{"id":11212,"date":"2021-09-03T20:00:41","date_gmt":"2021-09-03T12:00:41","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=11212"},"modified":"2021-09-13T16:36:09","modified_gmt":"2021-09-13T08:36:09","slug":"proses-pengambilan-anak-angkat-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/proses-pengambilan-anak-angkat-malaysia\/","title":{"rendered":"Apa Pasangan Suami Isteri Perlu Tahu Tentang Syarat-Syarat Dan Proses Pengambilan Anak Angkat"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p>Mengambil anak angkat adalah suatu kebajikan yang sangat mulia dan tidak semua orang mampu melakukannya.<\/p>\n<p>Pengambilan anak angkat memberi peluang kepada anak-anak yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan hidup yang normal serta kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa.<\/p>\n<p>Ia juga memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan zuriat untuk merasai kebahagiaan menjadi ibu bapa.<\/p>\n<p>Untuk pengambilan anak angkat, terdapat beberapa syarat-syarat dan proses atau prosedur yang perlu dipatuhi mengikut undang-undang Malaysia.<\/p>\n<figure id=\"attachment_11217\" aria-describedby=\"caption-attachment-11217\" style=\"width: 452px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-11217\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01111406\/mak-mendukung-anak-200x300.jpg\" alt=\"ibu dan anak angkat\" width=\"452\" height=\"678\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01111406\/mak-mendukung-anak-200x300.jpg 200w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01111406\/mak-mendukung-anak-370x555.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01111406\/mak-mendukung-anak-387x580.jpg 387w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01111406\/mak-mendukung-anak.jpg 408w\" sizes=\"(max-width: 452px) 100vw, 452px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-11217\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n<p>Jika anda berhasrat untuk mengambil anak angkat dan tidak tahu dimana untuk bermula, anda boleh lihat informasi asas dalam artikel ini.<\/p>\n<h2><strong>Syarat-syarat Kelayakan Pengambilan Anak Angkat<\/strong><\/h2>\n<p>Di bawah Seksyen 6(1) Akta 253, pemohon anak angkat berserta anak angkat tersebut perlu mematuhi beberapa syarat kelayakan termasuklah syarat-syarat berikut.<\/p>\n<h3><strong>Pemohon<\/strong><\/h3>\n<ol>\n<li>Salah seorang daripada ibu bapa angkat bagi pasangan suami isteri, atau ibu atau bapa angkat tunggal adalah bertaraf &#8216;Warganegara&#8217; atau &#8216;Penduduk Tetap&#8217;.<\/li>\n<li>Ibu bapa angkat atau ibu\/bapa angkat tunggal berumur 25 hingga 60 tahun dan mempunyai perbezaan umur sekurang-kurangnya 18 tahun dengan anak angkat.<\/li>\n<li>Memiliki dokumen perkahwinan yang sah bagi pasangan suami isteri.<\/li>\n<li>Mendapat keizinan pengangkatan daripada ibu dan bapa kandung atau ibu tunggal kanak-kanak tersebut (surat akuan berkanun).<\/li>\n<li>Sekiranya tiada keizinan ibu bapa kandung, pengangkatan masih boleh dilakukan melalui perintah mahkamah atau laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.<\/li>\n<li>Permohonan perlu dilakukan atau dikemukakan di JPN dalam daerah atau berhampiran dengan kawasan kediaman ibu dan bapa angkat.<\/li>\n<li>Pasangan suami isteri telah berkahwin secara sah selama lima tahun ke atas.<\/li>\n<li>Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih daripada 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.<\/li>\n<li>Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.<\/li>\n<li>Ibu dan bapa angkat mesti sihat dari segi mental dan fizikal.<\/li>\n<li>Ibu dan bapa angkat bebas dari rekod kesalahan jenayah.<\/li>\n<li>Ibu dan bapa angkat mempunyai keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat untuk anak angkat.<\/li>\n<\/ol>\n<figure id=\"attachment_11218\" aria-describedby=\"caption-attachment-11218\" style=\"width: 612px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-11218\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01111939\/rumah-bersih-keluarga-angkat-300x200.jpg\" alt=\"anak anak mengemas\" width=\"612\" height=\"408\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01111939\/rumah-bersih-keluarga-angkat-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01111939\/rumah-bersih-keluarga-angkat-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01111939\/rumah-bersih-keluarga-angkat-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01111939\/rumah-bersih-keluarga-angkat-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01111939\/rumah-bersih-keluarga-angkat.jpg 612w\" sizes=\"(max-width: 612px) 100vw, 612px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-11218\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n<h3><strong>Kanak-Kanak Angkat<\/strong><\/h3>\n<ol>\n<li>Seseeorang yang berusia bawah 18 tahun mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001.<\/li>\n<li>Belum pernah berkahwin.<\/li>\n<li>Bermastautin di Malaysia.<\/li>\n<li>Telah dipelihara dalam jagaan suami isteri atau ibu\/bapa tunggal sebagai anak sendiri bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun yang berterusan sebelum pendaftaran pengangkatan dibuat.<\/li>\n<li>Kanak-kanak bertaraf warganegara atau bukan warganegara.<\/li>\n<li>Kanak-kanak mempunyai dokumen pengenalan diri, sama ada Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Pasport, Permit Masuk bagi warganegara asing, atau visa yang perlu cukup tempoh dua tahun.<\/li>\n<li>Jika\u00a0kanak-kanak tersebut dilahirkan di negara ini tetapi tidak mempunyai\u00a0Sijil Kelahiran, permohonan &#8216;Daftar Lewat Kelahiran&#8217; perlu dibuat.<\/li>\n<li>Sekiranya kanak-kanak tersebut dilahirkan di luar negara, kanak-kanak tersebut perlu mempunyai pasport yang sah sebagai dokumen pengenalan diri. Jika tiada perlu merujuk ke Kedutaan negara asing yang berkenaan bagi mendapatkan passport atau dokumen perjalanan yang sah.<\/li>\n<\/ol>\n<h2><strong>Dokumen-Dokumen Yang Perlu Disediakan<\/strong><\/h2>\n<p>Bagi pasangan suami isteri atau ibu\/bapa tunggal yang ingin memohon pengangkatan anak, beberapa dokumen perlu disediakan sebelum membuat permohonan seperti berikut:<\/p>\n<ol>\n<li>Gambar ukuran pasport pasangan suami isteri.<\/li>\n<li>Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami\/isteri).<\/li>\n<li>Salinan kad pengenalan suami dan isteri.<\/li>\n<li>Salinan sijil nikah atau sijil pendaftaran perkahwinan.<\/li>\n<li>Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami\/isteri).<\/li>\n<li>Lain-lain dokumen sokongan seperti laporan kesuburan pakar perubatan atau surat sokongan lain.<\/li>\n<\/ol>\n<h2>Permohonan Pengambilan Anak Angkat<\/h2>\n<p>Di Malaysia, terdapat dua cara untuk mengambil anak angkat, iaitu:<\/p>\n<ol>\n<li>Melalui permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)<\/li>\n<li>Mendapat anak terus daripada pemberian ibu bapa kandung<\/li>\n<\/ol>\n<p>Jika anda ingin membuat permohonan pengambilan anak angkat melalui JKM, and boleh membuat permohonan secara atas talian, surat, faks, telefon, email, atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berdekatan dengan kediaman anda.<\/p>\n<p>Melalui cara ini, anda perlu melalui proses pengambilan dari perintah mahkamah.<\/p>\n<figure id=\"attachment_11219\" aria-describedby=\"caption-attachment-11219\" style=\"width: 588px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-11219\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112418\/keluarga-angkat-300x200.jpg\" alt=\"anak angkat proses\" width=\"588\" height=\"392\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112418\/keluarga-angkat-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112418\/keluarga-angkat-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112418\/keluarga-angkat-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112418\/keluarga-angkat-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112418\/keluarga-angkat.jpg 612w\" sizes=\"(max-width: 588px) 100vw, 588px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-11219\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n<p>Jika anda mendapat anak terus daripada pemberian ibu bapa kandung kanak-kanak itu pula, anda harus melalui beberapa prosedur untuk memastikan status anak tersebut sah di sisi undang-undang di masa hadapan.<\/p>\n<p>Untuk mengesahkan pengambilan anak angkat tersebut, terdapat dua cara untuk membuat permohonan untuk mengesahkannya, iaitu melalui:<\/p>\n<ol>\n<li>Permohonan di mahkamah seksyen atau mahkamah tinggi dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak untuk Notis Pengangkatan; atau<\/li>\n<li>Permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi Akta Angkat 1952 (Akta 253).<\/li>\n<\/ol>\n<p>Jika anda membuat pilihan untuk permohonan di JPN, anda perlu:<\/p>\n<ul>\n<li>mengisi surat akuan berkanun<\/li>\n<li>mendaftarkan pengambilan di JPN bagi memohon Sijil Pengangkatan selepas dua tahun<\/li>\n<li>melalui prosedur pengambilan Sijil Pengangkatan<\/li>\n<\/ul>\n<h3><strong>Prosedur Pengambilan Anak Angkat Dari Ibu Bapa Kandung<\/strong><\/h3>\n<p>Jika anda menerima anak angkat langsung dari ibu bapa kanak-kanak tersebut, anda perlu mengesahkan pengambilan melalui proses dibawah:<\/p>\n<p><strong>A) Permohonan Notis Pengangkatan<\/strong><\/p>\n<p>Permohonan notis ini boleh dibuat di mahkamah seksyen atau mahkamah tinggi.<\/p>\n<p>Jika anda memilih untuk membuat permohonan daripada JPN, anda boleh mengikuti proses berikut:<\/p>\n<p><strong>B) Surat Akuan Berkanun<\/strong><\/p>\n<p>Permohonan melalui JPN hanya boleh dibuat selepas kanak-kanak yang diterima telah dipelihara selama dua tahun oleh ibu bapa angkat.<\/p>\n<p>Dapatkan Surat Akuan Berkanun (Surat Keizinan Pengangkutan) yang dikeluarkan oleh JPN. Ia perlu diisi oleh ibu bapa kandung kanak-kanak terbabit. Dalam surat ini akan menyatakan ibu bapa kandung telah bersetuju untuk menyerahkan kanak-kanak terbabit berserta nama dan nombor sijil lahir kepada ibu bapa angkat.<\/p>\n<p>Surat keizinan ini dapat melindungi hak penjagaan ibu bapa angkat dan ibu bapa kandung tidak akan menuntut semula.<\/p>\n<figure id=\"attachment_11220\" aria-describedby=\"caption-attachment-11220\" style=\"width: 611px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-11220\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112550\/keluarga-bahagia-300x200.jpg\" alt=\"keluarga gembira\" width=\"611\" height=\"407\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112550\/keluarga-bahagia-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112550\/keluarga-bahagia-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112550\/keluarga-bahagia-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112550\/keluarga-bahagia-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112550\/keluarga-bahagia.jpg 612w\" sizes=\"(max-width: 611px) 100vw, 611px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-11220\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n<p>Ibu bapa kandung perlu menandatangani surat akuan berkanun di hadapan Tuan Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah. Akhir sekali, ia akan dicopkan dengan setem hasil.<\/p>\n<p>Surat ini perlu disimpan. Selepas dua tahun, anda perlu membuat permohonan Sijil Pengangkatan di JPN.<\/p>\n<p><strong>C) Permohonan Sijil Pengangkatan<\/strong><\/p>\n<p>Fail permohonan ibu bapa angkat akan dibuka dan anda akan diminta hadir ke temuduga bersama anak angkat yang diterima. Kehadiran kanak-kanak terbabit adalah wajib kerana pegawai bertugas akan bertanya beberapa soalan tentang tempoh dua tahun kanak-kanak tersebut berada dibawah jagaan ibu bapa angkat.<\/p>\n<p>Kehadiran ibu bapa kandung tidak diwajibkan jika Surat Keizinan Berkanun dikemukakan.<\/p>\n<p>JPN juga akan menghantar surat makluman permohonan kepada JKM. Kemudia JKM akan memanggil pula ibu bapa angkat untuk ditemuduga.<\/p>\n<p>Selepas semua urusan temuduga dan permohonan sijil pengangkatan selesai, JPN akan mengeluarkan MyKid yang baru untuk anak angkat anda.<\/p>\n<p>Antara perkara-perkara yang akan ditanya atau dibincangkan semasa sesi temuduga adalah seperti:<\/p>\n<ul>\n<li>Penilaian latar belakang sosial pemohon<\/li>\n<li>Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara<\/li>\n<li>Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara<\/li>\n<li>Persediaan yang telah dilakukan untuk menjaga anak angkat<\/li>\n<li>Ciri-ciri bayi atau anak yang pemohon mahu<\/li>\n<li>Keadaan rumah pemohon, dan lain-lain<\/li>\n<\/ul>\n<figure id=\"attachment_11221\" aria-describedby=\"caption-attachment-11221\" style=\"width: 605px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-11221\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112817\/pasangan-suami-isteri-300x200.jpg\" alt=\"berbual dengan kawan\" width=\"605\" height=\"403\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112817\/pasangan-suami-isteri-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112817\/pasangan-suami-isteri-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112817\/pasangan-suami-isteri-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112817\/pasangan-suami-isteri-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/09\/01112817\/pasangan-suami-isteri.jpg 612w\" sizes=\"(max-width: 605px) 100vw, 605px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-11221\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n<p>Sijil Pengangkatan mempunyai\u00a0 taraf kesahihannya sama seperti\u00a0 Sijil Kelahiran dan boleh digunakan untuk Pendaftaran Sekolah, Permohonan Kad Pengenalan, Permohonan Pasport dan lain-lain urusan rasmi. Bayaran sebanyak\u00a0RM30 akan dikutip sebagai fi pendaftaran setelah permohonan diluluskan.<\/p>\n<p>Semoga bermanfaat.<\/p>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mengambil anak angkat adalah suatu kebajikan yang sangat mulia dan tidak semua orang mampu melakukannya. Pengambilan anak angkat memberi peluang kepada anak-anak yang kurang&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":91,"featured_media":11282,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[624,647],"tags":[267,1920,1923,1922,1921],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Ambil Anak Angkat - Syarat, Dokumen dan Prosedur Di Malaysia (2021)<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Pasangan suami isteri atau ibu bapa tunggal yang menyimpan hasrat untuk mengambil anak angkat boleh melihat syarat dan prosesnya di sini.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/proses-pengambilan-anak-angkat-malaysia\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Ambil Anak Angkat - Syarat, Dokumen dan Prosedur Di Malaysia (2021)\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Pasangan suami isteri atau ibu bapa tunggal yang menyimpan hasrat untuk mengambil anak angkat boleh melihat syarat dan prosesnya di sini.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/proses-pengambilan-anak-angkat-malaysia\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2021-09-03T12:00:41+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2021-09-13T08:36:09+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/08\/03121014\/proses-anak-angkat-malaysia-.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1140\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"750\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"6 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11212"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/91"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11212"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11212\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11483,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11212\/revisions\/11483"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11282"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11212"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11212"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11212"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}