{"id":10490,"date":"2021-08-10T10:00:35","date_gmt":"2021-08-10T02:00:35","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=10490"},"modified":"2021-10-11T10:58:55","modified_gmt":"2021-10-11T02:58:55","slug":"keputihan-semasa-mengandung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/keputihan-semasa-mengandung\/","title":{"rendered":"Keputihan Semasa Mengandung: Ketahui Punca-Punca Yang Berbeza"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p>Setiap wanita, sama ada sedang mengandung atau tidak, boleh mengalami keputihan selepas baligh.<\/p>\n<p>Jumlah keputihan yang keluar akan berbeza-beza, sama ada sebelum haid, selepas haid, dan juga setiap peringkat atau trimester ketika mengandung.<\/p>\n<p>Hampir semua wanita akan mengalami keputihan sewaktu mengandung. Ini adalah <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/keputihan-semasa-hamil\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">perkara biasa dan berlaku kerana beberapa sebab<\/a>.<\/p>\n<p>Semasa kehamilan, serviks dan dinding rahim menjadi lebih lembut dan keputihan akan meningkat untuk membantu mencegah sebarang jangkitan dari faraj ke rahim.<\/p>\n<p>Tahap hormon progesteron yang meningkat juga boleh membuatkan bakal ibu menghasilkan lebih banyak cecair atau keputihan.<\/p>\n<p>Peningkatan jumlah keputihan adalah normal ketika hamil, tetapi penting bagi bakal ibu untuk mengawasinya dan memberitahu doktor pakar puan jika ia berubah atau rasa tidak normal.<\/p>\n<figure id=\"attachment_10498\" aria-describedby=\"caption-attachment-10498\" style=\"width: 612px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-10498 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121211\/sakit-abdomen.jpg\" alt=\"keputihan semasa mengandung sakit perut\" width=\"612\" height=\"408\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121211\/sakit-abdomen.jpg 612w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121211\/sakit-abdomen-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121211\/sakit-abdomen-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121211\/sakit-abdomen-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121211\/sakit-abdomen-570x380.jpg 570w\" sizes=\"(max-width: 612px) 100vw, 612px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10498\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n<h2>Jenis-Jenis Keputihan Semasa Mengandung<\/h2>\n<h3>1. Keputihan Leukorrhea<\/h3>\n<p>Keputihan yang normal semasa hamil dipanggil leukorrhea. Ia berwarna putih jernih atau putih susu dan mempunyai konsistensi yang sedikit melekit dan nipis.<\/p>\n<p>Keputihan ini boleh bermula seawal satu atau dia minggu selepas konsepsi atau sebelum haid yang lambat. Keputihan leukorrhea ini akan menjadi lebih banyak semakin meningkat usia kehamilan.<\/p>\n<h3>2. Keputihan Jangkitan Yis<\/h3>\n<p>Jika keputihan anda berwarna <strong><span style=\"color: #ffcc00;\">putih kekuningan<\/span><\/strong>, anda mungkin mempunyai jangkitan yis atau <em>yeast infection<\/em>.<\/p>\n<p>Keputihan jenis ini mempunyai konsistensi atau kelikatan yang tebal dan kental, menyerupai sejenis keju seperti <em>cottage cheese<\/em>.<\/p>\n<p>Simptom lain termasuk kegatalan dan kencing yang tidak menyenangkan dan juga aktiviti seks yang menyakitkan.<\/p>\n<p>Jangkitan yis adalah perkara biasa dan selalu terjadi ketika hamil. Walaupun tidak merbahayakan atau mengancam nyawa, ia masih perlu dirawat.<\/p>\n<h3>3. Keputihan Jangkitan Kelamin<\/h3>\n<p>Jangkitan kelamin ataupun <em>sexually transmitted infection<\/em>\u00a0(STI) boleh menyebabkan keputihan berwarna <strong><span style=\"color: #99cc00;\">kuning atau hijau<\/span><\/strong>. Contoh-contoh STI termasuklah klamidia dan trikomoniasis.<\/p>\n<p>Simptom lain yang mungkin berlaku adalah kemerahan atau keradangan pada faraj. Ada juga sesetengah kes STI yang tidak mempunyai simptom.<\/p>\n<p>Jangkitan kelamin boleh menyebabkan komplikasi semasa kehamilan dan juga selepas kehamilan seperti masalah kemandulan.<\/p>\n<p>Tambahan pula, ia boleh memberi kesan kepada anak dalam kandungan seperti mempengaruhi sistem saraf dan perkembangan anak.<\/p>\n<h3>4. Keputihan Jangkitan Bakteria<\/h3>\n<p>Jangkitan bakteria yang melanda faraj dipanggil <em>bacterial vaginosis<\/em> (BV) dan ia selalunya berwarna <strong><span style=\"color: #808080;\">kekelabuan<\/span><\/strong>. Ia mempunyai bau yang busuk dan kuat, terutama sekali selepas melakukan hubungan seks.<\/p>\n<p>BV berlaku akibat ketidakseimbangan bakteria pada faraj. Ia merupakan jangkitan bakteria yang sering berlaku dalam usia 20-an ke 30-an, dan jika anda kerap mempunyai hubungan seks dengan beberapa pasangan berlainan.<\/p>\n<h3>5. Keputihan Tanda Mengandung<\/h3>\n<p>Jika anda mengalami keputihan yang \u00a0berwarna sedikit <strong><span style=\"color: #993300;\">coklat<\/span><\/strong>, itu mungkin adalah darah lama yang dikeluarkan oleh rahim menandakan badan sedang mengalami perubahan untuk hamil. Secara umumnya ini tidak memberi apa-apa kesan atau membawa apa-apa penyakit.<\/p>\n<figure id=\"attachment_10499\" aria-describedby=\"caption-attachment-10499\" style=\"width: 612px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-10499 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121603\/wanita-dalam-tandas.jpg\" alt=\"keputihan semasa mengandung\" width=\"612\" height=\"459\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121603\/wanita-dalam-tandas.jpg 612w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121603\/wanita-dalam-tandas-300x225.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121603\/wanita-dalam-tandas-500x375.jpg 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121603\/wanita-dalam-tandas-370x278.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121603\/wanita-dalam-tandas-570x428.jpg 570w\" sizes=\"(max-width: 612px) 100vw, 612px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10499\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n<h3>6. Keputihan Bersalin<\/h3>\n<p>Jika keputihan bakal ibu perwarna seperti <strong><span style=\"color: #ff99cc;\">merah jambu cair<\/span><\/strong>, ia mungkin menandakan badan ibu sedang membuat persediaan untuk bersalin. Ia juga boleh berlaku sebelum keguguran atau semasa kehamilan ektopik, dan juga selepas membuat hubungan seks.<\/p>\n<h3>7. Pendarahan<\/h3>\n<p>Keputihan yang <strong><span style=\"color: #ff0000;\">kemerahan<\/span><\/strong> kebarangkalian besar menandakan <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/pendarahan-ketika-hamil\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">pendarahan yang memerlukan rawatan<\/a> perubatan secepat mungkin, terutamanya jika ia banyak dan disusuli dengan sakit perut yang teruk. Ini kerana ia mungkin simptom keguguran kandungan atau kehamilan ektopik.<\/p>\n<p>Punca-punca keputihan yang merah atau pendarahan yang lain mungkin kurang serius, terutamanya pada trimester pertama, apabila ia berlaku akibat implantasi semasa konsepsi.<\/p>\n<h2>Langkah Pencegahan Dan Penjagaan Semasa Mengandung<\/h2>\n<p>Keputihan semasa mengandung yang pertama yang disebutkan tadi, iaitu leukorrhea yang berwarna putih jernih atau putih susu adalah normal dan tidak perlu dibimbangi.<\/p>\n<p>Malah, ia sebenarnya menunjukkan flora faraj dan rahim anda berada dalam keadaan yang sihat dan seimbang dengan menghasilkan asid laktik, hidrogen peroksida, dan bahan lain yang menghalang pertumbuhan yis dan organisma lain yang tidak diingini.<\/p>\n<figure id=\"attachment_10500\" aria-describedby=\"caption-attachment-10500\" style=\"width: 612px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-10500 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121739\/wanita-mengandung.jpg\" alt=\"keputihan semasa mengandung cara penjagaan\" width=\"612\" height=\"408\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121739\/wanita-mengandung.jpg 612w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121739\/wanita-mengandung-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121739\/wanita-mengandung-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121739\/wanita-mengandung-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23121739\/wanita-mengandung-570x380.jpg 570w\" sizes=\"(max-width: 612px) 100vw, 612px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10500\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n<p>Bagi jenis keputihan lain, bakal ibu perlu lebih berwaspada dan mengambil langkah pencegahan supaya tidak memudaratkan kesihatan flora faraj dan rahim.<\/p>\n<p>Jika dibiarkan, ia boleh membawa kesan yang negatif seperti bayi lahir secara pramatang, air ketuban pecah awal, menurunkan berat badan bayi, dan juga mengakibatkan kemandulan di masa hadapan.<\/p>\n<p>Jadi apa yang bakal ibu boleh buat untuk menjaga kesihatan faraj dan rahim dan mencegah sebarang jangkitan?<\/p>\n<p>Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:<\/p>\n<p>1. Pakai pakaian dalaman yang tidak terlalu ketat dan <em>breathable\u00a0<\/em>diperbuat daripada bahan seperti kapas.<\/p>\n<p>2. Gunakan <em>pantyliner<\/em>\u00a0kapas yang organik dan tidak mempunyai pewangi, serta tukar <em>pantyliner<\/em> dengan kerap.<\/p>\n<figure id=\"attachment_10501\" aria-describedby=\"caption-attachment-10501\" style=\"width: 605px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-10501\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23122642\/kapas-organik-300x200.jpg\" alt=\"kapas\" width=\"605\" height=\"403\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23122642\/kapas-organik-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23122642\/kapas-organik-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23122642\/kapas-organik-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23122642\/kapas-organik-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23122642\/kapas-organik.jpg 612w\" sizes=\"(max-width: 605px) 100vw, 605px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10501\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n<p>3. Jaga kesihatan badan dengan memakan makanan yang berzat dan berkhasiat, dan tambahkan makanan seperti yogurt dalam diet anda untuk mempromosikan bakteria yang sihat dalam flora faraj.<\/p>\n<p>4. Keringkan bahagian kemaluan dan pangkal paha dengan menggunakan tuala yang bersih setiap kali selepas mandi, membuang air, berenang, dan bersenam. Pastikan anda mengelap faraj dari bahagian depan ke belakang untuk mengelakkan kuman dari menjangkiti faraj.<\/p>\n<p>5. Elakkan dari melakukan hubungan seks jika anda sedang mengalami apa-apa jangkitan faraj sehingga sembuh sepenuhnya dan ambil ubatan yang sesuai mengikut dos yang betul.<\/p>\n<p>6. Jangan mencuci faraj menggunakan produk kebersihan faraj yang mempunyai pewangi atau bahan kimia yang kasar, serta tisu tandas yang mempunyai pewangi.<\/p>\n<figure id=\"attachment_10502\" aria-describedby=\"caption-attachment-10502\" style=\"width: 692px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-10502\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23123003\/produk-organik-300x200.jpg\" alt=\"produk pencucian\" width=\"692\" height=\"461\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23123003\/produk-organik-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23123003\/produk-organik-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23123003\/produk-organik-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23123003\/produk-organik-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23123003\/produk-organik.jpg 612w\" sizes=\"(max-width: 692px) 100vw, 692px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10502\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n<p>7. Makan makanan dan makanan tambahan atau suplemen probiotik yang selamat dimakan semasa mengandung yang boleh mencegah ketidakseimbangan bakteria di dalam vagina.<\/p>\n<p>Peningkatan jumlah keputihan semasa mengandung adalah perkara biasa, tetapi keputihan yang abnormal serta bau yang kuat dan hamis atau ketidakselesaan di faraj sering menunjukkan masalah kesihatan.<\/p>\n<p>Jika bakal ibu mengesyaki mempunyai jangkitan, adalah mustahak untuk membincangkannya dengan doktor pakar sakit puan anda. Tanpa rawatan, jangkitan boleh menyebabkan komplikasi pada kehamilan.<\/p>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiap wanita, sama ada sedang mengandung atau tidak, boleh mengalami keputihan selepas baligh. Jumlah keputihan yang keluar akan berbeza-beza, sama ada sebelum haid, selepas&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":91,"featured_media":10497,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[14,634],"tags":[712,1763,1762,1761,1760],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>7 Jenis Keputihan Semasa Mengandung: Adakah Ia Normal? (Tips Penjagaan)<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Jika anda mempunyai keputihan semasa mengandung, ketahui punca-puncanya dan cara penjagaan kebersihan wanita untuk mencegah jangkitan.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/keputihan-semasa-mengandung\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"7 Jenis Keputihan Semasa Mengandung: Adakah Ia Normal? (Tips Penjagaan)\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Jika anda mempunyai keputihan semasa mengandung, ketahui punca-puncanya dan cara penjagaan kebersihan wanita untuk mencegah jangkitan.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/keputihan-semasa-mengandung\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2021-08-10T02:00:35+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2021-10-11T02:58:55+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/07\/23120722\/keputihan-semasa-hamil-scaled.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"2560\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"1349\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"5 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10490"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/91"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10490"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10490\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12016,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10490\/revisions\/12016"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10497"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10490"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10490"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10490"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}