dapur moden ini dapat memberikan dapur anda dengan suasana yang lembut dan moden serta membuatkan dapur Mommy kelihatan luas.

#14. Kuning Lembut

Kredit gambar: www.elledecor.com

Kuning lembut adalah warna yang menyenangkan dan bersemangat. Ia sangat sesuai jika Mommy inginkan dapur yang ceria dan menyenangkan.

#15. Biru Muda juga Merupakan Warna Kabinet Dapur Terkini

Kredit gambar: www.veranda.com

Biru muda akan memberikan reka bentuk dapur yang tenang dan sejuk mata memandang. Warna kabinet dapur yang cantik ini sangat sesuai jika Mommy ingin menonjolkan ciri-ciri dapur yang sejuk mata memandang, tenang, dan ceria.

Itulah 15 warna kabinet dapur terkini yang boleh menjadi pilihan Mommy. Pilihlah warna yang sesuai dengan citarasa Mommy dan jangan takut untuk bereksperimen dengan gabungan warna yang berbeza bagi mencipta dapur impian anda!


Dapatkan pelbagai lagi tips dan idea dekorasi menarik yang lain di SINI!